Rose

Posted: Sunday, August 18, 2013 by Faiz Idris in
0

My love is like a red rose

It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you
My love is like a red rose
Yes, I may be fragrant
But the closer you get, the more I’ll hurt you

Don’t look at me with that light glance
Don’t speak of love easily
If you want my heart, you need to take my pain too
Because you will be pricked by my thorns someday

Don’t trust me too much
You don’t know me that well yet
So just run away run away
I said ooh ooh ooh
Don’t love me
You don’t know me that well yet
I said run away just run away
Don’t come to me

Seeing your confidence makes me feel so bad for you
Your confident footsteps toward me looks so pitiful today
Emotions? That’s an extravagance to me
Love? That’s Obsession’s best friend
So run away just run away
Cuz you and I must come to an end

Every rose has its thorn
Every rose has its thorn
Every rose has its thorn





Mati Hidup Kembali

Posted: Thursday, August 15, 2013 by Faiz Idris in
0

Lagu 'Mati Hidup Kembali' ni asalnya dinyanyikan oleh Butterfingers. Tapi ni pulak cover dari Amir Jahari. Boleh tahan padu. Bakat pun ada. Support muzik malaya!!



Menjelma Syawal.

Posted: by Faiz Idris in
0

Syawal telah menjelma. Syukur ke hadrat Ilahi masih bernyawa. Umat Islam di serata dunia khususnya di Malaysia menyambut ketibaan Syawal dengan riang dan gembira. Ini kisah Aidilfitri ku.

Tiga hari sebelum raya, aku tiba di kampung halaman. Bertemu ibu dan bapa serta sanak saudara. Namun ada juga yang telah pulang ke kampung mertua. Biasalah hidup berkeluarga ada giliran untuk beraya. Itu mesti sepakat. Ya, sepakat membawa berkat.

Sehari sebelum raya, seluruh kaum keluargaku berkumpul di rumah tok untuk menyiapkan juadah untuk Aidilfitri. Kuih muih siap sudah. Semuanya siap dibeli. Mudah dan cepat. Hehe. Tapi yang tradisi jangan dilupakan. Antaranya ketupat, tapai, kuah kacang dan lain-lain lagi.

Tok memang handal buat tapai. Aku ni nak kata hantu tapai pun tidak tapi tu fevereto kot. Feel dia lain macam kalau pekena tapai ni. Eh? Hoho. Kami lima beradik, menolong mereka menyiapkan juadah ini. Buat tapai banyak pantang larang. Aku pun tak berapa tahu sangat. Adalah tu.

Aidilfitri tiba. Suasana meriah di masjid yang mana mereka berkumpul untuk solat sunat hari raya. Usai solat sunat, khutbah jangan dilupakan. Kemudian bersalam-salaman sesama mereka. Ampun dan maaf dipinta.

Dah cukup aku bermadah kata. Nak tulis power berbunga-bunga bukan bidang aku nih. Okay, esoknya kami sekeluarga berkelah di Teluk Gorek. Pemandangan cantik. Pantai pun sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Ya, sungguh meriah. Orang lain pun pikir macam kita jugak. Istirehat bersama keluarga serta sanak saudara.

Itu saja. Ada lagi nak ditulis tapi malas nak mengukir. Biar gambar yang berbicara. *muka kasi troll sikit*





“Nothing is ever really lost to us as long as we remember it.” 

Keliling Kota Raya

Posted: Tuesday, August 6, 2013 by Faiz Idris in
0

Ku berbicara dipagi hari. Semalam aku tiba di kampung halaman. Ya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 5 6 jam juga. Perjalanan aku dikira agak smooth. Sebab everytime aku sampai stesen mula dari Ktm Subang Jaya hingga ke Lrt Bandar Tasik Selatan semua tepat. Tak perlu tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Ecehh


Pagi ni aku lepak di rumah tok. Dah subscribe internet selama seminggu. Kat sini line Celcom power. Tapi kat rumah tok jela. Kalau download tu relax je pejam mata. Haha. Okay. Actually aku dah mohon cuti start dari Isnin sampai Isnin minggu depan. Kiranya dalam seminggu jugaklah cutinya. Wohoo. Bos baik sebab approved. Sv siap tanya bila cuti? Nak berapa lama? Ingat nak start cuti hari selasa aka hari nih. Tapi alang-alang cuti biar sampai puas. Yeahh!!

Disebabkan cuti lama, aku plan ke Kuala Lumpur. Ziarah sahabat handai. Hehe. Orang sibuk nak balik raya time nilah nak ziarahnya. Diorang pun tak balik lagi so boleh nak function sikit. Aku gerak ke Kuala Lumpur 2 Ogos 2013, jam 11 malam.

Setibanya dia TBS pada jam 4 pagi lebih. Cari port dulu mana yang okay. Beli lah roti sekeping buat sahur. Air oren yang aku bawak dari rumah. Okaylah. Lagipun puasa kali ni sahur ala kadar je. Bujang lah katakan. Kalau masa awal-awal dulu kemain semangatnya. Baked bean lah, telur mata lah, last-last seteguk dua air masak, kurma 2 biji, pastu sambung tidur. Bujang lah katakan..

Usai solat subuh di TBS, aku melangkah ke Lrt untuk ke Gombak. Si Rafiq ni main bedal je. 'Kau turun ke Pasar Seni pastu amik ke Gombak'. Aku tak biasa je Gombak. Pertama kali kot, so aku beli lah ke Pasar Seni dulu. Sampai je Masjid Jamek sebab ni stesen pertukaran. Aku perati map. Hurmm. Perlu ke aku ke Pasar Seni, sedangkan aku boleh terus ke Gombak dari Masjid Jamek? Rafiq ni sangat 'minal'. Minal ni word yang tercipta masa zaman sekolah dulu, Minal minali. 

Perjalanan diteruskan. Sampai je Gombak, roger Rafiq. Datang ngambik aku. Vroommm. Brader LC merah lalu depan. Muka tak ubah. Sama gelap. Sama hensem? Eh... Terpacul di mulutnya. Gemuk kau sekarang. Haha ayat yang biasa ku dengarin. Lima tahun kan mesti berubahabahabah.

Berborak tak puas. Macam benda yang dishare bersama. Ohooo. Seronok kau. Function bebeh. Haha. Jumpa Tangok. Dia lagi kembang teruk. Ngam betei. Jumpa Japrak. Maintain je. Jumpa Epang. Lebih kurang kembang macam aku gak. Haha. Biasalah tuh. 

Follow Japrak pergi shopping kat area KL. Jumpa Jerry kat KL Sentral. Tak berubah seyh. Maintain je tapi ada naik sikitlah. Bakal cikgu tuh. Turun je kat Masjid India tengok banyaknya umat. Nak sampai ke Jalan Tar tu berhimpit-himpit. Mak aih ni tahap apa dah. Tak tengok dah belah kiri kanan apa yang jual. Dipikiran ni nak lepas dari himpitan manusia. Macam-macam bau ada. Fuhhh.

Sogo pun penuh umat. Sale parok tuh. Tak Sogo selalu ada sale. Aku pun merehatkan diri di tingkat atas. Nak cramp rasanya dok berjalan slow steady menapak dua tiga langkah. Lepak sampai Japrap habis shopping. Pastu folo Jerry beli beg. Bertolak pulang ke Uia.

Rafiq masak sardin untuk berbuka. Tangok ejas air oren kasi power kawkaw. Last-last bedal sampai habis gak. Usai berbuka lepak sampai sepoloh pastu gerak ke Danau. Uptown. Situ lagi ramai umat. Penat siang tadi pun tak habis ni sambung malam pulak. Penat-penat pun dua round gak tawaf. Bedal baju kedua lepas dah beli satu siang tadi.

Esoknya, Ahad. Tak sedar langsung sampai tak sahur. Letih teruk tuh. Fuhhh. Siap-siap pergi ke Jalan Tar. Kenapa? Jeng-jeng. Skip part nih. Haha. Pastu jumpa akak kat Sogo. Kemudian gerak ke Sunway Pyramid. Sentap baju Abstrax. Aku nak design lama tapi ada yang latest je. Takpelah ni pun lawa gak. Bertolak ke SS19, rumah Ayahde.

Ramai sepupu cilik kat rumah ni. Main-main sebelum berbuka. Berbuka je ada nasi dagang. "Masakan Tok Wan cawangan Subang Jaya - Ayahde" 

Esoknya bertolak pulang. Sebab takde helmet lebih, aku sentap pakai helmet beskal yang tak muat kepala. Haha. Asal cukup syarat sudah. Selesai perjalanan ku di kota raya selama 3 hari 2 malam. Seronok! Moreh di rumah makan mee mak masak.

"Aku tinggalkan sedikit mee supaya kau tahu betapa sedapnya mee ini - FBI"









We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls.