Take it Slow...

Posted: Saturday, September 24, 2011 by Faiz Idris in
0

I will keep you waiting, until you say something
Baby don’t be hating, I’m just doing my thing
No no no no, can you fill me in

Can I get your number; I will be your shelter
Through the rain and thunder, break your heart I’ll never
Love, I’ll promise you forever

Maybe we can take it slow
I could show you what you’ve been waiting for
Maybe we can take it slow
Just let me show you what you’ve been waiting for

Sinking in each other, we will be together
Lacing up my fingers, saving all my kisses for you, baby
You’re all that I need and you’ve got me thinking, if

5 Tanda Anda Terlalu Lama Single...

Posted: Friday, September 23, 2011 by Faiz Idris in
0

Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek suka pada kau

– Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok

– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

3. Kau banyak sangat main games

– Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2009? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha gal?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau

– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Friendster lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Sources : www.ohbulan.com

Lebaran Menjelma...

Posted: Sunday, August 28, 2011 by Faiz Idris in
0

Lebaran semakin tiba walaupun ramadhan belum melabuhkan tirainya…
Aku harap ramadhan kali memberi barakah supaya dapat meneruskan lagi amalan kepada-Nya..
Hari ni 28 ramadhan..kalau Nampak anak bulan insya-Allah 1 syawal jatuh pada hari selasa..
Hari ini akak aku balik..so semua family aku akan kumpul sini ramai-ramai..
Belum campur dgn kat rumah tok aku lg..
Selalu raya memang happy gila..ramai-ramai ahli keluarga datang ziarah la kan..

Aku pun tak nak tulis apa ni cuma jeles tengok geng lain update blog..hahaa
Ok lah aku cite pasal kuih raya yang aku bakal buat..
Buah rotan namanye..simple + sedap..
Enak di makan di mana saja..haha
Kuih ni selalu bibik yang buat..cakap je mesti die buat

Ni la resepi die…

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
1 cawan air
3 sudu besar pati santan
1/2 cawan gula
Bijan secukupnya

Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah kemudian letak air, telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau. Setelah dicampurkan semua, uli sehingga sebati dan lembut.

Ambil doh yang dah siap tadi , uli kecil-kecil kemudian letak bijan. Semasa menguli ,uli sekali dengan bijan. Bijan akan melekat pada tepung.

Ulangi sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.

p/s: Uli dengan tangan akan membuatkan bijan akan melekat dan apabila mengoreng , pastikan minyak banyak dan jgn terlalu kacau, kerana bijan akan keluar.


Mancing Udang Part 2 OoOo

Posted: Wednesday, August 24, 2011 by Faiz Idris in
2

16 Ogos..16 Ramadhan..
Hari ni aku ngan amer pergi memancing..
Plan kami kalu dapat banyak nak pergi berbuka kat luar
Sekali sekala la kan

Aku sebenarnye x terlibat pun dalam plan ni
Entah mcm mne pagi tu die tepon aku pastu ajk aku pgi mincing.
Si baem ni berdengkur lagi
Dalam pukul 10 ktorg gerak naik ‘faber’

Ni kali ke 3 aku pgi naik faber nih
Air baru nak start pasang
Letih jugak pose2 ni..pehhhh

Masuk la satu port nih
Port cikai je tapi tgkapan lumayan beb!!
Pastu dah smpai tgh hari pegi la kat sungai besar

Dpt jugak tgkap ketam..
Pehhh..tak pdn dgn kecik
Sepit bukan main tuh..

Dalam pukul 4.30 ktorg gerak balik
Penat die tak yah cakap laaa
Mmg nak patah pinggang nih
Dah la mendayung..fuhhh
Letih gile kot
1st tyme mancing lame mcm nih

Plan kami menjadi gak laa
Ada la dalam 20 ekor dapat
Pegi Anjung Suria utk berbuka
Pekena la udang masak merah
Tambah plak siakap masak sweet sour
Mantap seyh!!!
=)

Hutang Wajib Bayar..

Posted: Thursday, August 18, 2011 by Faiz Idris in
0

Cara tunai solat qada

Niat qada ialah melakukan solat atau menggantikan solat yang tertinggal selepas waktu yang wajib untuk bersolat itu tamat.

Ertinya jika terlepas subuh wajib serta merta mengqadanya sebaik teringat dan tidak menunggu subuh esoknya untuk diqada.

Lafaz niat solat pada waktunya disebut “aada-an”atau sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana allah Taala”. Jika ia qada maka tambahlah “qada-an” iaitu sahaja aku solat subuh dua rakaat qada kerana Allah Taala.

Cuba lawati perpustakaan sekolah anda dan cari buku panduan solat. Pinjam buku itu untuk dibaca dan minta bantuan ustazah untuk membetulkan cara solat.

Jalan-Jalan???

Posted: Tuesday, August 9, 2011 by Faiz Idris in
0

6 Ramadhan baru ni..
aku,sani dan amer pergi ke kuantan..
nak shopping raya la kate kn..
kami gerak pagi dalam pukul 9 pastu sampai kat kuantan dalam pkul 12
tempat first pegi Kuantan Parade
walaupun ni dah lame tapi byk barang kat sni..
woo memey byk la kn..mcm2..hahaa
niat jahat di situ...ishhh2 bulan pose nih

ktorg pusing la cari..aku jumpe la spsg bju melayu nihh
agk cun gak kot..hohooo..
tak tggu lame beli slalu..kah3
dah setel beli gerak ke Megamall

sebenanye plan nk jln Ktn ni nak tgk Harry Potter..
part 2 = last film...huhu
bes gile layan..walaupun dh dgr yg bdak2 ni cite cmne
tapi aku tgk gak...
BEST!! MANTAP!!
terbaek ah...kannnnn

destinasi strusnye...Teluk Cempedak dluar pagar...
2nd tyme pegi sini...cantikk
sedap mata memandang...hahaa sekali lg jht di sini..keh3
laen dgn pantai yg aku penah pegi..smart2
kat sini ade byk monyet??..tp ak rse mcm kera..
amer ar tnjuk kat aku.bile aku tgk sebelah je..
mak aihh beruk..tkejut beruk skjap..hahaha
td monyet pastu kera skrg lak beruk..hadoiii
tkpe lyn je

then berbukaa..
makan siakap 3 rasa bai...hoho tom yam, sup daging, kerang bakor tak lupe gak telur dadar
pehhhhhh terduduk baii kat situu
memey kenyang laa..








sebelum nak balik..
kami dpt berita yg shahrul, junior sek rendah aku dulu dah pergi meninggalkan kami..
Allah lebih syg kn die..harap allahyarham ditempat kn di kalangan org2 yg beriman..
-Al-Fatihah-

Mancing Udang wOoO

Posted: by Faiz Idris in
0

Ramadhan menjelma lagi..
Syukur dapat bernafas sampai ke hari ni..
Haaa skang aku nak tulis aktiviti aku selepas balik dari Tintec dan before bulan pose..
Balik je ke kg nih..membe ak ajak la pergi mancing naik faber…

First tyme kot pergi mancing udang naik faber nih..sebelum ni tak penah sebab mancing kat tebing2 je..
Macam bese lah sebelum pegi kne ada psiapan sket kan
Ktorg gune hati ayam sbgi umpan..beli brg mancing sket then tgah hari pegi mancing
Pehhh!! Penat beb untuk ptame kali nih..
Mende tak bese la kan..

Aku naek satu faber dgn amer..sani ngan baim..
Kami mendayung bai..tradisional plak mase tuh..haha
Seronok gak sebab pglaman mmg berbeza dgn mincing kat tebing
Boleh kate aku ar dpt first blood dapat!! Tapi ikan gelama lah…

Tapi tkpe tak lame pastu aku dpt gak..walaupun tak besa mana pun..
Pastu kami pusing cari port yang ssuai… byk gak kami brenti test power..
Tapi seronok gile la sebab kami sibuk melayan joran..tak cukup tgn kot..seronok!!!

First tyme gak aku mincing dapat sirat..sirat?? ape tuh??
Menatang nih macam belut gak tapi lagi geli kot..mmg geli gile!!!
2 kali aku dapat..aku terpaksa potong tali tasi sebab ia asyik melilit2 je kije die..
Yg mule2 aku potong menatang tuh jatuh lam faber..
Melompat2 kami atas faber..muahahaha
Sumpah kalu aku dapt sirat memang aku geli je…kah3

Kali kedua ktorg pegi dapat tgkp byk udang
Amer dpt 13 ekor..aku dalam 8 ekor je..haha
Tapi bleh thn besa udang die kan..sepit biru kot…
Hahaa seronok sebena nye mincing nih..
Kalu xcaye try la kalu yg mane tak penah try tuh…
=)
Tataa~~~







Tintec Part 2

Posted: Friday, August 5, 2011 by Faiz Idris in
0

Welcome back ya..haa masa dah sampai kat KB tu aku dapat tahu yang program anak angkat kat Kg Sireh tak jadi. Alangkah hibanya hati masa tu. Tapi nak wat camana dah kan pembatalan pada saat akhir. Kalau jadi itulah keluarga angkat pertama aku. Then kami ditempatkan kan di bangunan Yayasan Nik Yahya kalau tak silap. Bangunan ni terletak betul-betul tengah Bandar. Kalau aku berdiri depan bilik aku di utara aku nampak Billion. Di barat laut aku nampak KB Mall manakala di barat daya aku Nampak jambatan yang menyeberangi Sungai Kelantan.

Kami bermalam dari 24 hingga 26hb. Di sini semua peserta Tintec berkumpul semula. Kemudian kamu dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Aku budak Pasir Mas 1. Kami diberi tugas wat survey di Kg Sireh. Pada malam pertama?? Haha ayat xleh blah. Malam tu ada dikir barat kat Kg Sireh. Walaupun hujan renyai-renyai membasahi bumi tapi kami tetap teguh disini. Salah satu kesenian Kelantan yang tak luput dek zaman. Anak-anak muda juga join skali jadi awak-awak. Paluan gendang memang memikat telinga yang mendengar. Lepas tu orang kampung jemput budak UTM nyanyi skit. Kami apalagi jerit nama meklin.hahaa cuak die sekejap, siap nyorok belakang anis lagi.hahahaha selesai dikir barat kami pulang ke asrama la boleh dikatakan.

Next day kami mulakan perbincangan untuk buat survey. Seingat aku kami dapat bahagian lestari kampong. Apa tu?? Makna dia mengekalkan sesuatu yang ada supaya tak dipupuskan. Kiranya mengekalkan suasana kampong di kawasan bandar. Dah siap buat bincang tu, pada petang hari kami pergi ronda-ronda di kawasan sekitar Kg Sireh. Aku satu grup dengan Dafi, Yun, Halim & Mek Lin. Kami pusing di jalan yang sepatutnya. Dalam perjalanan tu kami Nampak ada macam kertas luahan perasaan kepada insan yang bernama Anies..hahaha entahla famous lak nama ni kat Kelate nih..kih2…ingat ada satu je rupa-rupanya ada banyak lagi.memang luahan perasaan benar tuh. Mungkin ni salah satu cara nak marah kawan kan. Style jugak seyh..haha habis je ronda kami pegi pekena mee rebus..Bleh tahan kaw jugak..memey kenyang la..nak2 Mek Lin yang belanja.hahaha sedap!!! Thanks Mek Lin…

Malam tu sekadar lepak-lepak saja. Lupe lak group yang lain tu ada yang pergi Tadika Attack dan pergi gotong royong kat sekitar Kg Sireh. Esoknya bermula la survey…rumah pertama kami pergi ialah kedai runcit biasa..tanya lah apa yang patut..aku sekadar tengok je.hehe rumah kedua pula mantap sikit. Dia ni owner perusahaan batik. Memang banyak batik yang dapat dia buat. Kalau sebulan ada la dalam 900. Mantap woo… yela kan batik bukannya murah..then rumah last ni kami pergi Rumah Mama. Sebenarnya aku tak ingat nama dia Puan ni. Dia ni dah ibu tunggal. Tapi nasib baik anak semua dah besar-besar. Dia sempat hidang kuih tepung pelita. Kuih ni manis tapi rasanya memang sedap. Rugi tak try.hehe banyak la kami berbual dengan Puan ni. Siap bagi nasihat lagi tapi rugi laa tak sempat bergambar dengan dia pun.hadoiii!!

Petang tu pula kami pergi ke Rantau Panjang buat kali kedua. Masa ni borong abis lagi satu kali. Aku beli jersi Man U, Kelate dan Malaysia. Borong-borong…haha best masa ni dapat jalan dengan budak-budak ni..nak2 budak kecik uh..hahaa =P…. malam tu ada bbq..best2 sambil bbq dapat la borak dengan geng-geng KBS yang lain..macam-macam la cite yang kuar..lepak dengan maize & kak long..seronok..

Lepas bbq aku lepak dgn budak-budak ni kat atas main kad..hahaha sampai pukul berape ntah..sape yang kalah kena junjung bantal..aku la paling banyak rekod 4 kilo..hahaha tapi kali ke 4 tuh aku blah..mana sanggup seyh..ahaha tapi memang gelak abis malam tu.. Last day, tak ada apa sangat..sekadar kemas-kemas apa yang patut..then kami berkumpul di dataran dekat dengan Tesco untuk majlis penutup...memang lain warna air Sg. Kelantan. Warna macam Tea beng..memang kawww baik punya..kalau pergi cedok pastu tambah ais memang jadi real ah..hahaa

Habis je majlis kami berangkat pulang…aku macam biasa la masuk Bas C..dalam perjalanan tuh sempatlah borak-borak sebelum terlelap..hehe kami berhenti rehat di Kuala Berang..Prof baik hati siap belanja ais-krim dgn burger lagi..haha aku berpakat dgn anis amik 2 burger sorang..menjadi beb..hahaha kebetulan pula Bas A rosak sambil nak tunggu bantuan sampai kami main kad dalam bas..memang happy gila la..bila semua dah okay, kami bertolak pulang ke UTM dengan selamat……..

Tamat dah boh!!! Next time ada program macam ni lagi aku nak join!!! Okay itu saja yang dapat aku tulis..Wasalam….

Tintec Part 1

Posted: Wednesday, August 3, 2011 by Faiz Idris in
0

Akhirnya berakhirlah program Tintec ni. Aku baru saje sampai kat UTMni. Dari hari pertama 20/7 kami bertolak dari UTM pada pukul 5 ptg. 3 buah bas saje. Train takjadi naik sebab ia hanya sampai di Gua Musang saja. Kami tiba di Kuala Nal pada jam 6 pagi. Majlis perasmian pembukaan berlangsung di sini. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Team Pasir Mas (Motivasi), Kuala Krai (Motivasi), Kuala Nal (Anak angkat), Rakit. Aku join team Pasir Mas yang mana handle pelajar Form 5 S.M.K Tengku Panglima Raja. Kami bertolak dari Kuala Nal dalam pukul 2 dan tiba disana dalam pukul 4.30 ptg. Macam biasalah aktiviti kem motivasi ni. Just nak enjoy je. Hari pertama ‘ice-breaking’ dan ‘bina identiti kumpulan’. Hari kedua pula slot ‘tanya pada yang pakar’,’ menara gagah saya’. Pada malam pula ceramah motivasi dari Prof.Dr.Ir. Hasanan bin Md. Nor dari UTM. Esoknya majlis penutup. Sebelum pergi ke Kota Bharu untuk fasa 2 Tintec. Kami group Pasir Mas telah pergi ke Rantau Panjang. Memang banyak barng yang murah kat sana lebih-lebih lagi jersi. Banyak jugak aku borong kat sana. Memang seronok gila la tapi sedih sebab banyak duit habis.haha. Dalam pukul 1 kami bertolak ke Kota Bharu…sambungan next post ye =)

Baru Bermula..

Posted: Sunday, July 17, 2011 by Faiz Idris in
1

Tanggal 15 Julai. Nampak macam bermakna tapi segalanya bermula di sini. Jatuh pada hari Jumaat aku melangkah lagi ke satu episod baru dalam hidup aku. Suatu permulaan yang tiada siapa tahu penghujungnya. Aku baru saja pulang dari Kuala Lumpur kerana ada satu temuduga. Siapa sangka mungkin keputusan temuduga ini bakal mengubah hidup aku. Sudah setahun lebih aku tidak ke sana. Kelihatan pelbagai perubahan yang berlaku. Walaupun pada baru ini diadakan satu perhimpunan yang mencari keadilan tapi nampak tiada apa yang mengubah persekitaran di sana. 20 Julai nanti, aku bakal mengikuti rakan-rakanku untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kolej 10. TINTEC nama diberi. Aku menyertai dibawah nama Kelab Bakti Siswa. Aku bakal menjadi fasilitator untuk para pelajar di sekitar Kuala Nal & Pasir Mas. Program selama 6 hari di sana. Aku juga bakal menjadi anak angkat di sekitar Kota Bharu. Sudah 6 tahun aku tidak pulang ke sana. Kelantan merupakan tempat lahirku. Pelbagai kenanagan yang aku ingat semasa aku dibesarkan di sana. Ada yang manis dan juga ada yang pahit. Tak sabar rasanya mahu pulang ke sana. Sebentar lagi aku nak keluar minum-minum dengan Sani dan Amer. Mereka berdualah yang selalu bersama aku selepas Basha berpindah dari sini. Teruskan hidup walau apa pun yang berlaku. Biarlah kita melalui hidup dengan cara yang susah supaya di esok hari kita akan ajarkan apa itu erti kehidupan kepada anak-anak kita. Bak kata pepatah susah susah dahulu senang senang kemudian. Bukan senang hidup ini tapi kita tetap mesti bersyukur kerna setiap insan itu ada dugaannya sendiri. Allah Maha Adil & Maha Mengetahui. Kita harus berusaha ke arah yang lebih baik. Bercinta bukan senang malah mahu dicintai bukan juga perkara yang mudah. Tapi bukanlah kita menagih cinta tapi memberi kasih kita kepada yang dicintai.

Biasa Sahaja...

Posted: Thursday, June 9, 2011 by Faiz Idris in
3

sehingga hari ni..macam-macam yang berlaku. bagi aku memang tak rugi short sem ni. banyak benda yang dapat belajar. tadi belajar pasal pneumatic. mula-mula blur sebab dah lama tinggal. time masa spm kot. memang lama lah. tapi lama-lama dah ingat dan paham. best gile. hujung minggu ni dengar kata ustaz azhar nak datang. masjid mutiara rini dengarnya. InsyaAllah memang nak pergi sangat. malam yang sama jugak final piala malaysia jugak klate vs ganu..memang sokong klate lah sbb aku ni lahir kat klate..gomo klate gomo. aku kat sume orang ingat aku org ganu sebab masuk geng ganu tambah plak ckap ganu.hahaha.takpe pon dah biasa dah.hahaha siap ada orang tanya lagi "mu ganu belah mane"..hahaha memang tergelak aku dengar..hahaha..hurmmm dah seminggu lebih dah tak dapat hubungi dia..walaupun tak ada apa-apa yang istimewa pun tapi terasa something jer..hahaa..banyak benda nak cite tapi satu-satu la ea..nanti lapang aku taip apa yang patut..ok wasalam

HenShin..

Posted: Thursday, June 2, 2011 by Faiz Idris in
0

Hai..tengah duduk saje-saje tadi teringat lak hobi lama yang ditinggalkan..dulu aku minat gile tengok kamen rider.mesti korang terpikir aku ni budak-budak lagi..hehe best la tengok ni..nak2 masa dia bertukar..."Henshin!!" macam-macam style la..banyakla aku layan kamen rider decade,kabuto,W...tapi sekarang nak cari sape ada citer kamen rider ni..rindu gile nak tengok..hahaha







Sepintas Lalu...

Posted: Tuesday, May 31, 2011 by Faiz Idris in
2


Assalamualaikum...

Wahh~~ masa berlalu agak pantas, tadi aku baru je habis tengok 'My Girlfriend is Gumiho' tapi tak habis lagi la, baru episod 8. Cerita ni best! Ada legend sikit tapi best lah, hurmm short sem? baru minggu kedua lagi sebulan lagi baru habis. Banyak benda yang dapat belajr sepanjang short sem ni. Better macam ni dari duduk rumah, bosan kan, bukan apa, duduk kat rumah bukan wat apa pun.

Dulu aku selau wat post kat facebook (tetibe tukar topik) tapi sekarang tak dah. Lagi suka post kat blog ni. Bukan tak suka cari publisiti tapi ketenangan..hahaa tak ada pun sangat yang aku nak post ni cuma tiba-tiba je terfikir nak tulis ni...okay gerak dulu =P

Wajah Baru..

Posted: Sunday, May 29, 2011 by Faiz Idris in
0

Setelah sekian lama aku cari template..ni la yang terbaik yang aku dapat cari..simple je la..walaupun ada yang tak cukup (kalu perasaan la) hahaha..tapi masih ok lagi..dah cantik dah ni la kan =D

Bukan sekadar ini je yang perlu berubah tapi dalaman diri kita juga perlu berubah..Ingat tak kalau nak cuti sekolah je mesti berangan nak study kat rumah..wahh bawa balik buku bukan main lagi banyak nye tapi sampai je kat rumah buku simpan elok-elok sebab nak study tapi bila tiba nak buka buku je mesti susah..orang kata hangat-hangat tahi ayam je..hahaha..kalau nak cuti kita cuti betul lepas tu dah masuk belajar, belajar betul-betul..hidup ni mesti kita hayati...tapi baik kita berubah dari buruk ke arah kebaikan..semoga mendapat hidayah dari-Nya...



Gula Kapas

Posted: Saturday, May 28, 2011 by Faiz Idris in
0

Dulu masa kecik suka je makan gula kapas ni..melekat je kat mulut..wahahaha..tetibe nak makan gula kapas ni pulak =P

Singgah Sebentar...

Posted: Tuesday, May 24, 2011 by Faiz Idris in
2

Banyak yang dah berlaku sehingga hari ni..wahhh..pengalaman mematangkan manusia..hermm waktu cuti baru ni..ada maca-macam aktiviti yang aku buat..lepas balik dari melaka pergi beli barang-barang yang aku idamkan sangat-sangat..sanggup tahan air liur tengok..wahaha..converseku..walaupun tak seberapa di mata orang tapi dimata aku....arrrggghhhhh...dapat jugak pakaikan untuk kakiyang tersayang ni..next, pergi air terjun dengan kawan-kawan..perjalanan pergi mengambil masa 4 jam..lama giler..takpe 1st time pergi lagipun main redah je tu..hahaa sesat?? jangan citer lah..tapi apa-apa pun bila dah sampai memang dah tak pikir lama ke tak..memang seronok yang amat..nasib baik tak berlaku apa-apa walaupun aku ada injured sikit..wahaha..kalu fikir balik nasib la jatuh macam tu..kalu yang sebaliknya yang berlaku nauzubillah~~...then, Menjaroes Pusat..semua budak-budak gather kat UTM ni..tengok suasana di universiti ini..untung budak-budak ni..masa aku sekolah dulu tak pernah pun pergi U ni..untung adik-adik KBS..belajar elok-elok ye..hahaha =) Chill yea...sekarang tengah short sem...report pah ceroh la..hahahah oh report~~~ =)

Cuti...

Posted: Sunday, May 8, 2011 by Faiz Idris in
0

hari ni letih sangat sebab seharian pergi mandi..A Famosa la katakan..bertolak dari UTM 2 pagi sampai Melaka masa subuh..kat A Famosa ni agak best walaupun ada sikit saja permainan yang seronok tapi dalam banyak-banyak tu aku paling suka yang gelongor paling tinggi tu.masa mula-mula turun biasa saja tapi tiba-tiba straight macam rasa nak jatuh..fuhhhhh kecik mata-mata tengok kat bawah masa tu..tapi aku main mende tu 2 kali sebab tak puas hati..2nd time tak rasa gemuruh sangat dari yang 1st tadi..tapi kalau korang nak pergi ok je..walaupun agak expensive..depend pada pendapat masing-masing la kan..tak ambik gambar pun masa kat sana sebab dorang tak kasi bawak..tapi apa-apapun enjoy ahhh!!!!

Titik-Titik Permulaan..

Posted: Friday, May 6, 2011 by Faiz Idris in
3

6 May 2011..maka tamatlah episod ak sebagai mahasiswa tahun pertama..perasaan?? mestilah gembira la kan..sekarang tengah menanti plan nak pergi melaka dengan rakan-rakan ku..hahaha dah tak sabar rasanya..hehe entahlah malam ni pun dah rasa bosan sikit. tak tahu nak wat apa..yela kan selalu masa-masa macam ni dimanfaatkan untuk study tapi sekarang exam dah abis..hahahaa...syok gile rasa..penat sangat dah perah otak nak sampai meleleh keluar otak ni..hahaha.13 May ada Menjaroes..dengan bangga aku kata kan aku jadi fasi masa ni.."adik-adik tunggu kedatangan abang faiz ye"hahaha!!!! kepada yang berkenaan thanks sebab sudi jadi partner aku untuk Kem Pusat kali ni..hehehe wat yang terbaik semua =D

When It Rains...

Posted: Wednesday, April 20, 2011 by Faiz Idris in
2

And when it rains
On this side of town it touches everything
Just say it again and mean it
We don't miss a thing

You made yourself a bed
At the bottom of the blackest hole
And convinced yourself that it's not the reason
You don't see the sun anymore

And oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh, I need the ending
So why can't you stay just long enough to explain?

And when it rains
Will you always find an escape?
Just running away
From all of the ones who love you
From everything

You made yourself a bed
At the bottom of the blackest hole
And you'll sleep 'til May and you'll say
That you don't want to see the sun anymore

And oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh, I need the ending
So why can't you stay just long enough to explain?

Take your time
Take my time

Take these chances to turn it around
(Take your time)
Just take these chances, we'll make it somehow
And take these chances to turn it around
(Take my)
Just turn it around

And oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming

Oh, oh, how could you do it?
Oh I, I never saw it coming
Oh, oh I need an ending
So why can't you stay just long enough to explain?

You can take your time
Take my time

[Paramore]

The Road Not Taken...

Posted: Monday, April 18, 2011 by Faiz Idris in
6

Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Purnama...

Posted: Sunday, April 17, 2011 by Faiz Idris in
3

Hari ini sungguh indah..sebelum pergi makan malam tadi, aku lihat bulan purnama yang cukup indah,cukup memikat hati aku dan membuatkan aku betapa besarnya nikmat dan kekuasaan-Nya..sesungguhnya ciptaan-Mu amat sempurna..aku memang suka tengok bulan.kalau dulu kecik-kecik kira bintang tapi sekarang lagi suka tengok bulan nak-nak bila masa purnama..sejuk hati tengok bulan...=)

Permulaan Bagi Pengakhiran...

Posted: Thursday, April 14, 2011 by Faiz Idris in
5

Hari semalam merupakan hari yang bersejarah bagiku selepas setahun bersama akhirnya terjadi jua.aku akui keputusannya merupakan kebaikan bersama.apa yang ku harapkan dia bahagia sentiasa..walaupun kaget seketika, aku tabahkan hati hanya kerana dia & aku..jodoh pertemuan di tangan-Nya..aku hanya berserah kepada-Nya..setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..kita hanya merancang Tuhan yang menentukan..sekilas memori ku bersama dia kan ku semadi bersama diri ini...aku hanya insan yang lemah yang mencari keredhaan di sisi-Nya..berhiperbola sungguh kamu wahai Faiz Idris..=P

Kepada-Mu...

Posted: Tuesday, April 5, 2011 by Faiz Idris in
0

hanya titipan kesedihan yang melanda..tiada apa yang dapat dikesalkan lagi.semuanya telah ditakdirkan kita hanya merancang apa yang kita mahu tapi Allah yang menentukan.dugaan dan cabaran membuatkan kita sedar betapa lemahnya manusia tapi disitu kita tahu siapa kita.apa yang penting kita hanya perlu berdoa dan bertawakal agar menjadi yang lebih baik..bantulah hamba-Mu ni.aku berserah diri kepada-Mu.....

Power Plant Trip YTL

Posted: Saturday, April 2, 2011 by Faiz Idris in
0

18 Mac, satu lawatan untuk seksyen 1 bagi subjek thermodynamic diadakan ke power plant YTL.Satu pengalaman yang amat menarik dan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa dalam bidang kejuruteraan.kami dapat melihat bagaimana seorang jurutera mekanikal bekerja.dengan menggunakan combined cycle plant ini menjana sebanyak 404MW.sungguh menguntungkan.terima kasih kepada Prof Ir Hayati kerana membawa kami ke sini.Jasamu dikenang =)









Domino Lagi...

Posted: by Faiz Idris in
0

26 Mac yg lalu..FKM ad wat satu pertandingan dmino..xtvt ni agak menarik sbb die gnti test 2 bg sbjek dynamic..haha.mcm2 inovasi yg ade dlm xtvt ni.mmg xsgke byk gak idea2 tbaek yg bdak2 ni wat..grup ak pnye simple gile..hahahaha xpelakan agpon ktowng xpkir sgt nk wt gempak2 tp yg penting skali SMM byk menang la wlaupon grup ak xmnang tp group laen mntap seyh xpe SMM tbaek!!!!!!!..hahaha tgok jela..........









Bila Tiba Masanya....

Posted: Friday, April 1, 2011 by Faiz Idris in
0

Bulan baru dah tiba..bulan mmg agk mencabar la weyh..byk test tmbh ngan asg yg smakin btimbun ni..entahla..buat je la kan name dh student..smenjak bberapa hari ni dok dengar lagu paramore je..tiba-tiba je jadi minat padahal ada je dulu ak lagu paramore dlm lptop tp xlyn..mgkin dh jodoh kot.hahaha vokalis die mantap seyh suare tmbah plak ngn rupa beliau agk market di situ..hahaha layan gile korg try la dngar hahahaa =D

Fasi oh Fasi

Posted: Saturday, March 19, 2011 by Faiz Idris in
0

12 Mac yang lalu, KBS ada buat satu program MENJAREOS.Peserta kem ni budak form 2 dari seluruh daerah Pontian. Kem ni diadakan di Kem Bina Negara Gunung Pulai.Tempat ni best selesa,nyaman, sejuk.Masa kem ni ramai gak fasi yang datang semuanya budak K9..sebelah je ndgn K10.best giler pegi kem ni.mcm2 xtvt yang abg2 & akak fasi wat..sume enjoy.kem kom?? mmg tbaek!! hahaa byk gmbar ktorng amek kat sne.hahaha.gmbar fasi je yg bnyak dri pserta..hahaa apa2 pon Group 9 mnang dlm kem ni..syabas buat fasi2 sume..nty jumpe lagi kat kem pusat..(ayat skema je) =)




Metafora...

Posted: Friday, March 4, 2011 by Faiz Idris in
0

detik demi detik aku menanti saban hari..tak jemu menanti sesuatu yang tidak pasti..aku menoleh ke belakang melihat yang telah terjadi..buat pedoman di kemudian hari..entah bila lagi aku berada disini..aku berharap tidak tersungkur dengan begitu saja..benar-benar jatuh hati padanya buatkan aku terus bersemangat..dia menjadi pembakar semangat seiring dengan keluarga yang tercinta..luahan isi hati dipendam demi menjaga perasaan bersama..bila lagi mahu dipendam dan sampai mahu dikemam..terus menerus berusaha tapi tiada jawapannya..gigih berusaha sampai berjaya.....aku menyayanginya.....=)

Sekilas Pandang....

Posted: Sunday, February 13, 2011 by Faiz Idris in
0

Sudah seminggu aku berada di UTM selepas cuti mid sem baru ni. Macam-macam yang aku buat selama hari ni. Cuti baru ni, family aku ada buat party sambut birthday tok aku yang dah berumur 70 tahun..surprise gile.tok wan siap kasi hadiah special ntuk tok..ramai gak yang bagi..aku pon bagi gak bagi wish jelaa.haha xsempat n xtaw nak beli ape..hehee minggu ni ada 2 test mechanic fluid & thermodynamic..xckup prepare lagi..kne study gila2 sem ni..sbb ada bnd penting yg perlu aku buat..apa-apa pon aku happy bile ada budak tu ckap 'tc'..hahaa 0h beliau ialah...hahahahaa!!!!
=)

Trip To Temasik

Posted: Friday, January 28, 2011 by Faiz Idris in
0





Ini semua gambar-gambar masa aku & rakan-rakan pergi ke singapore 22 Jan 2010..
Esplanade,Merlion,Chinatown,Vivo, & Pulau Sentosa...
Syok Gile!!!!!! =)

Sekian Lama...

Posted: by Faiz Idris in
0

Assalamualaikum...
Sudah berapa lama aku tak mengupdatekan blog ni..entah la.minggu ni aku nak balik kapung bagi cuti penggal semester ni..roomate aku baru je pulang tadi..tinggallah daku keseorangan..kalau dulu cuti med sem dekat semester ni awal awal bulan dah start cuti..hehe lepas ni belajar 10 minggu berturut-turut..skrg wifi utm tengah laju gile sebab budak ramai dah balik..yahoooo..gembira sungguh budak kecik ni..haha..esok 29 Jan 2010 ada khidmat masyarakat kat Pontian atas permintaan dari parlimen Pontian dengan kerjasama Kelab Bakti Siswa K10..Aku ni ahli KBS K10.ahli biasa je..ahaha..agak syok masuk KBS ni, bertambah kawan-kawan hamba..ok 2 je wassalam