Jari Yang Menaip..

Posted: Sunday, December 2, 2012 by Faiz Idris in
0

bulan baru dah menjelma..Disember 2012

banyak dah yang berlaku sepanjang tahun ni
suka, duka, pahit, manis, masam, masin...

waktu ni juga kempen aff suzuki cup 2012 berlangsung
berkeputusan mesia 2 - indon 0
mesia layak ke separuh akhir bertemu thailand

permulaan minggu ni juga penuh dengan kerja yang berlambakan
industrial eng. psychology, apa lagi? macam-macam
kalau cite pasal kerja memang tak berkesudahan
hidup, kerja memang takleh dipisahkan

saja nak meroyan update belog ni
tangan gatal-gatal mau taip
apa yang terlintas gua interpertasi dalam bentuk tulisan

training dah tak pergi ada la nak masuk 3/4 sem..
punca utama? injured..sedih bukan
lama jugak aku rest dari bersukan ni gara-gara kaki ni
sendi rasanya..dah pergi urut...tapi
masih perlu banyakkan rehat..tambah pulak hati dah tawar atas sebab tertentu..

Persoalan hati?
memang dah tekad untuk tak menghubungi dia buat masa sekarang
perit jugak..atleast gua dah luah apa yang gua rasa
so sekarang gua mahu teruskan dengan style hidup gua sendiri
Alone....
haah alone..tu yang terbaik..gua student..perlu fokus belajar
tambah pulak the only one son..
tanggungjawab besar kan...

"Awal-awal agama ialah mengenal Allah"

sebagai hamba kepada-Nya..wajib bagi kita tahu, kenal, & faham siapa pencipta kita..
carilah masa untuk mendalami agama ni..kita boleh berhempas pulas kejar fardu kifayah ni apa salahnya kita salahnya bermati-matian untuk fardu ain pulak..

"jodoh & pertemuan sudah ditakdirkan"

jangan kau runsing..persoalan siapa jodoh kita tak jadi masalah..tapi masalah kitanya ialah mampukah kita memimpin jodoh kita?

hidup penuh cabaran..aku manusia yang lemah..
perlukan bantuan dari yang Maha Esa
jangan kau sombong meminta dari-Nya

"kematangan tak dinilai dari segi usia"

usia tak menentukan kau cukup matang ke tak..
tapi pengalaman tu sendiri mematangkan manusia
hidup kita ni kita sering diperhatikan oleh mata-mata (bukan freemason)
jaga perbuatan & percakapan kita
jangan cuba perlekehkan orang..
kau tak rasa apa orang tu rasa
kau rasa tu gurauan tapi kalau dah sentuh hati perasaan orang.....Tuhan saja yang tahu...

"melupakan tak semudah memaafkan"

ingat tu...luka boleh sembuh tapi parut masih ada..

tu je celoteh gua dimalam hari ni..wasalam
sayonara =D


0 comments: