Usik Sikit

Posted: Wednesday, November 27, 2013 by Faiz Idris in
0

sekadar sedikit coretan
sebenarnya boring nih. kejak! keje punya lah belambak lek lek je engko cakap boring. okay, takkan nak ngadap keje 24 jam 7 hari seminggu dak? haaa

*tukar keduduukan keyboard*

zal datang bilik, malu aku nak tulih. kakaka
okeh sambung meroyan
setakat ni psm di tahap yang ermm ermm. ntah ah nak hurai camne. 
kekadang rasa lost buat. biasa ah tajuk baru ermm ermm

okeh lubrication. nice subjek. okeh asyik cite belaja je aku nih. tukar topik.
topik apa? ermm ermm. ntah ah

dah berhabuk punya belog ni. usang umpama villa nabila. topik hot minggu lepas. mati2 ingat lesap dalam tuh. sekali lari gi umah awek. ape jimbit nye manusia sebegini. nak lari kabo luh. jangan nyusah ke bomoh2 siam duk perasap. 

ape agi ea nak share. idea aku tak berapa nak ngalir sangat.
okeh prk. esok ngundi. so pilih dengan bijak. keputusan di tangan anda. 
keadilan untuk semua!!!




Aku, Kau & Kita

Posted: Monday, September 30, 2013 by Faiz Idris in
0


Kami Masih Disini...

Posted: Sunday, September 8, 2013 by Faiz Idris in
0


DR.MAZA: " Kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara... kalian berbahasa: bukan barang naik harga, cuma subsidi turun sahaja...

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta... kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta... jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu... tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari? apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah? papa semakin parah? wang semakin lelah? jika semalam berlauk, hari ini cuma berkuah... kerana kerajaan kita sedang susah? maka subsidi kita terpaksa diserah...


Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh... apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah? makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang... jika mereka bertanya siapa yang bawa lari kepada siapa patut kami tuding jari? janganlah nanti mereka membenci pertiwi... akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini.. atau kami jadi insan curang... kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang? tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...


Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi! pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami... pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati... kami yang semput bagai melukut di kota kedekut kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja pernahkah kau merasa? rumah bocor yang lanjut usia... baju dan kasut anak yang koyak tinggal dalam rumah yang berasak-asak siang kami sebak, malam kami sesak... sedangkan kalian manusia angkasa... istana permata dibina, kereta berjuta dirasa... elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga... hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...


Tapi kami masih di sini..di teratak ini... dengan lauk semalam.. dengan hidangan yang tidak bertalam... dengan rumah yang suram... dengan wang yang hampir padam... tiada istana lawa...tiada kereta berharga... tiada layanan diraja..tiada baju bergaya tiada kediaman menteri...tiada hidangan vip... tiada persen di sana-sini...tiada bahagian anak dan bini... tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara... aduhai celaka bahasa yang kalian guna... kalian yang belasah, kami yang bersalah... kalian buat untung, hutang kami tanggung... kalian mewah melimpah, kami susah parah kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang... kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa... kalian makan isi, kami dijadikan abdi... lantas, kalian rampas lagi subsidi... ke mana wang itu pergi nanti?


Jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami... jika tidak pun buat gula konon merbahaya mengapa tidak beras diturun harga? jika tidak untuk minyak kereta... mengapa tambang tidak potong sahaja... tapi entah berapa kali janji... konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti... hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi... kami terus termanggu di sini... kalian juga yang nikmati... kami hanya menggigit jari... kembalikanlah kepada kami harta negara... jangan hanya kalian sahaja yang merasa... "
- Dr MAZA

Selatan Ke Kota Raya.

Posted: Thursday, September 5, 2013 by Faiz Idris in
0

ku kirim salam rindu ku pada mu yang menanti ku. cewahhh intro bukan main ye. okay kay kay. kali ni aku nak update sikit belog ni. bulan ni paling sibuk yang aku rasa. dari selatan ke ibu negara. hujung minggu ke timur raya. tapi tak apa, aku cerita satu-satu. nak kasi adil satu event satu post. okay!!!

23 Ogos 2013, aku bertolak ke Kuala Lumpur dari Pasir Gudang untuk sertai Masum buat kali kedua. kali ni iium aka uiam menjadi tuan rumah. namun begitu bukanlah bermakna dia jadi tuan rumah kat situ tempat lawan. disebabkan tiada ruang untuk sukan ni maka game akan diadakan di um. ye kat tengah bandar tu...

jam tiga pagi, aku tiba ditengah kota raya, namun suasana masih hidup. manusia ke mari dan ke sana dengan pacuan masing-masing. "rafiq, aku dah sampai.." mesej di tengah ni ada dua possibilites samaada dia baca atau tak...hohoo untuk kepastian aku roger. yaaa ternyata dia lena dibuai mimpi-mimpi indahnya...indah la kott

dia ngambik aku dalam tiga setengah, pekena teh tarik secawan dua lalu bergerak pulang ke uia. kelam kota raya. esok pagi bertemu dengan rakan sepasukan, si cukoq ni bukan main rindu. mungkin sunyi laa tu...haha dah borak sepam dua petang tuh training kat padang ali. ini boleh katakan first training aku dengan teammate. masa training pusat aku tak dapat join sebab intern kan...hurmm tangan masa kat opis rasa gian je..actually before start tarining pusat aku ada balik ke utm, konon2 nak training awal. at least aku bleh baling2 sikit lepas beberapa lama tak membaling. tune masih okay lagi..

25 Ogos 2013, game pertama untuk utm. kali ni game team whitefox lelaki bermula jam 10.30 pagi, manakala team whitefox wanita/perempuan/gadis-gadis cantik jam 8.30 pagi. hoo. rushing jugak, yelah nak ke um dari uia tu dah macam apa..kena paham kl..jem bukan main..

tiba je sana, masing2 mencari tandas. jauh bukan main weh. dah setel keje  kecik besar, prepare for the game. team perempuan bertemu uitm. uitm ni team power. nak2 si lela..aku dah lama perati sejak dari masum lepas lagi..heee hidung mancung pipi tersorong-sorong. whitefox bertahan tapi sayang masa 1st inning agak leka maybe sebab 1st game, orang kata lambat panas, tapi for the next 3 inning mereka bertahan habis-habisan uitm (15) - utm ( )

10.30 pagi, utm bertemu utm..ni game 1st laki so memasing banyak buat mistakes..tak banyak luck. utm (4) - ukm (15). banyak kena baiki lagi. game seterusnya jam 3 petang. standby semua woiii..

3 petang, utm bertemu umt..game kali ni agak sengit. utm leading dengan 5 larian. pastu umt kejar dengan 4 larian. game ni seronok sebab dua dua team tunjuk persaingan dan kebolehan memasing, utm mula menjurangkan larian dengan 9-4. masa ni hujan turun dengan lebat. hujan rahmat nih. last inning, umt mula mengejar larian demi larian. hingga tight game..nasib baik utm bertahan kalu tak tak merasa kemenangan..utm (9) - umt (8) game terbaik!

malam tu ada celebrate birthday sapa yang lahir bulan 8, aku tak expect apa2 tapi nama aku disebut..oh lupa ni bulan lahir aku..haha naik amik hadiah..abis je amik hadiah maka sesi pemotongan kek tiba..dapat merasa gak kek tapi jauh disudut itu aku lihat geng2 ni berkumpul ramai2..muiz yang kebetulan lahir bulan 8 tarik aku suh blah cepat, haah prank sudah tiba..aku pun pecut lah laju tapi sayang malam tu aku pakai kain pelikat. so terkedek-kedek aku menapak naik tangga. si napi ni tengok je aku naik. sampai kat atas dia lock bahu aku pastu geng ni serbu ramai2!! Arghhhh muka tak rela, setepek kene kek atas muka..pehhh bau kek melekat, si muiz paling teruk sebab dia yang kena first, turning kat tangga dah cukup baik dah tapi kene grab ngan balut..pastu kena hentam reramaii... puas!!!!

isnin takde game so just buat training macam biasa. yeahhh..bersambung keesokan harinya, selasa 27 Ogos, ni game penentu, kalu menang yang ni maka mara ke suku akhir..game sengit, masing2 punya taktikal yang tersendiri..dari segi fielding utm bertahan dengan baik namum dari segi batting agak hambar sedikit walaupun guna taktikal....takde luck, game tamat dengan keputusan, utm (0) - um (6)

dari segi peningkatan memang whitefox menunjukkan peningkatan yang mendadak boleh kata sekarang ni graf tengah meningkat naik. so for the next event kita akan buat yang terbaik. training baik2 ye kawan2. hidup softball!!! hidup whitefox!!!















Rose

Posted: Sunday, August 18, 2013 by Faiz Idris in
0

My love is like a red rose

It may be beautiful now
But my sharp thorns will hurt you
My love is like a red rose
Yes, I may be fragrant
But the closer you get, the more I’ll hurt you

Don’t look at me with that light glance
Don’t speak of love easily
If you want my heart, you need to take my pain too
Because you will be pricked by my thorns someday

Don’t trust me too much
You don’t know me that well yet
So just run away run away
I said ooh ooh ooh
Don’t love me
You don’t know me that well yet
I said run away just run away
Don’t come to me

Seeing your confidence makes me feel so bad for you
Your confident footsteps toward me looks so pitiful today
Emotions? That’s an extravagance to me
Love? That’s Obsession’s best friend
So run away just run away
Cuz you and I must come to an end

Every rose has its thorn
Every rose has its thorn
Every rose has its thorn





Mati Hidup Kembali

Posted: Thursday, August 15, 2013 by Faiz Idris in
0

Lagu 'Mati Hidup Kembali' ni asalnya dinyanyikan oleh Butterfingers. Tapi ni pulak cover dari Amir Jahari. Boleh tahan padu. Bakat pun ada. Support muzik malaya!!



Menjelma Syawal.

Posted: by Faiz Idris in
0

Syawal telah menjelma. Syukur ke hadrat Ilahi masih bernyawa. Umat Islam di serata dunia khususnya di Malaysia menyambut ketibaan Syawal dengan riang dan gembira. Ini kisah Aidilfitri ku.

Tiga hari sebelum raya, aku tiba di kampung halaman. Bertemu ibu dan bapa serta sanak saudara. Namun ada juga yang telah pulang ke kampung mertua. Biasalah hidup berkeluarga ada giliran untuk beraya. Itu mesti sepakat. Ya, sepakat membawa berkat.

Sehari sebelum raya, seluruh kaum keluargaku berkumpul di rumah tok untuk menyiapkan juadah untuk Aidilfitri. Kuih muih siap sudah. Semuanya siap dibeli. Mudah dan cepat. Hehe. Tapi yang tradisi jangan dilupakan. Antaranya ketupat, tapai, kuah kacang dan lain-lain lagi.

Tok memang handal buat tapai. Aku ni nak kata hantu tapai pun tidak tapi tu fevereto kot. Feel dia lain macam kalau pekena tapai ni. Eh? Hoho. Kami lima beradik, menolong mereka menyiapkan juadah ini. Buat tapai banyak pantang larang. Aku pun tak berapa tahu sangat. Adalah tu.

Aidilfitri tiba. Suasana meriah di masjid yang mana mereka berkumpul untuk solat sunat hari raya. Usai solat sunat, khutbah jangan dilupakan. Kemudian bersalam-salaman sesama mereka. Ampun dan maaf dipinta.

Dah cukup aku bermadah kata. Nak tulis power berbunga-bunga bukan bidang aku nih. Okay, esoknya kami sekeluarga berkelah di Teluk Gorek. Pemandangan cantik. Pantai pun sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil. Ya, sungguh meriah. Orang lain pun pikir macam kita jugak. Istirehat bersama keluarga serta sanak saudara.

Itu saja. Ada lagi nak ditulis tapi malas nak mengukir. Biar gambar yang berbicara. *muka kasi troll sikit*





“Nothing is ever really lost to us as long as we remember it.” 

Keliling Kota Raya

Posted: Tuesday, August 6, 2013 by Faiz Idris in
0

Ku berbicara dipagi hari. Semalam aku tiba di kampung halaman. Ya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 5 6 jam juga. Perjalanan aku dikira agak smooth. Sebab everytime aku sampai stesen mula dari Ktm Subang Jaya hingga ke Lrt Bandar Tasik Selatan semua tepat. Tak perlu tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Ecehh


Pagi ni aku lepak di rumah tok. Dah subscribe internet selama seminggu. Kat sini line Celcom power. Tapi kat rumah tok jela. Kalau download tu relax je pejam mata. Haha. Okay. Actually aku dah mohon cuti start dari Isnin sampai Isnin minggu depan. Kiranya dalam seminggu jugaklah cutinya. Wohoo. Bos baik sebab approved. Sv siap tanya bila cuti? Nak berapa lama? Ingat nak start cuti hari selasa aka hari nih. Tapi alang-alang cuti biar sampai puas. Yeahh!!

Disebabkan cuti lama, aku plan ke Kuala Lumpur. Ziarah sahabat handai. Hehe. Orang sibuk nak balik raya time nilah nak ziarahnya. Diorang pun tak balik lagi so boleh nak function sikit. Aku gerak ke Kuala Lumpur 2 Ogos 2013, jam 11 malam.

Setibanya dia TBS pada jam 4 pagi lebih. Cari port dulu mana yang okay. Beli lah roti sekeping buat sahur. Air oren yang aku bawak dari rumah. Okaylah. Lagipun puasa kali ni sahur ala kadar je. Bujang lah katakan. Kalau masa awal-awal dulu kemain semangatnya. Baked bean lah, telur mata lah, last-last seteguk dua air masak, kurma 2 biji, pastu sambung tidur. Bujang lah katakan..

Usai solat subuh di TBS, aku melangkah ke Lrt untuk ke Gombak. Si Rafiq ni main bedal je. 'Kau turun ke Pasar Seni pastu amik ke Gombak'. Aku tak biasa je Gombak. Pertama kali kot, so aku beli lah ke Pasar Seni dulu. Sampai je Masjid Jamek sebab ni stesen pertukaran. Aku perati map. Hurmm. Perlu ke aku ke Pasar Seni, sedangkan aku boleh terus ke Gombak dari Masjid Jamek? Rafiq ni sangat 'minal'. Minal ni word yang tercipta masa zaman sekolah dulu, Minal minali. 

Perjalanan diteruskan. Sampai je Gombak, roger Rafiq. Datang ngambik aku. Vroommm. Brader LC merah lalu depan. Muka tak ubah. Sama gelap. Sama hensem? Eh... Terpacul di mulutnya. Gemuk kau sekarang. Haha ayat yang biasa ku dengarin. Lima tahun kan mesti berubahabahabah.

Berborak tak puas. Macam benda yang dishare bersama. Ohooo. Seronok kau. Function bebeh. Haha. Jumpa Tangok. Dia lagi kembang teruk. Ngam betei. Jumpa Japrak. Maintain je. Jumpa Epang. Lebih kurang kembang macam aku gak. Haha. Biasalah tuh. 

Follow Japrak pergi shopping kat area KL. Jumpa Jerry kat KL Sentral. Tak berubah seyh. Maintain je tapi ada naik sikitlah. Bakal cikgu tuh. Turun je kat Masjid India tengok banyaknya umat. Nak sampai ke Jalan Tar tu berhimpit-himpit. Mak aih ni tahap apa dah. Tak tengok dah belah kiri kanan apa yang jual. Dipikiran ni nak lepas dari himpitan manusia. Macam-macam bau ada. Fuhhh.

Sogo pun penuh umat. Sale parok tuh. Tak Sogo selalu ada sale. Aku pun merehatkan diri di tingkat atas. Nak cramp rasanya dok berjalan slow steady menapak dua tiga langkah. Lepak sampai Japrap habis shopping. Pastu folo Jerry beli beg. Bertolak pulang ke Uia.

Rafiq masak sardin untuk berbuka. Tangok ejas air oren kasi power kawkaw. Last-last bedal sampai habis gak. Usai berbuka lepak sampai sepoloh pastu gerak ke Danau. Uptown. Situ lagi ramai umat. Penat siang tadi pun tak habis ni sambung malam pulak. Penat-penat pun dua round gak tawaf. Bedal baju kedua lepas dah beli satu siang tadi.

Esoknya, Ahad. Tak sedar langsung sampai tak sahur. Letih teruk tuh. Fuhhh. Siap-siap pergi ke Jalan Tar. Kenapa? Jeng-jeng. Skip part nih. Haha. Pastu jumpa akak kat Sogo. Kemudian gerak ke Sunway Pyramid. Sentap baju Abstrax. Aku nak design lama tapi ada yang latest je. Takpelah ni pun lawa gak. Bertolak ke SS19, rumah Ayahde.

Ramai sepupu cilik kat rumah ni. Main-main sebelum berbuka. Berbuka je ada nasi dagang. "Masakan Tok Wan cawangan Subang Jaya - Ayahde" 

Esoknya bertolak pulang. Sebab takde helmet lebih, aku sentap pakai helmet beskal yang tak muat kepala. Haha. Asal cukup syarat sudah. Selesai perjalanan ku di kota raya selama 3 hari 2 malam. Seronok! Moreh di rumah makan mee mak masak.

"Aku tinggalkan sedikit mee supaya kau tahu betapa sedapnya mee ini - FBI"









We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls.

The Apprentice Asia

Posted: Wednesday, July 31, 2013 by Faiz Idris in
0

The Apprentice Asia



yes, it a good reality show.
from 30,000 applicants, only 12 are selected.
three from the comes from Malaysia.







All of them have a strong character and background. so it is not easy to handle and get a good teamwork.

I just only watch about five episode episode. my bad =(
next time i will find and download it. yeah
it is very interesting and good reality show.
teach you how to handle an event and more importantly is money.

so the winner is Jonathan from Philippines



Beauty

Posted: by Faiz Idris in
0

"Beauty is only skin deep. If you go after someone just because she's beautiful but don't have anything to talk about, it's going to get boring fast. You want to look beyond the surface and see if you can have fun or if you have anything in common with this person."

Amanda Peet


1 Ogosh

Posted: Tuesday, July 30, 2013 by Faiz Idris in
0

"okay, nanti sediakan jugak ye apa-apa untuk present."
me feel what?.........

aku tak tahu pulak intern ni kena present bagai, 
yang tak acinya, eceh ada main aci-aci pulak,
geng-geng yang lain tak kena,
kenapa turn aku, kami pulak yang kena?
why?

sebenarnya tak kisah pun kena tapi tak tahu nak cerita apa
padahal ada je nak diceritakan, ni kes nak ke taknak je
=,="




prepare dah apa yang patut apa yang nak dipresentkan
lusa, 1 Ogos.

actually tarikh ni tarikh lejen.
someone that i really love was born a long time ago
she loves me, so do i

well i hope she will stay healthy =)
i miss you, mom

=')


Kemungkinan

Posted: Sunday, July 28, 2013 by Faiz Idris in
0

Mencari kesahihan sejarah...
Sejak dari bangku sekolah lagi kita diajar tentang sejarah negara kita
Bemula dengan kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang berakhir dengan penaklukan Portugis pada tahun 1511

Namun begitu dari satu sudut aku terfikir benarkah peralatan yang diguna pakai oleh mereka hanya tombak atau keris?

Secara logiknya Melaka pada zaman itu boleh dikatakan menguasai dunia.
Sehingga Bahasa Melayu menjadi Lingua Franca yang membawa maksud bahasa pengantara yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya.
Sebagai contoh di zaman kita, Bahasa Inggeris diguna pakai sebagai 
Lingua Franca


Melaka yang menjadi tumpuan para pedagang kerana lokasinya.
Oleh sebab itu Melaka pesat membangun.

Persoalannya adakah laksamana dan hulubalang mereka hanya menggunakan keris dan tombak sebagai senjata?

Terdapat jualan yang berlaku di Eropah yang mana senjata itu berasal dari Melaka. Ya, tidak mustahil kerana kedudukan Melaka pada zaman itu begitu tersohor di serata dunia.


Akhir kalam, tidak mustahil, kerna banyak pengkaji sejarah sahih berkata mereka bukan sekadar menggunakan keris dan tombak saja malah teknologi mereka mungkin lebih dari itu..

'hensem juga Laksamana Melaka guna pemuras nih 








Ku Memohon

Posted: by Faiz Idris in
0

Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka

28 Julai 2013 bersamaan 19 Ramadan 1434H
Kini fasa yang kedua mula melabuhkan tirai..
Mencari keredhaan Mu Ya Allah
hamba-Mu yang selalu khilaf selalu alpa nikmat dunia
Ampuni aku, dosa kedua Ibu Bapa ku, dosa keluarga ku,
dosa muslimin muslimat yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia
Beri Kami petunjuk Ya Allah
Sesungguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Part Of Me

Posted: Sunday, July 7, 2013 by Faiz Idris in
0

setelah beberapa minggu berpraktikal, marilah kita melepaskan tension serta penat lelah dengan mengambil di Desaru..wohoo
tulis dalam gelap tekan keyboard pun kelaut                                   













Sapu Sikit

Posted: Saturday, June 22, 2013 by Faiz Idris in
0

salam sejahtera buat semua.
selepas satu sem, hurm masa yang cukup lama aku tak meng-update ini belog
ni masa terluang, jap sebenarnya bukan aku takde masa terluang tapi malas nak tulis..kahkah

okeh masa ni petang sabtu,
sekali dengan panggung sabtu (masa layan citer hindustan)
minggu pertama aku ber-intern dia AsiaFlex

seronoklah, dress code tak strict
budaya yang saling menghormati
orang-orangnya peramah
suasananya yang tak nampak stress
errrrr...hoho

intern selama tiga bulan,
lepas raya pun sambung lagi
apalah nasib ini...

then, my last year utm begin...
eh, macam baru semalam je daftar
cepat masa berlalu kan

tu je nak tulis
gatal tangan sebab lama sangat tak usik belog ni
blahhh lu woiiii


Asrama...

Posted: Saturday, March 23, 2013 by Faiz Idris in
0


        Jam berdetik lagi. Semua penghuni masih di alam mimpi. Aku juga sama seperti mereka. Enak dibuai mimpi sehingga tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Sape nak kalau korang tengah syok mimpi ada orang datang kacau line. 

      Pang pang pang. Bunyi pintu bilik diketuk dengan penyapu. “Bangung bangung..” jerit warden aku yang berdialek terengganu. Ahhh, rupanya sudah jam 6. Aduhhh. Mimpi baru nak sampai klimaks ni dengan awek paling letop kat sekolah pulak tuh. Pehh melepas aku. 

     Aku bangkit perlahan. Sambil tu kejut junior sebelah katil. Aku ni kira senior yang bagus la. Err.. mungkin. Setel kejut anak-anak ikan ni. Aku sambung tidur balik. Warden dah berlalu pergi. Dia kira tugasnya dah selesai. Kedebushh kedebushh. Bunyi air dari bilik mandi. Dorm aku dah la tepi bilik air. Kiranya waktu kritikal sebegini memang susah nak dapat ketenangan tidur balik. Cisss. Gentak hatiku walaupun mata terkatup rapat. 

        Suasana tiba-tiba sepi. Kedamaian apakah ini? Aku kira beruntung sangat dapat ketenangan sebegini. “Wiiooo wiiooo”. Mataku terbuntang luas. ‘Hailer’ warden menakup telinga belah kanan. Bingit dia bukan main. Aku cuba bangkit tapi warden aku main angin. Makin aku bangkit makin dia tekan. Mau dua tiga kali jugak. Mak aih marah benar tu. “Hahaha..degil sangat nak bangung nih”..hilai tawanya kedengaran. Kali ni aku terus segar bugar. Malu pun ada jugak. Habis reputasi aku sebagai senior yang baik. Bangkit lalu terus mandi. 

      Siap je pakai nak pergi solat subuh kedengaran salam pertama dari imam yang pertama. Dah lambat masak kali ni. Buka jemaah baru dibelakang jemaah pertama. Ramai jugak yang lambat ni. Satu saf panjang untuk jemaah kedua. Di hujung saf kelihatan GPK HEM. Dia lagi otai dari warden. Rajin dia check siapa yang lambat maka hukuman bakal menanti bagi mereka yang lambat. Selesai saja solat, penampar bertalu-talu dari hujung ke hujung. Perit dia bukan main.

Hari Tak Selalu Cerah..

Posted: Sunday, March 10, 2013 by Faiz Idris in
0

hari tak selalu cerah..
kadang-kadang hujan..
kadang-kadang terik..
kadang-kadang redup..
kadang-kadang mendung..

setiap hari tak sama
isnin..
selasa..
rabu..
khamis..
jumaat..
sabtu..
ahad..
putaran waktu yang sama tapi berbeza




hari yang ditinggalkan takkan kembali
hanya terpalit memori
memori yang bittersweet

rambut sama hitam
hati lain-lain..
luar cakap lain dalam pikir lain
aku terkena..kepercayaan aku kepada "mereka" kini luntur 
aku meneliti tindakan "mereka"
adakah wajar untuk pasukan atau tidak?
tindakan "dia" mungkin kecil tapi impaknya agak besar
entah apa yang dipikirkan aku tak tahu..

cukup lah dengan memori aku bersama mereka..
dua hari yang cukup bermakna bersama mereka..
terima kasih
sayonara ....

Ini Kali Pertama..

Posted: Friday, March 8, 2013 by Faiz Idris in
0

pritttt prittttt prittttt..
huhuhuhu..
nampak habuk bersepah di belog gua ni

ini kali ermmm..
hanya isi hati gua yang nak luahkan
tapi takde isi hati sangat lah cuma..
cuma geli geli tangan je nak menaipp.

ok begini..ehemmm
semalam...malam jumaat
petang tu gua hajat nak pergi main bola
pastu sampai padang tak ku nampak geng-geng gua

sebelah kanan hujung padang gua lihat geng sofball
haah gua tak turun lagi training untuk ini semester
niat di hati nak bersara..niat je ea
tergerak lah hati yang kecil ini untuk join sama

Alhamdulillah tak berapa nak kaget sangat training tu
ok buleh ikut flow..
sama macam sem-sem lepas 
tapi kali ni ada budak-budak baru
woot woot woot
*cover sikit*
takleh nak nafi mereka comel
hahaha
ok enough

malam tu gua hang out bersama diorang sume
chicken chop => bazar karat => tasik utm
balik-balik lepak kat tasik
sume cerita random keluar
tahap pecah perut jugak

seronok!
at least dapat mengerat silaturahim =)
itu saja gua bercerita...jyeaah
majulah whitefox untuk sofball


UTM Berselawat 2013...

Posted: Monday, February 25, 2013 by Faiz Idris in
0

24 Feb 2014,
kemuncak UTM Berselawat...
banyak aktitviti yang dijalankan yang mana mengingatkan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W..
aku perhati ramai anak muda serta golongan yang lain turut serta dalam menjayakan acara ini.

Ramai juga ulamak-ulamak yang bertandang ke bumi UTM ni..
Ya Allah..sesungguhnya ulamak itu pewaris nabi..
antara yang datang ke mari ialah..


Imam Muda Asyraf

Ustaz Don

Habib Ali

Serta ramai lagi..
Alhamdulillah..Moga-moga majlis sebegini dapat dianjurkan lagi
Takbir!!!

Masih Belum Terlambat...

Posted: Wednesday, February 13, 2013 by Faiz Idris in
0

Hujan mula merintik-rintik lebat.
Hujan itu rahmat Tuhan.
Hari pertama semester 6 
semoga mendapat barakah.



Perbaiki diri untuk semester yang mendatang
Usaha. Doa . Tawakkal.


tiada jalan mudah.
ya dengan usaha kita berjaya.

Sekian.

Usop...

Posted: Thursday, January 31, 2013 by Faiz Idris in
0


“Usop..kau taknak mancing ke hari ni?” Meon  mula bersuara.
“Aahh..bosan ahh..asyik mancing je..dah la asyik menung je..sekor habuk pun tak dapat. Buang masa aku je la.”
“Dah ko nak buat apa sop? Tu jela yang kita buat hari-hari..pandai pulak bosan” Meon cuba meminta cadangan bernas dari Usop.
“Apa kata kita pegi ke Rompin? Sekarang ni musim kete dash, kat kedai apek Goh Bon Hock ada jual. Amacam?” idea bernas dari Usop.
“Bijak bijak..aku pun kempunan gak nak main kete dash..kat sekolah asyik buat tournament je..pana aku tengok budak Kg Parit sana..diorang ingat Sepayang takde kete dash..ni Sepayang laa..sim ya pa ya nga” Meon buat bijak jawi.
“Pandai jugak ko jawi ya Meon, tak sia-sia Haji Muis ajar kat kelas kafa..bila nak gerak?”
“Ni…” Meon menggerakkan badannya. Lawak separa bijak dari Meon.
“Hahahaha”..mereka ketawa. Mungkin lawak Meon menjadi. Memang menjadi.
 Usop dan Meon kawan baik. Mereka berkawan sejak kecil. Waktu mula-mula Meon dan Usop berkenalan masa tadika. Kini mereka berumur 11 tahun. Tahun depan ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun disingkatkan menjadi UPSR.
“Ko tak ajak Budin ke Meon?” tanya Usop.
“Dah, tapi dia cakap mak dia tak kasi” Meon menjawab soalan Usop.
Meon dan Usop mula bersahabat dengan Budin sejak Budin pindah ke Sepayang 3 tahun lepas. Budin muka hensem sikit dari Meon. Tapi Usop lagi hensem dari Budin. Kesimpulannya, Usop lah paling hensem diantara mereka bertiga. Meon…. Nak buat macam mana faktor baka.
“Jom..” Usop dan Meon memulakan langkah mereka. Usop dress up kemas. Seluar jeans raya yang bergetah di pinggang dipakai oleh Usop ditambah pula dengan baju Polo. Disisip kemas dengan rambut belah tepi. Meon pula berseluar jeans separa lusuh serta baju round neck yang merah menyala. Nampak baju tu baju baru beli. Bau kedai pun tak hilang lagi. Meon bertopi. Takut panas katanya. Padahal nak sorok kepalanya yang dogol tu.
“Kita tunggu kat bas kat sini, pukul 2 setengah lebih sikit bas lalu” Usop berbicara seakan sudah biasa ke Rompin dengan bas. Meon mengangguk berkali-kali. Faham dengan arahan Usop.
“Weii tunggu aku weii..” Budin menjerit dikejauhan. Sambil tu dia berlari-lari seolah olah dikejar anjing. Kalau masuk acara 100m bawah 12 tahun nescaya dia pasti mendapat pingat emas. Cukup pantas. Budin melepaskan lelah setelah dia sampai dekat dengan Usop dan Meon. Nafas ditarik perlahan-lahan lalu dihembus. Budin mempraktikkan apa yang diajar oleh Cikgu Maya, guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pernafasan Budin kembali normal.
“Tadi ko cakap mak ko tak kasi join, ni cam mane boleh pulak ni?” soal Meon.
“Aku keluar ikut pintu belakang, mana aci korang nak pegi tinggal aku. Ni aku korek tabung aku. Ada la dalam doploh ringgit, hasil dua bulan aku menabung” ibu jari kanan Budin menguis-guis hidungnya. Terasa kerek disitu dengan hasil tabungannya yang dirasakan cukup untuk membuatkan dirinya kerek sekerek kereknya.
“Hek eleh, aku ada bawak doploh lima ringgit la” Usop mula menampakkan kekayaannya.
“Okay aku bawak lima belas je” Meon mencelah. Suaranya mengecil. Dia selalu mendapat tempat ketiga bila bertanding dengan rakan-rakannya.
“Wei wei bas dah sampai tahan tahan” suruh Usop.
Meon dan Budin melamba-lambai bas tersebut. Mereka naik selepas bas tersebut berhenti tidak jauh dari kedudukan mereka. Kelihatan ramai penumpang yang berada dalam bas tersebut termasuk muka-muka Indon yang keluar membeli barangan dapur. Sasa sasa badan mereka namun bau badan mereka tak sesasa fizikal mereka. Cukup untuk Usop, Meon dan Budin menutup hidung kerana bau badan mereka. Konduktor bas berjalan kea rah mereka.
“Mana?” pendek pertanyaan konduktor bas tersebut.
 “Rompin” mereka menjawab serentak seolah-olah menjawab pertanyaan cikgu mengajar di sekolah.
“Singgit sorang”. Tiket di siat-siat lalu ditebuk satu persatu dilubang yang sepatutnya ditebuk.
Mereka menghulurkan wang masing-masing. Tiket bas dan wang bertukar tangan. Mereka bertiga duduk diam sambil memandang keluar melihat keadaan di sepanjang perjalanan. Tiba saja di Rompin mereka terus ke kedai Goh Bon Hock. Kelihatan banyak jenis kereta dash di kedai tersebut. Jenis Gockey dan Auldey terutamanya selain jenis-jenis tiruan buatan China.  Mereka bertiga memilih kereta yang memikat hati mereka. Mereka juga tak lupa membeli bateri cas sebab bateri juga penyumbang kepada kelajuan kereta dash.
“Setel dah kan, jom la jalan-jalan” ajak Usop.
“Bereh boh” Budin dan Meon bersetuju.
Mereka bertiga bersiar-siar di sekitar Rompin. Menikmati petang di Rompin. Rompin dikatakan bandar yang sedang membangun. Selain terkenal dengan udang galah, Rompin juga terkenal dengan ikan layaran. Ramai pemancing-pemancing yang datang dari dalam dan luar negara untuk menguji kehandalan mereka memancing ikan layaran.
“Jom la weii balik, bas pun nak sampai dah” ajak Budin.
Mereka bergerak pulang ke rumah. Budin dimarahi maknya kerana keluar tanpa izin. Meon dan Usop pula balik dengan muka kegembiraan kerana plan mereka menjadi. Keesokan harinya mereka bertiga menyempurnakan projek kereta dash mereka. Seperti jurutera yang lain, Usop, Budin dan Meon juga mampu membentuk kereta dash mereka berpandukan manual yang berada dalam kotak yang membungkus kereta dash tersebut. Walaupun kereta dash merupakan kereta berskala kecil namun itu sudah cukup mengembangkan hidung Usop, Budin dan Meon kerana itu merupakan hasil titik peluh mereka dalam menyempurnakan kereta dash tersebut.
Bateri dipasang. Enjin berfungsi, tayar berpusing laju. Kelajuan kereta cukup mengagumkan mereka bertiga.
“Dah tiba masanya..Petang ni kita ajak budak Kg Parit lawan kete dash kat sekolah” seru Usop kepada Budin dan Meon.
“Okayyy..” Meon dan Budin bersetuju.
Petang tu mereka bertiga menunggang basikal masing-masing ke Kg. Parit. Masing-masing buat muka konfiden yang mereka mampu mengalahkan budak Kg. Parit. Setibanya Kg. Parit mereka menuju ke rumah Samad. Samad budak kelas sebelah, budak Kg. Parit. Dia boleh dikatakan leader kepada geng Kg. Parit.
“Assalamualaikum…Samad ooo Samad” Usop member salam di luar rumah Samad.
“Waalaikumsalam.. laa korang, nak mende datang ni..kalu nak ajak main baru pukul 4..pukul 5 baru aku boleh kuar” ucap Samad.
“Kitorang datang nak lawan kete dash ni..okay tak?”
“Okay je, jap lagi aku ajak geng aku. Kita lawan kat longkang sekolah.”
Longkang sekolah dijadikan tempat race kete dash. Longkang yang sedalam kira-kira 7 inci tu cukup bagi mereka race di situ. Panjang longkang tu ialah sepanjang blok bangunan sekolah. Cukup panjang untuk mereka race.
“Okay set” balas Usop.
Mereka bertiga bergerak ke sekolah dulu. Menuju ke surau. Sementara menanti waktu Asar. Mereka membuat pemeriksaan pada kereta dash masing-masing. Strategi juga diatur untuk memastikan kemenangan milik mereka.
“Kita ni bawak nama Sepayang, jangan malukan Sepayang weh” Usop member kata-kata semangat.
Perlumbaan ni seolah-olah besar bagi mereka kerana itu sudah cukup membuktikan budak kampung mana lagi hebat. Semangat budak kampung.
Seperti yang dijanjikan, Samad dan geng-gengnya, Murad, Paan, Kundur,Bulat dan Keding. Mereka-mereka ni budak Kg. Parit. Siapa tak kenal Geng Parit, cukup terkenal di sekolah dan juga Kg. Parit. Bukan terkenal kerana kejahatan mereka tapi kerana kenakalan mereka. Cukup nakal tapi biasalah nakal budak-budak.
“Kita main style drag race, king stay, penamat kat hujung blok sana. Okay?” Samad mengatur racing.
 “Set” wakil Sepayang menyahut.
“Aku dulu, sape nak lawan?” Budin mencabar Geng Parit.
“Aku, meh ar.” Sahut Kundur.
Kundur juga budak kelas sebelah. Muka sedikit kehingusan disamping choki-choki di mulut.
“Satu dua, tigaaa”
Kereta dash masing-masing berlumba di ‘litar’. Kereta dash Budin berasak dengan kereta dash Kundur. Sengit perlumbaan tersebut. Kereta dash Kundur mendahului kereta dash milik Budin secara perlahan-lahan. Budin mula resah bila merasakan dia diambang kekalahan. Namun nasib menyebelahi Budin, kereta dash Budin melanggar kereta dash Kundur dari tepi menyebabkan ia terpelanting ke tepi. Kereta dash milik Budin mendahului hingga ke garisan penamat.
“Babi…” marah Kundur.
Bilamana perkataan babi disebut di kalanagan budak sekolah rendah sudah cukup menggambarkan betapa gangsternya dia. Babi yang menggangsterkan.
“Wohooo!” Budin menjerit kegembiraan.
“Aku dah cakap, kalau dengan korang ni apala sangat” Budin mula membongkakkan diri.
Usop dan Meon senyum sambil menganggukkan kepala. Senyuman kemenangan.
”Kali ni turn aku pulak lawan ko” Budin dicabar Bulat.
“Mak aku beli kereta dash ni kat Kuantan lagi mahal dari ko…jaga-jagalah” Bulat mngeluarkan fakta tentang kereta dashnya sekaligus memberi tekanan kepada Budin.
Pannggg…. Budin terduduk. Kegembiraannya hanya seketika. Kehebatan kereta Bulat memang tak dapat disangkal. Kualiti dari jauh. Usop dan Meon menapak ke arah Budin yang sedang terkejut dengan kekalahan tersebut.
“Biar aku tebus kekalahan ko Budin..” Meon memberanikan diri untuk mencabar Bulat.
Bulat sudah bersedia dengan cabaran Meon. Meon meneliti kereta dash miliknya. Keyakinan Meon bertambah. Kereta dash masing-masing diletakkan di landasan. Bermula…
Seketika kemudian, kelihatan Meon duduk terperunduk di tepi longkang. Dengan keadaan sebegitu memang tak perlu diceritakan sudah tentu kekalahan milik Meon. Usop agak gementar dengan kehebatan kereta dash milik Bulat.
“Hahaha..bertambah bulat la ko lepas ni..” usik Kundur.
“Ni bulat bukan saja-saja tau, bulat-bulat pun ada function dia. Tak sia-sia aku membulatkan diri.” Bulat membulatkan dirinya. Dengan dua kali kemenangan Bulat merasakan kehebatannya yang semakin membulat. Banyaknya yang bulat-bulat ni.
Perlumbaan diteruskan. Usop merupakan pelumba terakhir. Dia tahu bukan mudah untuk tewaskan Bulat. Tapi dengan keyakinan yang tinggi Usop percaya dia mampu kalahkan Bulat.
Berdesup kereta dash Usop dan Bulat sebaik saja dilepaskan. Masing-masing bergeseran. Di saat-saat akhir, kereta Usop dipintas. Tiba-tiba kereta dash milik Bulat terangkat sedikit akibat keadaan longkang yang tidak rata. Kereta dash milik Usop yang mengekori rapat di belakang kereta Bulat menyusup masuk dari bawah yang menyebabkan tayar kereta bulat tak mencecah permukaan. Kesempatan ini membuatkan kereta dash milik Usop memecut serta mengakhiri perlumbaan tadi dengan kemenangan di tangan Usop.
“Yeayyy..” Usop dan geng-gengnya bersorak kegembiraan.
“Huuuuu…aku bagitau mak aku..” Bulat menangis kerana body kereta dashnya telah pecah akibat daripada kejadian tadi. Dia pun berlari pulang dengan kesedihannya itu.
“Macam budak-budak..sikit-sikit report mak..hahaha” ejek Usop
“Korang dah lupa kat aku ye..aku masih adalah Usop..aku cabaran sebenar ko.” Samad keluar memberi cabaran terakhir.
“Ini kali kita setel sape jadi king” Usop bersuara untuk menentukan selesaikan perlumbaan ini.
“Sedia..mula” Kundur menjadi pengadil untuk perlumbaan terakhir ni. Paan berada di tepi Kundur. Manakala Murad dan Budin berada dipenghujung blok yang mana merupakan penghujung trek longkang tersebut sebelum longkang tersebut membelok.
Samad dan Usop berlari ditepi longkang sambil mengekori kereta dash milik masing-masing. Kereta dash milik mereka berasak-asak. Bergeseran sesama mereka. Perlumbaan yang mendebarkan. Kereta dash milik Usop melintas namun akibat dari permukaan yang berlubang, kereta dashnya berpusing ke arah bertentangan. Kereta dash milik Samad menolak kereta dash milik Usop. Terjahan membuatkan kereta dash Usop memecut laju ke garisan penamat. Kereta dash Samad pula terus bergerak kea rah bertentangan. Kemenangan milik Usop. Budak Sepayang memang terer. Kejayaan diorang mengalahkan Geng Parit heboh selama seminggu. Budak-budak lain memang jadikan Usop dan geng sebagai idola bahkan sejarah mereka mengalahkan Geng Parit tercatat di memori budak-budak sekolah sezaman mereka. Kegemilangan Usop dan kawan-kawan kini bermula…