Lebaran Menjelma...

Posted: Sunday, August 28, 2011 by Faiz Idris in
0

Lebaran semakin tiba walaupun ramadhan belum melabuhkan tirainya…
Aku harap ramadhan kali memberi barakah supaya dapat meneruskan lagi amalan kepada-Nya..
Hari ni 28 ramadhan..kalau Nampak anak bulan insya-Allah 1 syawal jatuh pada hari selasa..
Hari ini akak aku balik..so semua family aku akan kumpul sini ramai-ramai..
Belum campur dgn kat rumah tok aku lg..
Selalu raya memang happy gila..ramai-ramai ahli keluarga datang ziarah la kan..

Aku pun tak nak tulis apa ni cuma jeles tengok geng lain update blog..hahaa
Ok lah aku cite pasal kuih raya yang aku bakal buat..
Buah rotan namanye..simple + sedap..
Enak di makan di mana saja..haha
Kuih ni selalu bibik yang buat..cakap je mesti die buat

Ni la resepi die…

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
1 cawan air
3 sudu besar pati santan
1/2 cawan gula
Bijan secukupnya

Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah kemudian letak air, telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau. Setelah dicampurkan semua, uli sehingga sebati dan lembut.

Ambil doh yang dah siap tadi , uli kecil-kecil kemudian letak bijan. Semasa menguli ,uli sekali dengan bijan. Bijan akan melekat pada tepung.

Ulangi sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.

p/s: Uli dengan tangan akan membuatkan bijan akan melekat dan apabila mengoreng , pastikan minyak banyak dan jgn terlalu kacau, kerana bijan akan keluar.


Mancing Udang Part 2 OoOo

Posted: Wednesday, August 24, 2011 by Faiz Idris in
2

16 Ogos..16 Ramadhan..
Hari ni aku ngan amer pergi memancing..
Plan kami kalu dapat banyak nak pergi berbuka kat luar
Sekali sekala la kan

Aku sebenarnye x terlibat pun dalam plan ni
Entah mcm mne pagi tu die tepon aku pastu ajk aku pgi mincing.
Si baem ni berdengkur lagi
Dalam pukul 10 ktorg gerak naik ‘faber’

Ni kali ke 3 aku pgi naik faber nih
Air baru nak start pasang
Letih jugak pose2 ni..pehhhh

Masuk la satu port nih
Port cikai je tapi tgkapan lumayan beb!!
Pastu dah smpai tgh hari pegi la kat sungai besar

Dpt jugak tgkap ketam..
Pehhh..tak pdn dgn kecik
Sepit bukan main tuh..

Dalam pukul 4.30 ktorg gerak balik
Penat die tak yah cakap laaa
Mmg nak patah pinggang nih
Dah la mendayung..fuhhh
Letih gile kot
1st tyme mancing lame mcm nih

Plan kami menjadi gak laa
Ada la dalam 20 ekor dapat
Pegi Anjung Suria utk berbuka
Pekena la udang masak merah
Tambah plak siakap masak sweet sour
Mantap seyh!!!
=)

Hutang Wajib Bayar..

Posted: Thursday, August 18, 2011 by Faiz Idris in
0

Cara tunai solat qada

Niat qada ialah melakukan solat atau menggantikan solat yang tertinggal selepas waktu yang wajib untuk bersolat itu tamat.

Ertinya jika terlepas subuh wajib serta merta mengqadanya sebaik teringat dan tidak menunggu subuh esoknya untuk diqada.

Lafaz niat solat pada waktunya disebut “aada-an”atau sahaja aku solat subuh dua rakaat kerana allah Taala”. Jika ia qada maka tambahlah “qada-an” iaitu sahaja aku solat subuh dua rakaat qada kerana Allah Taala.

Cuba lawati perpustakaan sekolah anda dan cari buku panduan solat. Pinjam buku itu untuk dibaca dan minta bantuan ustazah untuk membetulkan cara solat.

Jalan-Jalan???

Posted: Tuesday, August 9, 2011 by Faiz Idris in
0

6 Ramadhan baru ni..
aku,sani dan amer pergi ke kuantan..
nak shopping raya la kate kn..
kami gerak pagi dalam pukul 9 pastu sampai kat kuantan dalam pkul 12
tempat first pegi Kuantan Parade
walaupun ni dah lame tapi byk barang kat sni..
woo memey byk la kn..mcm2..hahaa
niat jahat di situ...ishhh2 bulan pose nih

ktorg pusing la cari..aku jumpe la spsg bju melayu nihh
agk cun gak kot..hohooo..
tak tggu lame beli slalu..kah3
dah setel beli gerak ke Megamall

sebenanye plan nk jln Ktn ni nak tgk Harry Potter..
part 2 = last film...huhu
bes gile layan..walaupun dh dgr yg bdak2 ni cite cmne
tapi aku tgk gak...
BEST!! MANTAP!!
terbaek ah...kannnnn

destinasi strusnye...Teluk Cempedak dluar pagar...
2nd tyme pegi sini...cantikk
sedap mata memandang...hahaa sekali lg jht di sini..keh3
laen dgn pantai yg aku penah pegi..smart2
kat sini ade byk monyet??..tp ak rse mcm kera..
amer ar tnjuk kat aku.bile aku tgk sebelah je..
mak aihh beruk..tkejut beruk skjap..hahaha
td monyet pastu kera skrg lak beruk..hadoiii
tkpe lyn je

then berbukaa..
makan siakap 3 rasa bai...hoho tom yam, sup daging, kerang bakor tak lupe gak telur dadar
pehhhhhh terduduk baii kat situu
memey kenyang laa..








sebelum nak balik..
kami dpt berita yg shahrul, junior sek rendah aku dulu dah pergi meninggalkan kami..
Allah lebih syg kn die..harap allahyarham ditempat kn di kalangan org2 yg beriman..
-Al-Fatihah-

Mancing Udang wOoO

Posted: by Faiz Idris in
0

Ramadhan menjelma lagi..
Syukur dapat bernafas sampai ke hari ni..
Haaa skang aku nak tulis aktiviti aku selepas balik dari Tintec dan before bulan pose..
Balik je ke kg nih..membe ak ajak la pergi mancing naik faber…

First tyme kot pergi mancing udang naik faber nih..sebelum ni tak penah sebab mancing kat tebing2 je..
Macam bese lah sebelum pegi kne ada psiapan sket kan
Ktorg gune hati ayam sbgi umpan..beli brg mancing sket then tgah hari pegi mancing
Pehhh!! Penat beb untuk ptame kali nih..
Mende tak bese la kan..

Aku naek satu faber dgn amer..sani ngan baim..
Kami mendayung bai..tradisional plak mase tuh..haha
Seronok gak sebab pglaman mmg berbeza dgn mincing kat tebing
Boleh kate aku ar dpt first blood dapat!! Tapi ikan gelama lah…

Tapi tkpe tak lame pastu aku dpt gak..walaupun tak besa mana pun..
Pastu kami pusing cari port yang ssuai… byk gak kami brenti test power..
Tapi seronok gile la sebab kami sibuk melayan joran..tak cukup tgn kot..seronok!!!

First tyme gak aku mincing dapat sirat..sirat?? ape tuh??
Menatang nih macam belut gak tapi lagi geli kot..mmg geli gile!!!
2 kali aku dapat..aku terpaksa potong tali tasi sebab ia asyik melilit2 je kije die..
Yg mule2 aku potong menatang tuh jatuh lam faber..
Melompat2 kami atas faber..muahahaha
Sumpah kalu aku dapt sirat memang aku geli je…kah3

Kali kedua ktorg pegi dapat tgkp byk udang
Amer dpt 13 ekor..aku dalam 8 ekor je..haha
Tapi bleh thn besa udang die kan..sepit biru kot…
Hahaa seronok sebena nye mincing nih..
Kalu xcaye try la kalu yg mane tak penah try tuh…
=)
Tataa~~~







Tintec Part 2

Posted: Friday, August 5, 2011 by Faiz Idris in
0

Welcome back ya..haa masa dah sampai kat KB tu aku dapat tahu yang program anak angkat kat Kg Sireh tak jadi. Alangkah hibanya hati masa tu. Tapi nak wat camana dah kan pembatalan pada saat akhir. Kalau jadi itulah keluarga angkat pertama aku. Then kami ditempatkan kan di bangunan Yayasan Nik Yahya kalau tak silap. Bangunan ni terletak betul-betul tengah Bandar. Kalau aku berdiri depan bilik aku di utara aku nampak Billion. Di barat laut aku nampak KB Mall manakala di barat daya aku Nampak jambatan yang menyeberangi Sungai Kelantan.

Kami bermalam dari 24 hingga 26hb. Di sini semua peserta Tintec berkumpul semula. Kemudian kamu dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Aku budak Pasir Mas 1. Kami diberi tugas wat survey di Kg Sireh. Pada malam pertama?? Haha ayat xleh blah. Malam tu ada dikir barat kat Kg Sireh. Walaupun hujan renyai-renyai membasahi bumi tapi kami tetap teguh disini. Salah satu kesenian Kelantan yang tak luput dek zaman. Anak-anak muda juga join skali jadi awak-awak. Paluan gendang memang memikat telinga yang mendengar. Lepas tu orang kampung jemput budak UTM nyanyi skit. Kami apalagi jerit nama meklin.hahaa cuak die sekejap, siap nyorok belakang anis lagi.hahahaha selesai dikir barat kami pulang ke asrama la boleh dikatakan.

Next day kami mulakan perbincangan untuk buat survey. Seingat aku kami dapat bahagian lestari kampong. Apa tu?? Makna dia mengekalkan sesuatu yang ada supaya tak dipupuskan. Kiranya mengekalkan suasana kampong di kawasan bandar. Dah siap buat bincang tu, pada petang hari kami pergi ronda-ronda di kawasan sekitar Kg Sireh. Aku satu grup dengan Dafi, Yun, Halim & Mek Lin. Kami pusing di jalan yang sepatutnya. Dalam perjalanan tu kami Nampak ada macam kertas luahan perasaan kepada insan yang bernama Anies..hahaha entahla famous lak nama ni kat Kelate nih..kih2…ingat ada satu je rupa-rupanya ada banyak lagi.memang luahan perasaan benar tuh. Mungkin ni salah satu cara nak marah kawan kan. Style jugak seyh..haha habis je ronda kami pegi pekena mee rebus..Bleh tahan kaw jugak..memey kenyang la..nak2 Mek Lin yang belanja.hahaha sedap!!! Thanks Mek Lin…

Malam tu sekadar lepak-lepak saja. Lupe lak group yang lain tu ada yang pergi Tadika Attack dan pergi gotong royong kat sekitar Kg Sireh. Esoknya bermula la survey…rumah pertama kami pergi ialah kedai runcit biasa..tanya lah apa yang patut..aku sekadar tengok je.hehe rumah kedua pula mantap sikit. Dia ni owner perusahaan batik. Memang banyak batik yang dapat dia buat. Kalau sebulan ada la dalam 900. Mantap woo… yela kan batik bukannya murah..then rumah last ni kami pergi Rumah Mama. Sebenarnya aku tak ingat nama dia Puan ni. Dia ni dah ibu tunggal. Tapi nasib baik anak semua dah besar-besar. Dia sempat hidang kuih tepung pelita. Kuih ni manis tapi rasanya memang sedap. Rugi tak try.hehe banyak la kami berbual dengan Puan ni. Siap bagi nasihat lagi tapi rugi laa tak sempat bergambar dengan dia pun.hadoiii!!

Petang tu pula kami pergi ke Rantau Panjang buat kali kedua. Masa ni borong abis lagi satu kali. Aku beli jersi Man U, Kelate dan Malaysia. Borong-borong…haha best masa ni dapat jalan dengan budak-budak ni..nak2 budak kecik uh..hahaa =P…. malam tu ada bbq..best2 sambil bbq dapat la borak dengan geng-geng KBS yang lain..macam-macam la cite yang kuar..lepak dengan maize & kak long..seronok..

Lepas bbq aku lepak dgn budak-budak ni kat atas main kad..hahaha sampai pukul berape ntah..sape yang kalah kena junjung bantal..aku la paling banyak rekod 4 kilo..hahaha tapi kali ke 4 tuh aku blah..mana sanggup seyh..ahaha tapi memang gelak abis malam tu.. Last day, tak ada apa sangat..sekadar kemas-kemas apa yang patut..then kami berkumpul di dataran dekat dengan Tesco untuk majlis penutup...memang lain warna air Sg. Kelantan. Warna macam Tea beng..memang kawww baik punya..kalau pergi cedok pastu tambah ais memang jadi real ah..hahaa

Habis je majlis kami berangkat pulang…aku macam biasa la masuk Bas C..dalam perjalanan tuh sempatlah borak-borak sebelum terlelap..hehe kami berhenti rehat di Kuala Berang..Prof baik hati siap belanja ais-krim dgn burger lagi..haha aku berpakat dgn anis amik 2 burger sorang..menjadi beb..hahaha kebetulan pula Bas A rosak sambil nak tunggu bantuan sampai kami main kad dalam bas..memang happy gila la..bila semua dah okay, kami bertolak pulang ke UTM dengan selamat……..

Tamat dah boh!!! Next time ada program macam ni lagi aku nak join!!! Okay itu saja yang dapat aku tulis..Wasalam….

Tintec Part 1

Posted: Wednesday, August 3, 2011 by Faiz Idris in
0

Akhirnya berakhirlah program Tintec ni. Aku baru saje sampai kat UTMni. Dari hari pertama 20/7 kami bertolak dari UTM pada pukul 5 ptg. 3 buah bas saje. Train takjadi naik sebab ia hanya sampai di Gua Musang saja. Kami tiba di Kuala Nal pada jam 6 pagi. Majlis perasmian pembukaan berlangsung di sini. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Team Pasir Mas (Motivasi), Kuala Krai (Motivasi), Kuala Nal (Anak angkat), Rakit. Aku join team Pasir Mas yang mana handle pelajar Form 5 S.M.K Tengku Panglima Raja. Kami bertolak dari Kuala Nal dalam pukul 2 dan tiba disana dalam pukul 4.30 ptg. Macam biasalah aktiviti kem motivasi ni. Just nak enjoy je. Hari pertama ‘ice-breaking’ dan ‘bina identiti kumpulan’. Hari kedua pula slot ‘tanya pada yang pakar’,’ menara gagah saya’. Pada malam pula ceramah motivasi dari Prof.Dr.Ir. Hasanan bin Md. Nor dari UTM. Esoknya majlis penutup. Sebelum pergi ke Kota Bharu untuk fasa 2 Tintec. Kami group Pasir Mas telah pergi ke Rantau Panjang. Memang banyak barng yang murah kat sana lebih-lebih lagi jersi. Banyak jugak aku borong kat sana. Memang seronok gila la tapi sedih sebab banyak duit habis.haha. Dalam pukul 1 kami bertolak ke Kota Bharu…sambungan next post ye =)