Asrama...

Posted: Saturday, March 23, 2013 by Faiz Idris in
0


        Jam berdetik lagi. Semua penghuni masih di alam mimpi. Aku juga sama seperti mereka. Enak dibuai mimpi sehingga tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Sape nak kalau korang tengah syok mimpi ada orang datang kacau line. 

      Pang pang pang. Bunyi pintu bilik diketuk dengan penyapu. “Bangung bangung..” jerit warden aku yang berdialek terengganu. Ahhh, rupanya sudah jam 6. Aduhhh. Mimpi baru nak sampai klimaks ni dengan awek paling letop kat sekolah pulak tuh. Pehh melepas aku. 

     Aku bangkit perlahan. Sambil tu kejut junior sebelah katil. Aku ni kira senior yang bagus la. Err.. mungkin. Setel kejut anak-anak ikan ni. Aku sambung tidur balik. Warden dah berlalu pergi. Dia kira tugasnya dah selesai. Kedebushh kedebushh. Bunyi air dari bilik mandi. Dorm aku dah la tepi bilik air. Kiranya waktu kritikal sebegini memang susah nak dapat ketenangan tidur balik. Cisss. Gentak hatiku walaupun mata terkatup rapat. 

        Suasana tiba-tiba sepi. Kedamaian apakah ini? Aku kira beruntung sangat dapat ketenangan sebegini. “Wiiooo wiiooo”. Mataku terbuntang luas. ‘Hailer’ warden menakup telinga belah kanan. Bingit dia bukan main. Aku cuba bangkit tapi warden aku main angin. Makin aku bangkit makin dia tekan. Mau dua tiga kali jugak. Mak aih marah benar tu. “Hahaha..degil sangat nak bangung nih”..hilai tawanya kedengaran. Kali ni aku terus segar bugar. Malu pun ada jugak. Habis reputasi aku sebagai senior yang baik. Bangkit lalu terus mandi. 

      Siap je pakai nak pergi solat subuh kedengaran salam pertama dari imam yang pertama. Dah lambat masak kali ni. Buka jemaah baru dibelakang jemaah pertama. Ramai jugak yang lambat ni. Satu saf panjang untuk jemaah kedua. Di hujung saf kelihatan GPK HEM. Dia lagi otai dari warden. Rajin dia check siapa yang lambat maka hukuman bakal menanti bagi mereka yang lambat. Selesai saja solat, penampar bertalu-talu dari hujung ke hujung. Perit dia bukan main.

Hari Tak Selalu Cerah..

Posted: Sunday, March 10, 2013 by Faiz Idris in
0

hari tak selalu cerah..
kadang-kadang hujan..
kadang-kadang terik..
kadang-kadang redup..
kadang-kadang mendung..

setiap hari tak sama
isnin..
selasa..
rabu..
khamis..
jumaat..
sabtu..
ahad..
putaran waktu yang sama tapi berbeza




hari yang ditinggalkan takkan kembali
hanya terpalit memori
memori yang bittersweet

rambut sama hitam
hati lain-lain..
luar cakap lain dalam pikir lain
aku terkena..kepercayaan aku kepada "mereka" kini luntur 
aku meneliti tindakan "mereka"
adakah wajar untuk pasukan atau tidak?
tindakan "dia" mungkin kecil tapi impaknya agak besar
entah apa yang dipikirkan aku tak tahu..

cukup lah dengan memori aku bersama mereka..
dua hari yang cukup bermakna bersama mereka..
terima kasih
sayonara ....

Ini Kali Pertama..

Posted: Friday, March 8, 2013 by Faiz Idris in
0

pritttt prittttt prittttt..
huhuhuhu..
nampak habuk bersepah di belog gua ni

ini kali ermmm..
hanya isi hati gua yang nak luahkan
tapi takde isi hati sangat lah cuma..
cuma geli geli tangan je nak menaipp.

ok begini..ehemmm
semalam...malam jumaat
petang tu gua hajat nak pergi main bola
pastu sampai padang tak ku nampak geng-geng gua

sebelah kanan hujung padang gua lihat geng sofball
haah gua tak turun lagi training untuk ini semester
niat di hati nak bersara..niat je ea
tergerak lah hati yang kecil ini untuk join sama

Alhamdulillah tak berapa nak kaget sangat training tu
ok buleh ikut flow..
sama macam sem-sem lepas 
tapi kali ni ada budak-budak baru
woot woot woot
*cover sikit*
takleh nak nafi mereka comel
hahaha
ok enough

malam tu gua hang out bersama diorang sume
chicken chop => bazar karat => tasik utm
balik-balik lepak kat tasik
sume cerita random keluar
tahap pecah perut jugak

seronok!
at least dapat mengerat silaturahim =)
itu saja gua bercerita...jyeaah
majulah whitefox untuk sofball