#goodbye2012...

Posted: Monday, December 31, 2012 by Faiz Idris in
0

Semakin mencapai detik-detik akhir 2012..
Penuh suka duka, manis pahit, gelak tawa,
aku tetap aku
aku dan kamu serta mereka
...Bersama Selamanya...
...Terima Kasih Semua...
   
  ~~~
\(n_n)/
 || 


Mencari....

Posted: by Faiz Idris in
2

Hari terakhir sebelum tahun 2012 menutup tirai..

sememangnya penuh ceritera tahun ini
ada suka ada duka
ada juga manis tak lupa juga manis

setiap perjalanan hidup ini diteruskan
walaupun yang berlaku meninggalkan kesan
parut, calar balar, itu semua dijadikan kenangan
yang diabadikan ke dalam tubuh sendiri

aku suka berkarya
walaupun itu bukan karya yang dikatakan karya
aku suka menulis tapi bukan untuk kerja-kerja assignment
sememangya kerja sebegitu amat memenatkan
aku suka menulis apa yang difikirkan

ya, penulisan aku interpertasi dari pemikiran
penulisanku bukan mencari serta tercari-cari hala tuju
cuma sekadar luahan..
luahan ini aku abadikan untuk masa hadapan

ada juga terfikir..aku patut jadi penulis
mencipta cipta sendiri dari imaginasi
itu memerlukan masa..ya masa yang lama..
bukan sekadar angan kosong seperti cerita di warung-warung
tapi...ada info serta pengalaman yang dapat aku kongsikan

ya bidangku bukan bidang penulisan
tapi bidangku lebih ke arah pengiraan
nombor-nombor serta huruf-huruf menjadi peneman

aku berhenti disini...tapi aku akan muncul kembali
mencari cahaya yang menanti....


Mati Itu Pasti...

Posted: Saturday, December 29, 2012 by Faiz Idris in
2

Beberapa hari lagi tahun 2012 akan menutup tirai..
punya ceritera sendiri..
manusia-manusia menegakkan keadilan..
aku masih menaip..
menunggu kegelapan menyelubungi bumi inii
bukan kegelapan dari cahaya Ilahi tapi cuma sinar matahari
ya siang malam bersilih ganti...
mengikut yang ditetapkan Ilahi..

"Mati Itu Pasti, Hidup Insya Allah"

semua makhluk akan menemui mati, yang kekal hanyalah Allah..
sifat makluk itu sendiri lemah..
bilamana dicabut nyawa terputuslah hubungan anak adam dengan dunia
kecuali tiga perkara
1) sedekah jariah
2) doa anak soleh
3) ilmu yang dimanfaatkan

ingatlah hidup ini sementara..
akhirat jualah tempat kekal selama-lamanya..
jangan kita alpa dan leka hanya pada nikmat dunia...



Itu Sudah Berlalu...

Posted: Wednesday, December 26, 2012 by Faiz Idris in
0

hari yang ceria buat rakyat jelata
cuaca yang damai sungguh menenangkan jiwa mereka
sujud syukur atas kurniaan nikmat daripada hamba-Nya,

tika ini, seorang bapa membawa anak-anak mereka untuk mengisi masa lapang bersama. joran-joran menjadi peneman. ya memancing..sambil menunggu kail sambar ikan melayan karenah anak-anak sungguh bahagia sekali..

anak-anak adalah harta ibu bapa di dunia, umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkannya..

sedang si bapa membuat persiapan untuk memancing, kelihatan si anak tunggal laki-laki bermain air di tepian sungai.. si bapa menyuruh si kakak lihat-lihat si adik bermain air, risau terjadi kecelakaan yang tak diingini..

si adik ini memperkecilkan paras air kerana dikatakan tohor. tak seronok mandi nanti..anak yang berumur 7 tahun memang tidak mengerti apa-apa..

tiba dia di satu tempat, tiba-tiba jasad si adik ini hilang dari pandangan..
si kakak melihat sekeliling, kelibat adiknya tiada..

si kakak memanggil si bapa lalu mengatakan si adik telah telah lemas..
lantas si bapa turun mencari anak laki tunggalnya itu..
di satu sudut yang lain kelihatan anak-anak muda datang bertanya..
setelah mengetahui apa yang terjadi, mereka segera menghulurkan bantuan,
membantu mencari anak laki tunggal itu..

air yang keruh menyukarkan pencarian..si bapa tidak putus cuba mencari si anaknya itu.
menyelam, menghulur-hulurkan tangan takut-takut terkena jasad anak itu..

beberapa masa berlalu..air sungai mula pasang. maka pencarian sebegini memang menyukarkan. si bapa merasa sedih takut-takut kehilangan anaknya itu..

"Ajal Maut Di Tangan Tuhan"

kaki salah seorang anak muda yang menolong si bapa tadi tersepak seuatu..
dirasakan seperti kayu namun ia bersifat bukan seperti kayu...aneh
tangan anak muda itu mencapai sesuatu yang melanggarnya itu..

Alhamdulillah..yang disangka kayu itu rupanya jasad si anak laki tunggal si bapa..si bapa dengan pantas lalu memikul anaknya ke tebing sungai..

memberi bantuan yang seadanya..air mula keluar dari salur pernafasan..mengalir perlahan..udara mula disedut perlahan tapi dalam keadaan terdesak..nafas diatur..anak laki itu mula sedar..sedar dari kelemasan...

si bapa berterima kasih kepada anak-anak muda yang menolongnya.terima kasih Allah kerna memanjangkan usia anaknya itu...


hari ini aku menulis..
menulis kisah hidup yang berlaku sekitar belasan tahun dahulu..
peristiwa itu aku kenang kerna ia sebahagian dari diri ku..
mati tak mengira kita tua ataupun muda..
jasa mereka aku kenang sampai bila-bila

watak si anak bukanlah asing bagi diri aku ini..
kerna si anak kecil itu ialah diri aku sendiri.....

Carik-carik bulu ayam

Posted: Thursday, December 20, 2012 by Faiz Idris in
0

carik-carik bulu ayam..
yaa aku serius sunyi sekarang
keseorangan di fkkksa..mende tau 
senang-senang gua panggil kimia
tempat download yang laju kat u nih

tapi slow gaban gak
bese la free..kena share-share

test sudah habis utk sem nih
namun assignment serta report banyak yang perlu di setelkan
adat student lah..keje last minute
lec pon hujung-hujung sem bagi keje

haiyaa..tapi ngak apa
yang penting semangat kental
sebentar tadi gak gua pegi mph
cari awek baru...haha gua maksudkan buku aka novel
entah apa yang merasuk sem ni jadi ketagih novel
hahaha

takpe janji gua nampak mana duit gua mengalir kan
ranggau namanya
nak cari timbiruo susah
stok habis...

ok penat dah gua carik-carik bulu ayam nih
gua pun tak tahu apa kaitan bulu ayam ngan post ni
kah kah kah


pandang ke langit, ludah!!
padan muka ko kena setepek...

Lintasan Bintang...

Posted: Monday, December 10, 2012 by Faiz Idris in
0


Cahaya bintang-bintag
Menyinari wajahmu
Hadir mu dan menemani
Di waktu aku bersama
Kesunyian itu

Biar aku yang hilang
Dari sisi mu sayang
Tak mungkin ku disini
Menduakan perasaan
Yang telah kau jalinkan
Dan aku sedari
Yang selama ini
Cuma sampai disini
Kau bukanlah lagi
Bidadari yang ku impi
Oh mengapa
Ku cuba hindari
Dari kau menghampiri
Hmm hmm hmm
Biarkan ku tahan
Kelukaan di hati
Oo oo oo
Janganlah menangis
Biar jadi begini
Ooo ooo
Pergilah bersamanya
Biar aku aku yang pergi
Cuma lintasan bintang

Lonely Lone Rangers...

Posted: Sunday, December 9, 2012 by Faiz Idris in
0

sedutan drama insan-insan yang lonely..


FBI: Perasaan menonton wayang di panggung keseorangan adalah sangat 
      "hebat" Sangat "seronok" pun ada juga 


RZ: Don't worry bro, I know that feeling.


FBI: Yeah broo..its 'amazing' rite..hahaa forever alone..


RZ: Superbly Amazing. Forever Alone all the way.


FBI: Like a hero..lejen sape wat macam tu..selamanyaa sorang2 saja


RZ: Lagi lejen kalau tengok sorang cite2 jiwang. Org lain duk pegang tangan   
     awek kita duk kunyah popkorn. Not a single F was given
   
    
FBI: Amik feel parok..forever alone yg lejen..tgk cite hantu..org lain jerit2 awek 
     peluk pakwe..kite jerit2 kena peluk ngn maknyah


RZ: Apa peluk makyah. Kita peluk lutut je. Sambil mengharap ada yg dtg 
     tenangkan kita. 
  

FBI: Then kita kena terima hakikat tiada sapa yang akan tenangkan kita hingga 
      akhir cerita


RZ: Abes cerita tinggalkan panggung dengan perasaan hiba. *i walk this lonely 
     road..* sound efek


FBI: Berakhirlah cerita seorang lonely yg lejen..air mata jatuh bderai 
      mengundang kesepian...


"Sabarlah, suatu hari nanti akan timbul sinar dihidup kita *pegang bahu,kesat air mata*"

"Mungkin akan muncul dari daerah paling suram itu cahaya kebahagian, dan agar terpalit cinta hilang kesepian"



Different Things...

Posted: Saturday, December 8, 2012 by Faiz Idris in
0

I wake up and try to let go of these feelings that I've had for you.
but it's easier said than done.

There's a difference between goodbye and letting go.

Goodbye is "I'll see you again when I'm ready to hold your hand , 
and when you're ready to hold mine."

Letting go is " I'll miss your hand. I realized it's not mine to hold, and I will never hold it again..."

Datang & Pergi

Posted: Friday, December 7, 2012 by Faiz Idris in
0


Perasaan tu datang lagi
Kali ni menusuk jiwa ini
Perit, tatkala ia menjengah diri ni
Aku meniliti diri ni..apakah yang harus aku lakukan
Melayang-layang di minda..

Setiap kali ia menjengah aku terasa perit
Perit yang dialami tak mampu diucapkan kata-kata
Kerna itu aku lebih suka intepertasi dalam bentuk penulisan

Ia mungkin lumrah manusia
Sebagai mana yang dialami mereka yang lumpuh dipertengahan jalan
Aku mencari-cari dimana jalan keluar
Meniliti susur-susur yang dilalui
Susur yang bercabang
Di kanan jalan dipenuhi bunga-bunga yang mekar
Di kiri dihutani duri yang menajam
Tajamnya mampu menguris apa saja yang melaluinya

Aku memikir jalan mana yang harus dilalui
Jalan yang perit atau jalan yang bahagia
Relung masa kian perlahan
Meniliti serta memerhati

Andai itu takdirnya
Aku menyerah kepada-Nya
Sebaik-baik penyerahan
Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana dalam setiap perancangan
Jangan disalahkan takdir
Tapi salahkan diri sendiri yang menyalahkan takdir

Ku tatap ke langit
Ya, begitu indah ciptaan-Nya
Walau di mana kita berada kita tetap di bawah langit yang sama
Penentuan yang dibuat aku harungi dengan tabah
Biarlah yang lepas berlalu pergi
Menjadi memori kemudian hari
Jalan yang kini aku tempuhi
Tempuhi dengan sepenuh hati
Jalan yang mana? Aku dan Pencipta saja yang mengetahui

Perasaan itu datang dan pergi bagai angin berlalu pergi.

Jari Yang Menaip..

Posted: Sunday, December 2, 2012 by Faiz Idris in
0

bulan baru dah menjelma..Disember 2012

banyak dah yang berlaku sepanjang tahun ni
suka, duka, pahit, manis, masam, masin...

waktu ni juga kempen aff suzuki cup 2012 berlangsung
berkeputusan mesia 2 - indon 0
mesia layak ke separuh akhir bertemu thailand

permulaan minggu ni juga penuh dengan kerja yang berlambakan
industrial eng. psychology, apa lagi? macam-macam
kalau cite pasal kerja memang tak berkesudahan
hidup, kerja memang takleh dipisahkan

saja nak meroyan update belog ni
tangan gatal-gatal mau taip
apa yang terlintas gua interpertasi dalam bentuk tulisan

training dah tak pergi ada la nak masuk 3/4 sem..
punca utama? injured..sedih bukan
lama jugak aku rest dari bersukan ni gara-gara kaki ni
sendi rasanya..dah pergi urut...tapi
masih perlu banyakkan rehat..tambah pulak hati dah tawar atas sebab tertentu..

Persoalan hati?
memang dah tekad untuk tak menghubungi dia buat masa sekarang
perit jugak..atleast gua dah luah apa yang gua rasa
so sekarang gua mahu teruskan dengan style hidup gua sendiri
Alone....
haah alone..tu yang terbaik..gua student..perlu fokus belajar
tambah pulak the only one son..
tanggungjawab besar kan...

"Awal-awal agama ialah mengenal Allah"

sebagai hamba kepada-Nya..wajib bagi kita tahu, kenal, & faham siapa pencipta kita..
carilah masa untuk mendalami agama ni..kita boleh berhempas pulas kejar fardu kifayah ni apa salahnya kita salahnya bermati-matian untuk fardu ain pulak..

"jodoh & pertemuan sudah ditakdirkan"

jangan kau runsing..persoalan siapa jodoh kita tak jadi masalah..tapi masalah kitanya ialah mampukah kita memimpin jodoh kita?

hidup penuh cabaran..aku manusia yang lemah..
perlukan bantuan dari yang Maha Esa
jangan kau sombong meminta dari-Nya

"kematangan tak dinilai dari segi usia"

usia tak menentukan kau cukup matang ke tak..
tapi pengalaman tu sendiri mematangkan manusia
hidup kita ni kita sering diperhatikan oleh mata-mata (bukan freemason)
jaga perbuatan & percakapan kita
jangan cuba perlekehkan orang..
kau tak rasa apa orang tu rasa
kau rasa tu gurauan tapi kalau dah sentuh hati perasaan orang.....Tuhan saja yang tahu...

"melupakan tak semudah memaafkan"

ingat tu...luka boleh sembuh tapi parut masih ada..

tu je celoteh gua dimalam hari ni..wasalam
sayonara =D