Usop...

Posted: Thursday, January 31, 2013 by Faiz Idris in
0


“Usop..kau taknak mancing ke hari ni?” Meon  mula bersuara.
“Aahh..bosan ahh..asyik mancing je..dah la asyik menung je..sekor habuk pun tak dapat. Buang masa aku je la.”
“Dah ko nak buat apa sop? Tu jela yang kita buat hari-hari..pandai pulak bosan” Meon cuba meminta cadangan bernas dari Usop.
“Apa kata kita pegi ke Rompin? Sekarang ni musim kete dash, kat kedai apek Goh Bon Hock ada jual. Amacam?” idea bernas dari Usop.
“Bijak bijak..aku pun kempunan gak nak main kete dash..kat sekolah asyik buat tournament je..pana aku tengok budak Kg Parit sana..diorang ingat Sepayang takde kete dash..ni Sepayang laa..sim ya pa ya nga” Meon buat bijak jawi.
“Pandai jugak ko jawi ya Meon, tak sia-sia Haji Muis ajar kat kelas kafa..bila nak gerak?”
“Ni…” Meon menggerakkan badannya. Lawak separa bijak dari Meon.
“Hahahaha”..mereka ketawa. Mungkin lawak Meon menjadi. Memang menjadi.
 Usop dan Meon kawan baik. Mereka berkawan sejak kecil. Waktu mula-mula Meon dan Usop berkenalan masa tadika. Kini mereka berumur 11 tahun. Tahun depan ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun disingkatkan menjadi UPSR.
“Ko tak ajak Budin ke Meon?” tanya Usop.
“Dah, tapi dia cakap mak dia tak kasi” Meon menjawab soalan Usop.
Meon dan Usop mula bersahabat dengan Budin sejak Budin pindah ke Sepayang 3 tahun lepas. Budin muka hensem sikit dari Meon. Tapi Usop lagi hensem dari Budin. Kesimpulannya, Usop lah paling hensem diantara mereka bertiga. Meon…. Nak buat macam mana faktor baka.
“Jom..” Usop dan Meon memulakan langkah mereka. Usop dress up kemas. Seluar jeans raya yang bergetah di pinggang dipakai oleh Usop ditambah pula dengan baju Polo. Disisip kemas dengan rambut belah tepi. Meon pula berseluar jeans separa lusuh serta baju round neck yang merah menyala. Nampak baju tu baju baru beli. Bau kedai pun tak hilang lagi. Meon bertopi. Takut panas katanya. Padahal nak sorok kepalanya yang dogol tu.
“Kita tunggu kat bas kat sini, pukul 2 setengah lebih sikit bas lalu” Usop berbicara seakan sudah biasa ke Rompin dengan bas. Meon mengangguk berkali-kali. Faham dengan arahan Usop.
“Weii tunggu aku weii..” Budin menjerit dikejauhan. Sambil tu dia berlari-lari seolah olah dikejar anjing. Kalau masuk acara 100m bawah 12 tahun nescaya dia pasti mendapat pingat emas. Cukup pantas. Budin melepaskan lelah setelah dia sampai dekat dengan Usop dan Meon. Nafas ditarik perlahan-lahan lalu dihembus. Budin mempraktikkan apa yang diajar oleh Cikgu Maya, guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pernafasan Budin kembali normal.
“Tadi ko cakap mak ko tak kasi join, ni cam mane boleh pulak ni?” soal Meon.
“Aku keluar ikut pintu belakang, mana aci korang nak pegi tinggal aku. Ni aku korek tabung aku. Ada la dalam doploh ringgit, hasil dua bulan aku menabung” ibu jari kanan Budin menguis-guis hidungnya. Terasa kerek disitu dengan hasil tabungannya yang dirasakan cukup untuk membuatkan dirinya kerek sekerek kereknya.
“Hek eleh, aku ada bawak doploh lima ringgit la” Usop mula menampakkan kekayaannya.
“Okay aku bawak lima belas je” Meon mencelah. Suaranya mengecil. Dia selalu mendapat tempat ketiga bila bertanding dengan rakan-rakannya.
“Wei wei bas dah sampai tahan tahan” suruh Usop.
Meon dan Budin melamba-lambai bas tersebut. Mereka naik selepas bas tersebut berhenti tidak jauh dari kedudukan mereka. Kelihatan ramai penumpang yang berada dalam bas tersebut termasuk muka-muka Indon yang keluar membeli barangan dapur. Sasa sasa badan mereka namun bau badan mereka tak sesasa fizikal mereka. Cukup untuk Usop, Meon dan Budin menutup hidung kerana bau badan mereka. Konduktor bas berjalan kea rah mereka.
“Mana?” pendek pertanyaan konduktor bas tersebut.
 “Rompin” mereka menjawab serentak seolah-olah menjawab pertanyaan cikgu mengajar di sekolah.
“Singgit sorang”. Tiket di siat-siat lalu ditebuk satu persatu dilubang yang sepatutnya ditebuk.
Mereka menghulurkan wang masing-masing. Tiket bas dan wang bertukar tangan. Mereka bertiga duduk diam sambil memandang keluar melihat keadaan di sepanjang perjalanan. Tiba saja di Rompin mereka terus ke kedai Goh Bon Hock. Kelihatan banyak jenis kereta dash di kedai tersebut. Jenis Gockey dan Auldey terutamanya selain jenis-jenis tiruan buatan China.  Mereka bertiga memilih kereta yang memikat hati mereka. Mereka juga tak lupa membeli bateri cas sebab bateri juga penyumbang kepada kelajuan kereta dash.
“Setel dah kan, jom la jalan-jalan” ajak Usop.
“Bereh boh” Budin dan Meon bersetuju.
Mereka bertiga bersiar-siar di sekitar Rompin. Menikmati petang di Rompin. Rompin dikatakan bandar yang sedang membangun. Selain terkenal dengan udang galah, Rompin juga terkenal dengan ikan layaran. Ramai pemancing-pemancing yang datang dari dalam dan luar negara untuk menguji kehandalan mereka memancing ikan layaran.
“Jom la weii balik, bas pun nak sampai dah” ajak Budin.
Mereka bergerak pulang ke rumah. Budin dimarahi maknya kerana keluar tanpa izin. Meon dan Usop pula balik dengan muka kegembiraan kerana plan mereka menjadi. Keesokan harinya mereka bertiga menyempurnakan projek kereta dash mereka. Seperti jurutera yang lain, Usop, Budin dan Meon juga mampu membentuk kereta dash mereka berpandukan manual yang berada dalam kotak yang membungkus kereta dash tersebut. Walaupun kereta dash merupakan kereta berskala kecil namun itu sudah cukup mengembangkan hidung Usop, Budin dan Meon kerana itu merupakan hasil titik peluh mereka dalam menyempurnakan kereta dash tersebut.
Bateri dipasang. Enjin berfungsi, tayar berpusing laju. Kelajuan kereta cukup mengagumkan mereka bertiga.
“Dah tiba masanya..Petang ni kita ajak budak Kg Parit lawan kete dash kat sekolah” seru Usop kepada Budin dan Meon.
“Okayyy..” Meon dan Budin bersetuju.
Petang tu mereka bertiga menunggang basikal masing-masing ke Kg. Parit. Masing-masing buat muka konfiden yang mereka mampu mengalahkan budak Kg. Parit. Setibanya Kg. Parit mereka menuju ke rumah Samad. Samad budak kelas sebelah, budak Kg. Parit. Dia boleh dikatakan leader kepada geng Kg. Parit.
“Assalamualaikum…Samad ooo Samad” Usop member salam di luar rumah Samad.
“Waalaikumsalam.. laa korang, nak mende datang ni..kalu nak ajak main baru pukul 4..pukul 5 baru aku boleh kuar” ucap Samad.
“Kitorang datang nak lawan kete dash ni..okay tak?”
“Okay je, jap lagi aku ajak geng aku. Kita lawan kat longkang sekolah.”
Longkang sekolah dijadikan tempat race kete dash. Longkang yang sedalam kira-kira 7 inci tu cukup bagi mereka race di situ. Panjang longkang tu ialah sepanjang blok bangunan sekolah. Cukup panjang untuk mereka race.
“Okay set” balas Usop.
Mereka bertiga bergerak ke sekolah dulu. Menuju ke surau. Sementara menanti waktu Asar. Mereka membuat pemeriksaan pada kereta dash masing-masing. Strategi juga diatur untuk memastikan kemenangan milik mereka.
“Kita ni bawak nama Sepayang, jangan malukan Sepayang weh” Usop member kata-kata semangat.
Perlumbaan ni seolah-olah besar bagi mereka kerana itu sudah cukup membuktikan budak kampung mana lagi hebat. Semangat budak kampung.
Seperti yang dijanjikan, Samad dan geng-gengnya, Murad, Paan, Kundur,Bulat dan Keding. Mereka-mereka ni budak Kg. Parit. Siapa tak kenal Geng Parit, cukup terkenal di sekolah dan juga Kg. Parit. Bukan terkenal kerana kejahatan mereka tapi kerana kenakalan mereka. Cukup nakal tapi biasalah nakal budak-budak.
“Kita main style drag race, king stay, penamat kat hujung blok sana. Okay?” Samad mengatur racing.
 “Set” wakil Sepayang menyahut.
“Aku dulu, sape nak lawan?” Budin mencabar Geng Parit.
“Aku, meh ar.” Sahut Kundur.
Kundur juga budak kelas sebelah. Muka sedikit kehingusan disamping choki-choki di mulut.
“Satu dua, tigaaa”
Kereta dash masing-masing berlumba di ‘litar’. Kereta dash Budin berasak dengan kereta dash Kundur. Sengit perlumbaan tersebut. Kereta dash Kundur mendahului kereta dash milik Budin secara perlahan-lahan. Budin mula resah bila merasakan dia diambang kekalahan. Namun nasib menyebelahi Budin, kereta dash Budin melanggar kereta dash Kundur dari tepi menyebabkan ia terpelanting ke tepi. Kereta dash milik Budin mendahului hingga ke garisan penamat.
“Babi…” marah Kundur.
Bilamana perkataan babi disebut di kalanagan budak sekolah rendah sudah cukup menggambarkan betapa gangsternya dia. Babi yang menggangsterkan.
“Wohooo!” Budin menjerit kegembiraan.
“Aku dah cakap, kalau dengan korang ni apala sangat” Budin mula membongkakkan diri.
Usop dan Meon senyum sambil menganggukkan kepala. Senyuman kemenangan.
”Kali ni turn aku pulak lawan ko” Budin dicabar Bulat.
“Mak aku beli kereta dash ni kat Kuantan lagi mahal dari ko…jaga-jagalah” Bulat mngeluarkan fakta tentang kereta dashnya sekaligus memberi tekanan kepada Budin.
Pannggg…. Budin terduduk. Kegembiraannya hanya seketika. Kehebatan kereta Bulat memang tak dapat disangkal. Kualiti dari jauh. Usop dan Meon menapak ke arah Budin yang sedang terkejut dengan kekalahan tersebut.
“Biar aku tebus kekalahan ko Budin..” Meon memberanikan diri untuk mencabar Bulat.
Bulat sudah bersedia dengan cabaran Meon. Meon meneliti kereta dash miliknya. Keyakinan Meon bertambah. Kereta dash masing-masing diletakkan di landasan. Bermula…
Seketika kemudian, kelihatan Meon duduk terperunduk di tepi longkang. Dengan keadaan sebegitu memang tak perlu diceritakan sudah tentu kekalahan milik Meon. Usop agak gementar dengan kehebatan kereta dash milik Bulat.
“Hahaha..bertambah bulat la ko lepas ni..” usik Kundur.
“Ni bulat bukan saja-saja tau, bulat-bulat pun ada function dia. Tak sia-sia aku membulatkan diri.” Bulat membulatkan dirinya. Dengan dua kali kemenangan Bulat merasakan kehebatannya yang semakin membulat. Banyaknya yang bulat-bulat ni.
Perlumbaan diteruskan. Usop merupakan pelumba terakhir. Dia tahu bukan mudah untuk tewaskan Bulat. Tapi dengan keyakinan yang tinggi Usop percaya dia mampu kalahkan Bulat.
Berdesup kereta dash Usop dan Bulat sebaik saja dilepaskan. Masing-masing bergeseran. Di saat-saat akhir, kereta Usop dipintas. Tiba-tiba kereta dash milik Bulat terangkat sedikit akibat keadaan longkang yang tidak rata. Kereta dash milik Usop yang mengekori rapat di belakang kereta Bulat menyusup masuk dari bawah yang menyebabkan tayar kereta bulat tak mencecah permukaan. Kesempatan ini membuatkan kereta dash milik Usop memecut serta mengakhiri perlumbaan tadi dengan kemenangan di tangan Usop.
“Yeayyy..” Usop dan geng-gengnya bersorak kegembiraan.
“Huuuuu…aku bagitau mak aku..” Bulat menangis kerana body kereta dashnya telah pecah akibat daripada kejadian tadi. Dia pun berlari pulang dengan kesedihannya itu.
“Macam budak-budak..sikit-sikit report mak..hahaha” ejek Usop
“Korang dah lupa kat aku ye..aku masih adalah Usop..aku cabaran sebenar ko.” Samad keluar memberi cabaran terakhir.
“Ini kali kita setel sape jadi king” Usop bersuara untuk menentukan selesaikan perlumbaan ini.
“Sedia..mula” Kundur menjadi pengadil untuk perlumbaan terakhir ni. Paan berada di tepi Kundur. Manakala Murad dan Budin berada dipenghujung blok yang mana merupakan penghujung trek longkang tersebut sebelum longkang tersebut membelok.
Samad dan Usop berlari ditepi longkang sambil mengekori kereta dash milik masing-masing. Kereta dash milik mereka berasak-asak. Bergeseran sesama mereka. Perlumbaan yang mendebarkan. Kereta dash milik Usop melintas namun akibat dari permukaan yang berlubang, kereta dashnya berpusing ke arah bertentangan. Kereta dash milik Samad menolak kereta dash milik Usop. Terjahan membuatkan kereta dash Usop memecut laju ke garisan penamat. Kereta dash Samad pula terus bergerak kea rah bertentangan. Kemenangan milik Usop. Budak Sepayang memang terer. Kejayaan diorang mengalahkan Geng Parit heboh selama seminggu. Budak-budak lain memang jadikan Usop dan geng sebagai idola bahkan sejarah mereka mengalahkan Geng Parit tercatat di memori budak-budak sekolah sezaman mereka. Kegemilangan Usop dan kawan-kawan kini bermula…

Seminggu Sudah...

Posted: Sunday, January 6, 2013 by Faiz Idris in
0

hampir genap seminggu di 2013.

setakat ni aku dah habis 3 paper..
semuanya aku jawab dengan baik....
tapi tak berapa baik jugak lah..
ada yang kantoi...careless
kalau diingat balik silap tu memang tak keruan dibuatnya..
takpe sabar..ada hikmah

lagi seminggu jugak final aku akan habis
last paper 12hb..
tak lama dah tu..
then.....its holiday
jyeahhhh *menari pegang tiang*

buruk beno dah tu..haha
saja meroyan di maghrib hari ni
yela dah nama meroyan..
ok senja dah ni..moh le kita tunai yang wajib dulu..
btw..thanks kepada yang follow baca blog aku yang seberapa sangat ni..


Final Exam 2012/2013 Sem 1...

Posted: Wednesday, January 2, 2013 by Faiz Idris in
0

Final exam...
aku akan menempuhi..
buat sehabis baik..
usaha, tawakal & doa
goodluck kawan-kawan...