Lebaran Menjelma...

Posted: Sunday, August 28, 2011 by Faiz Idris in
0

Lebaran semakin tiba walaupun ramadhan belum melabuhkan tirainya…
Aku harap ramadhan kali memberi barakah supaya dapat meneruskan lagi amalan kepada-Nya..
Hari ni 28 ramadhan..kalau Nampak anak bulan insya-Allah 1 syawal jatuh pada hari selasa..
Hari ini akak aku balik..so semua family aku akan kumpul sini ramai-ramai..
Belum campur dgn kat rumah tok aku lg..
Selalu raya memang happy gila..ramai-ramai ahli keluarga datang ziarah la kan..

Aku pun tak nak tulis apa ni cuma jeles tengok geng lain update blog..hahaa
Ok lah aku cite pasal kuih raya yang aku bakal buat..
Buah rotan namanye..simple + sedap..
Enak di makan di mana saja..haha
Kuih ni selalu bibik yang buat..cakap je mesti die buat

Ni la resepi die…

Bahan-bahan ( Seisi keluarga )
3 cawan tepung pulut
1 biji telur
1 cawan air
3 sudu besar pati santan
1/2 cawan gula
Bijan secukupnya

Masukkan tepung dan gula ke dalam mangkuk, buat lubang di tengah kemudian letak air, telur (dipukul terlebih dahulu) dan pati santan sekit demi sedikit dan kacau. Setelah dicampurkan semua, uli sehingga sebati dan lembut.

Ambil doh yang dah siap tadi , uli kecil-kecil kemudian letak bijan. Semasa menguli ,uli sekali dengan bijan. Bijan akan melekat pada tepung.

Ulangi sehingga habis. Goreng sehingga kekuningan pada api yang sederhana panas.

p/s: Uli dengan tangan akan membuatkan bijan akan melekat dan apabila mengoreng , pastikan minyak banyak dan jgn terlalu kacau, kerana bijan akan keluar.


0 comments: