Mencari....
Posted: by Faiz Idris inHari terakhir sebelum tahun 2012 menutup tirai..
Mati Itu Pasti...
Posted: Saturday, December 29, 2012 by Faiz Idris inBeberapa hari lagi tahun 2012 akan menutup tirai..
punya ceritera sendiri..
manusia-manusia menegakkan keadilan..
aku masih menaip..
menunggu kegelapan menyelubungi bumi inii
bukan kegelapan dari cahaya Ilahi tapi cuma sinar matahari
ya siang malam bersilih ganti...
mengikut yang ditetapkan Ilahi..
"Mati Itu Pasti, Hidup Insya Allah"
semua makhluk akan menemui mati, yang kekal hanyalah Allah..
sifat makluk itu sendiri lemah..
bilamana dicabut nyawa terputuslah hubungan anak adam dengan dunia
kecuali tiga perkara
1) sedekah jariah
2) doa anak soleh
3) ilmu yang dimanfaatkan
ingatlah hidup ini sementara..
akhirat jualah tempat kekal selama-lamanya..
jangan kita alpa dan leka hanya pada nikmat dunia...
Itu Sudah Berlalu...
Posted: Wednesday, December 26, 2012 by Faiz Idris inhari yang ceria buat rakyat jelata
cuaca yang damai sungguh menenangkan jiwa mereka
sujud syukur atas kurniaan nikmat daripada hamba-Nya,
tika ini, seorang bapa membawa anak-anak mereka untuk mengisi masa lapang bersama. joran-joran menjadi peneman. ya memancing..sambil menunggu kail sambar ikan melayan karenah anak-anak sungguh bahagia sekali..
anak-anak adalah harta ibu bapa di dunia, umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya..
sedang si bapa membuat persiapan untuk memancing, kelihatan si anak tunggal laki-laki bermain air di tepian sungai.. si bapa menyuruh si kakak lihat-lihat si adik bermain air, risau terjadi kecelakaan yang tak diingini..
si adik ini memperkecilkan paras air kerana dikatakan tohor. tak seronok mandi nanti..anak yang berumur 7 tahun memang tidak mengerti apa-apa..
tiba dia di satu tempat, tiba-tiba jasad si adik ini hilang dari pandangan..
si kakak melihat sekeliling, kelibat adiknya tiada..
si kakak memanggil si bapa lalu mengatakan si adik telah telah lemas..
lantas si bapa turun mencari anak laki tunggalnya itu..
di satu sudut yang lain kelihatan anak-anak muda datang bertanya..
setelah mengetahui apa yang terjadi, mereka segera menghulurkan bantuan,
membantu mencari anak laki tunggal itu..
air yang keruh menyukarkan pencarian..si bapa tidak putus cuba mencari si anaknya itu.
menyelam, menghulur-hulurkan tangan takut-takut terkena jasad anak itu..
beberapa masa berlalu..air sungai mula pasang. maka pencarian sebegini memang menyukarkan. si bapa merasa sedih takut-takut kehilangan anaknya itu..
"Ajal Maut Di Tangan Tuhan"
kaki salah seorang anak muda yang menolong si bapa tadi tersepak seuatu..
dirasakan seperti kayu namun ia bersifat bukan seperti kayu...aneh
tangan anak muda itu mencapai sesuatu yang melanggarnya itu..
Alhamdulillah..yang disangka kayu itu rupanya jasad si anak laki tunggal si bapa..si bapa dengan pantas lalu memikul anaknya ke tebing sungai..
memberi bantuan yang seadanya..air mula keluar dari salur pernafasan..mengalir perlahan..udara mula disedut perlahan tapi dalam keadaan terdesak..nafas diatur..anak laki itu mula sedar..sedar dari kelemasan...
si bapa berterima kasih kepada anak-anak muda yang menolongnya.terima kasih Allah kerna memanjangkan usia anaknya itu...
hari ini aku menulis..
menulis kisah hidup yang berlaku sekitar belasan tahun dahulu..
peristiwa itu aku kenang kerna ia sebahagian dari diri ku..
mati tak mengira kita tua ataupun muda..
jasa mereka aku kenang sampai bila-bila
watak si anak bukanlah asing bagi diri aku ini..
kerna si anak kecil itu ialah diri aku sendiri.....
Carik-carik bulu ayam
Posted: Thursday, December 20, 2012 by Faiz Idris incarik-carik bulu ayam..
yaa aku serius sunyi sekarang
keseorangan di fkkksa..mende tau
senang-senang gua panggil kimia
tempat download yang laju kat u nih
tapi slow gaban gak
bese la free..kena share-share
test sudah habis utk sem nih
namun assignment serta report banyak yang perlu di setelkan
adat student lah..keje last minute
lec pon hujung-hujung sem bagi keje
haiyaa..tapi ngak apa
yang penting semangat kental
sebentar tadi gak gua pegi mph
cari awek baru...haha gua maksudkan buku aka novel
entah apa yang merasuk sem ni jadi ketagih novel
hahaha
takpe janji gua nampak mana duit gua mengalir kan
ranggau namanya
nak cari timbiruo susah
stok habis...
ok penat dah gua carik-carik bulu ayam nih
gua pun tak tahu apa kaitan bulu ayam ngan post ni
kah kah kah
pandang ke langit, ludah!!
padan muka ko kena setepek...
Lintasan Bintang...
Posted: Monday, December 10, 2012 by Faiz Idris in
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu
Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan
Yang selama ini
Cuma sampai disini
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm
Kelukaan di hati
Oo oo oo
Biar jadi begini
Ooo ooo
Biar aku aku yang pergi
Lonely Lone Rangers...
Posted: Sunday, December 9, 2012 by Faiz Idris insedutan drama insan-insan yang lonely..
Different Things...
Posted: Saturday, December 8, 2012 by Faiz Idris inDatang & Pergi
Posted: Friday, December 7, 2012 by Faiz Idris in
Jari Yang Menaip..
Posted: Sunday, December 2, 2012 by Faiz Idris inbulan baru dah menjelma..Disember 2012
Cintai Pantai Kita
Posted: Wednesday, November 28, 2012 by Faiz Idris in24-25 November 2012
aku dan geng yang lain join program pantai..
nama program ni aku namakan 'Cintai Pantai Kita'
hahaa..memandai je aku ni
program 2 hari 1 malam berkonsep santai rabak
haaaa
Lokasi Pantai Batu Layar..
dekat pantai ni ada batu yang berbentuk layar..nipis nipis jee
mungkin sebab tu nama pantai ni dinamakan..
pantai ni memang tip top
scenery dia memang sejuk mata memandang
keindahan ciptaan Allah Taala
ramai pengantin yang menjadikan pantai tempat photoshoot wedding diorang
lawa kan =) *psstt aku bila lagi?* hahaa
aktiviti yang dijalankan...
bersihkan kawasan pantai
explorace bagi merapat silaturahim
bbq..tengok citer budak pailang
ehh macam kenal je nama tu..haha
masa ni..sebagai senior kami wat kepala sikit
kahkah orang pegi berhimpun..kitorang pergi buat jackass
haha..main lompat jauh..gedebukk sorang jatuh..hahaa
rabak punggung sorang..aku plak jong gelak je..hahaa
nice la program ni..boleh lepak sama-sama hilangkan stress blajauu
=]
Makan Sampai Muntah...
Posted: Friday, November 23, 2012 by Faiz Idris inGua & 'Awek-awek'
Posted: Sunday, November 18, 2012 by Faiz Idris in"Kau layan novel?"
"Ha'ah"
"Jiwang gile"
Tu ayat yang selalu gua dengar.. kah kah kah
persepsi manusia terhadap kaki novel
sebenarnya gua bukan layan novel yang jiwang-jiwang sampai tahap berair-air..kahkahkah
gua lebih ke arah novel bergenre aksi,islamik,fiksyen
seronok..lebih seronok dari menonton filem-filem
sebabnya? kau guna imaginasi untuk membayangkan apa kau baca..
"Imagination is more than knowledge"
Ye dak?? Hehe
Novel 1st gua baca..'Bagaikan Puteri'
tajuk nampak macam jiwang kan...tapi tak sebenarnya.
"Don't judge a book by its cover"
Agree with that!!!
Trilogi Laksamana Sunan gua buat koleksi.
Terbaik!! Hasil karya Ramlee Awang Murshid.
Lain-lain dari Lejen Press.. =)
Terkulai Di Tengah Jalan...
Posted: Tuesday, November 13, 2012 by Faiz Idris inCinta..disebalik yang indah-indah ada yang terluka kerna cinta.
isu yang aku nak bangkit kali ni 'apa yang perlu kita lakukan bila putus cinta,cinta ditolak,tak sempat nak bercinta'
ok..semua manusia dilahirkan dengan perasaan kasih sayang tapi kadang-kadang kita sendiri perasan yang kita berkasih sayang. bapak sedih kena macam tu.haha (gelak sikit)
banyak benda yang boleh kita lakukan..perspektif aku ni berdasarkan pembacaan (cc to kitab terfaktab) dll, pemerhatian, pengalaman, dan pandangan diri sendiri
pertama..
check balik hubungan kau dengan Tuhan..
kau silap sebab kau mencari untuk bersama tapi kau lupa Dia yang sentiasa bersama..sebab kau cintakan seseorang kau alpa kepadaNya..
baiki hubungan denganNya..InsyaAllah kau akan mendapat cinta yang sejati (jodoh).
kedua..
move on..paham?? ok kau takyah lah stalker dia hari-hari..terkenang-kenang saat-saat indah kau dan dia..demmm benda tu akan selalu menghantui diri kau sendiri..yang susahnya kau..dia dah bahagia tapi kau masih ditakuk lama..senang citer kau mulakan hidup baru..yee aku taw memang susah..tapi kau kena yakin dengan diri sendiri..mintak tolong kawan-kawan kuatkan semangat kau dan jangan lupa kepada-Nya..
ketiga..
rebound relationship..
aku yang ni tak berapa nak berkenan sangat sebab perspektif aku terhadap couple ni lain..tapi ni salah satu cara..ada orang dia cari pasangan yang lain untuk lupakan bekas pasangannya..keberkesanan tu ada..tapi kau seolah-olah permainkan yang baru sebab kau gunakan dia untuk lupakan yang lama..
keempat..
diri sendiri..semua atas diri kau sendiri nak buat apa yang patut...yakin sikit kat diri tu..tabahkan hati..moga hari-hari yang mendatang akan membuat diri kau ni bertambah kuat..
bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..
jangan main-main cinta, buruk padahnya
cinta kerana mencari keredhaan-Nya..Insya Allah =)
Tak Berapa Nak Habis..
Posted: by Faiz Idris in"Mah ohh mah, cepatlah datang tu" Pak Majid memanggil. "Kejap la paknya nak ke mana entah orang tua ni" Mak Mah membalas. Pak Majid mengenakan kain pelikat baru yang dibelinya. Misai di'trim' habis. Rambut disikat kemas walaupun lapang di tengah. Baju pagoda putih membersih selepas diclorox. Handsome macam malam pertama. Segak bergaya Pak Majid malam ni.
Mak Mah bergaya dengan kebaya merah. Sendat yang amat. Kelihatan perut berlapis-lapis. Depan laki takpe. "Amboi mah..cun gitu..aummm" gurau Pak Majid.
Okay..entah apa aku nak cite ni..hahaha jangan jadi citer panas sudeyh..bhahaha..dah2 stop sampai sini..
Coret Critt Critt...
Posted: by Faiz Idris inSelamat Sejahtera semua...
woahahahaaa (kejadah apa kau gelak nih??)
biar ah nak gelak sekor...kih2
haa..mase aku tunggu bas arituh..kapala aku ni ligat berpusing..
lejen press..kan best dapat jadi author dalam tuhh
sume karya-karya aku dapat dikongsi bersama..tapi tapi...
aku nak tulis apa? haha entah la
aritu je semangat berkobar-kobar nak jadi author..
budak mechi tapi pandai berpuitis..hahaha koya sekejap..
cuti kali ni..takde membe nak kuar bersama..
adapun jenis tak satu kepala..
mesti jadi awkward gile bila lepak same..
so baik aku lepak rumah layan aiman tempe mania
bahahaha
pesen citer melayu memang camtu..hahaha tapi takleh blah watak masing2
tapi takpe still gelak dengan lakonan diorang..
lagi apa ea..haa mastercheff..ada che' lah..
"siapa kata orang cantik tak boleh masak"
tu ayat dia yang aku kenang sampai hari ni..
umur 40 dah.status?? entah laa..pfffft
sorang lagi etiqa..muka macam kacukan..nanti balik aku pergi survey lagi siapa dia..hohoooo
kat umah aku ni susah sikit nak dapat line..ni pon macam hidup segan mati tak berapa nak mau..
sedih kan..hehe
malam ni ada talk dengan ustaz azhar, kemah keming namanya..
ok tak sabar yee..tunggu malam nih ea
ok saje nak tulis sikit kan..hehe =)
rajin-rajin follow ah aku..tegur taw..haha =)
Drastik Sungguh..
Posted: Sunday, November 11, 2012 by Faiz Idris inAda Selepas Tiada..
Posted: Thursday, November 8, 2012 by Faiz Idris inAku Memang Loser...
Posted: Wednesday, November 7, 2012 by Faiz Idris inaku memang loser..
ha'ah memang aku seorang yang loser..
aku lahir ke dunia tanpa kasih sayang seorang bapa..entah ke mana dia pergi aku tak tahu dan aku tak nak mengetahuinya..
mak aku tinggalkan aku kat rumah anak yatim..macam kebiasaan.. orang sekililing memandang aku sebagai losser..
aku memang loser..
pergi sekolah jalan kaki..baju compang camping, makin lama makin singkat..baju sekolah dimamah usia..
walaupun bersih tapi tetap lusuh kerna usianya..
aku dihina kerna baju ini..ha'ah aku memang loser..
aku memang loser..
sekolah tak pandai.."bodoh,bangang,bahlul tolol" tohmahan sebegitu memang dialami aku setiap hari..
menjadikan aku lebih loser.. kawan-kawan memencilkan aku..kerna aku seorang loser..sapa nak kawan dengan aku yang memang loser gile ni?..
aku memang loser..
fizikal macam mat gian..orang tuduh aku hisap dadah..walhal rokok pun tak hisap..takde duit..ni kan pulak layan najis dadah tu..yelah orang pandang aku loser gile..
aku memang loser..
abis belajar keje jadi kuli..buat itu buat ini..dah memang loser nasib macam ni la..
orang lain borak pasal politik,hal semasa, isu alam sekitar..
tapi aku?? sifir 2 pun tak reti ni kan pulak hal-hal yang melampaui pemikiran aku..
yelah aku kan loser memang macam tu la jadinya
aku memang loser..
hidup segan mati tak mau..ape nak jadi dengan aku ni..
nak kata hensem muka pecah rumahh..dah memang loser sume yang -ve dapat kat aku..
ha'ah aku memang loser.
aku memang loser..
aku jalan balik rumah..tetibe BMW langgar aku..
kedebukkk..aku jatuh..darah mengalir pantas..
driver keluar.."dah mampus ke?" tiada belas kasihan kepada orang yang loser macam aku ni..
dicampak ke tepi sebab menganggu lalu lintas..
"yelah aku kan loser" hatiku berkata sedemikian...loser memang loser selamanya..
loser ni kadang-kadang dia winner dihatinya..walaupun ko loser..jangan sesekali ko menyusahkan orang..biar ko takde harta melimpah ruah asalkan ko kerja halal..ko ingat Tuhan..kerna itu semuanya ujian..
tapi ko taw ke apa makna loser yang sebenar??
aku sebenarnya bukan loser..aku tak menyalahkan sesiapa sebab apa aku jadi begini..yang lepas biarkan ia berlalu tapi yang akan datang yang mesti engkau tempuh..
hidup kau memang loser bila kau berhenti berusaha untuk hidup..
Santai Di Sebalik Blackout...
Posted: Sunday, November 4, 2012 by Faiz Idris inTanah Tinggi Genting...
Posted: by Faiz Idris in