Cintai Pantai Kita

Posted: Wednesday, November 28, 2012 by Faiz Idris in
0

24-25 November 2012
aku dan geng yang lain join program pantai..
nama program ni aku namakan 'Cintai Pantai Kita'
hahaa..memandai je aku ni
program 2 hari 1 malam berkonsep santai rabak
haaaa

Lokasi Pantai Batu Layar..
dekat pantai ni ada batu yang berbentuk layar..nipis nipis jee
mungkin sebab tu nama pantai ni dinamakan..

pantai ni memang tip top
scenery dia memang sejuk mata memandang
keindahan ciptaan Allah Taala

ramai pengantin yang menjadikan pantai tempat photoshoot wedding diorang
lawa kan =) *psstt aku bila lagi?* hahaa

aktiviti yang dijalankan...
bersihkan kawasan pantai
explorace bagi merapat silaturahim
bbq..tengok citer budak pailang 
ehh macam kenal je nama tu..haha

masa ni..sebagai senior kami wat kepala sikit
kahkah orang pegi berhimpun..kitorang pergi buat jackass
haha..main lompat jauh..gedebukk sorang jatuh..hahaa
rabak punggung sorang..aku plak jong gelak je..hahaa
nice la program ni..boleh lepak sama-sama hilangkan stress blajauu
=]














Makan Sampai Muntah...

Posted: Friday, November 23, 2012 by Faiz Idris in
0


21 November 2012, Rabu
setelah dirancang dengan tidak sengaja dan diketuai oleh kak wani kiterr..
geng whitefox telah berangkat ke seoul..
ya seoul...seoul garden [city square]..haha =)

lepak, makan sampai muntah..
serius terbaik..
1st time makan kimchi..sedap pehhh
lain-lain memang terbaik..
next time lepak sama lagi ye =D












Gua & 'Awek-awek'

Posted: Sunday, November 18, 2012 by Faiz Idris in
0

"Kau layan novel?"
"Ha'ah"
"Jiwang gile"

Tu ayat yang selalu gua dengar.. kah kah kah
persepsi manusia terhadap kaki novel
sebenarnya gua bukan layan novel yang jiwang-jiwang sampai tahap berair-air..kahkahkah
gua lebih ke arah novel bergenre aksi,islamik,fiksyen
seronok..lebih seronok dari menonton filem-filem
sebabnya? kau guna imaginasi untuk membayangkan apa kau baca..

"Imagination is more than knowledge"

Ye dak?? Hehe
Novel 1st gua baca..'Bagaikan Puteri'
tajuk nampak macam jiwang kan...tapi tak sebenarnya.

"Don't judge a book by its cover"
Agree with that!!!

Trilogi Laksamana Sunan gua buat koleksi.
Terbaik!! Hasil karya Ramlee Awang Murshid.


Lain-lain dari Lejen Press.. =)


 
 

Permulaannya...

Posted: Saturday, November 17, 2012 by Faiz Idris in
0

1 Muharram 1434
Hijrah jasmani & rohani ke arah yang lebih baik
disebalik itu....palestin bergolak lagi
bangsa yahudi dan nasrani takkan senang melihat umat Islam
Allah menguji hamba-hamba-Nya..
Manusia merancang Allah yang menentukan..
 



 

Musim Dia...

Posted: by Faiz Idris in
0

musim raja buah melanda kampungku
nyummm...nyummm..nyumm
penangan dia..pehhhhh
mak buat pulut durian, tempoyak
memang pehh pehh pehh
yang sponsor tokwan
"amik la sutir dua wat makan"
yeahhhhh
kecur liur dibuatnya..
=D




Terkulai Di Tengah Jalan...

Posted: Tuesday, November 13, 2012 by Faiz Idris in
1

Cinta..disebalik yang indah-indah ada yang terluka kerna cinta.
isu yang aku nak bangkit kali ni 'apa yang perlu kita lakukan bila putus cinta,cinta ditolak,tak sempat nak bercinta'

ok..semua manusia dilahirkan dengan perasaan kasih sayang tapi kadang-kadang kita sendiri perasan yang kita berkasih sayang. bapak sedih kena macam tu.haha (gelak sikit)

banyak benda yang boleh kita lakukan..perspektif aku ni berdasarkan pembacaan (cc to kitab terfaktab) dll, pemerhatian, pengalaman, dan pandangan diri sendiri

pertama..
check balik hubungan kau dengan Tuhan..
kau silap sebab kau mencari untuk bersama tapi kau lupa Dia yang sentiasa bersama..sebab kau cintakan seseorang kau alpa kepadaNya..
baiki hubungan denganNya..InsyaAllah kau akan mendapat cinta yang sejati (jodoh).

kedua..
move on..paham?? ok kau takyah lah stalker dia hari-hari..terkenang-kenang saat-saat indah kau dan dia..demmm benda tu akan selalu menghantui diri kau sendiri..yang susahnya kau..dia dah bahagia tapi kau masih ditakuk lama..senang citer kau mulakan hidup baru..yee aku taw memang susah..tapi kau kena yakin dengan diri sendiri..mintak tolong kawan-kawan kuatkan semangat kau dan jangan lupa kepada-Nya..

ketiga..
rebound relationship..
aku yang ni tak berapa nak berkenan sangat sebab perspektif aku terhadap couple ni lain..tapi ni salah satu cara..ada orang dia cari pasangan yang lain untuk lupakan bekas pasangannya..keberkesanan tu ada..tapi kau seolah-olah permainkan yang baru sebab kau gunakan dia untuk lupakan yang lama..

keempat..
diri sendiri..semua atas diri kau sendiri nak buat apa yang patut...yakin sikit kat diri tu..tabahkan hati..moga hari-hari yang mendatang akan membuat diri kau ni bertambah kuat..

bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..
jangan main-main cinta, buruk padahnya
cinta kerana mencari keredhaan-Nya..Insya Allah =)
 


Tak Berapa Nak Habis..

Posted: by Faiz Idris in
1

"Mah ohh mah, cepatlah datang tu" Pak Majid memanggil. "Kejap la paknya nak ke mana entah orang tua ni" Mak Mah membalas. Pak Majid mengenakan kain pelikat baru yang dibelinya. Misai di'trim' habis. Rambut disikat kemas walaupun lapang di tengah. Baju pagoda putih membersih selepas diclorox. Handsome macam malam pertama. Segak bergaya Pak Majid malam ni.

Mak Mah bergaya dengan kebaya merah. Sendat yang amat. Kelihatan perut berlapis-lapis. Depan laki takpe. "Amboi mah..cun gitu..aummm" gurau Pak Majid.



Okay..entah apa aku nak cite ni..hahaha jangan jadi citer panas sudeyh..bhahaha..dah2 stop sampai sini..

Coret Critt Critt...

Posted: by Faiz Idris in
0

Selamat Sejahtera semua...
woahahahaaa (kejadah apa kau gelak nih??)
biar ah nak gelak sekor...kih2
haa..mase aku tunggu bas arituh..kapala aku ni ligat berpusing..

lejen press..kan best dapat jadi author dalam tuhh
sume karya-karya aku dapat dikongsi bersama..tapi tapi...
aku nak tulis apa? haha entah la
aritu je semangat berkobar-kobar nak jadi author..
budak mechi tapi pandai berpuitis..hahaha koya sekejap..

cuti kali ni..takde membe nak kuar bersama..
adapun jenis tak satu kepala..
mesti jadi awkward gile bila lepak same..
so baik aku lepak rumah layan aiman tempe mania
bahahaha

pesen citer melayu memang camtu..hahaha tapi takleh blah watak masing2
tapi takpe still gelak dengan lakonan diorang..
lagi apa ea..haa mastercheff..ada che' lah..
"siapa kata orang cantik tak boleh masak"
tu ayat dia yang aku kenang sampai hari ni..
umur 40 dah.status?? entah laa..pfffft
sorang lagi etiqa..muka macam kacukan..nanti balik aku pergi survey lagi siapa dia..hohoooo

kat umah aku ni susah sikit nak dapat line..ni pon macam hidup segan mati tak berapa nak mau..
sedih kan..hehe
malam ni ada talk dengan ustaz azhar, kemah keming namanya..
ok tak sabar yee..tunggu malam nih ea

ok saje nak tulis sikit kan..hehe =)
rajin-rajin follow ah aku..tegur taw..haha =)
 

Drastik Sungguh..

Posted: Sunday, November 11, 2012 by Faiz Idris in
0

Hai semua =D
Ahad, 11-11-12
baik puny tarikh..
gua sampai rumah hari jumaat baru nih
cuti mid sem..tak lama seminggu je

ceritanya bermula begini...
gua packing barang-barang nak balik rompin..
tiket tak beli...gamble abis
siap packing tido dan esoknya pergi sri putri

gua ingat tiket ke rompin tak panas macam tiket ke terengganu dan kelantan..
rupanya panas gile beb..sold out
ada pun malam..
gua pandang jam..pukul 10
lama gila camni..
pegi trandisional aka transnasional habis
pegi sri maju (sebelah kaunter je pon) pon habis
mak aih..acaner nak balik ni
takkan nak patah balik u

gua pun pegi ke seberang jalan.
ingat nak amik bas lompat2 dari larkin ke kota tinggi ke mersing ke endau ke rompin..
jauh gile baiii..
gua penah wat sekali dari mersing ke kota tinggi ke larkin ke utm..
memang perit..
gara-gara lambat beli tiket masa 1st year hari raya haji...

sebelum gua amik keputusan yang gile nih..
gua pon dapat idea bernas..tinggggg!!
apa kata cari tiket ke kuantan yang lalu muadzam
setel jumpa bas cepat ekspress
tiket tgh hari..jadi la kan, asal boleh balik

setel beli tiket tunggu sampai 12.30
bas bertolak pukul 1..sampai muadzam pukul 5
sharp...gua naik terus bas mara yang lalu betul-betul depan umah gua
setel sume.ikut flow yang baik..
Alhamdulillah =)



Ada Selepas Tiada..

Posted: Thursday, November 8, 2012 by Faiz Idris in
8

Rabu, 7 November 2012..

Aaahhhhh, dah pagi rupanya. Alhamdulillah
check twitter..pastu gua capai tuala dan baldi kecik yang berisi barang mandi gua..
rutin biasa bermula..tapi ni lain macam gile cakap lu

tengah-tengah syok layan shower yang mencurah-curah ke badan gua ni. gua capai shampoo rejuice dalam baldi.. gua picit keluar cecair hijau.. dengan selamba gua baling ke dalam baldi semula seperti biasa..

tapi kali ni jadi luar biasa..
tandas sini jamban bergabung shower..
shampoo yang gua baling tadi bergolek perlahan ke jamban...
demmm...kecepur ke dalam lubang yang satu..
otak gua mula berpusing dengan perlahan apa yang gua harus lakukan......

gua jenguk ke dalam..memang gelap & dalam gilee
situasi yang terjadi tadi mengeluarkan beberapa persoalan..
1) apakah gua harus membiarkan saja?
2) haruskah gua serkup ke dalam lubang yang satu?

memang kalah soalan komsas spm tahun ni..
cikak punye persoalan......

air semakin mencurah ke badan gua..
demm demm demm
3 kali demm dan ini yang keempat..

beberapa minit kemudian...

gua dengan muka selamba keluar dari shower.
pagi-pagi dah jadi macam ni..
dugaan...

gua letak dengan baik baldi gua bawah katil
semua barang ada termasuk shampoo tu..

*jangan tanya gua macam mana shampoo tu ada balik*




Aku Memang Loser...

Posted: Wednesday, November 7, 2012 by Faiz Idris in
0

aku memang loser..
ha'ah memang aku seorang yang loser..
aku lahir ke dunia tanpa kasih sayang seorang bapa..entah ke mana dia pergi aku tak tahu dan aku tak nak mengetahuinya..
mak aku tinggalkan aku kat rumah anak yatim..macam kebiasaan.. orang sekililing memandang aku sebagai losser..

aku memang loser..
pergi sekolah jalan kaki..baju compang camping, makin lama makin singkat..baju sekolah dimamah usia..
walaupun bersih tapi tetap lusuh kerna usianya..
aku dihina kerna baju ini..ha'ah aku memang loser..

aku memang loser..
sekolah tak pandai.."bodoh,bangang,bahlul tolol" tohmahan sebegitu memang dialami aku setiap hari..
menjadikan aku lebih loser.. kawan-kawan memencilkan aku..kerna aku seorang loser..sapa nak kawan dengan aku yang memang loser gile ni?..

aku memang loser..
fizikal  macam mat gian..orang tuduh aku hisap dadah..walhal rokok pun tak hisap..takde duit..ni kan pulak layan najis dadah tu..yelah orang pandang aku loser gile..

aku memang loser..
abis belajar keje jadi kuli..buat itu buat ini..dah memang loser nasib macam ni la..
orang lain borak pasal politik,hal semasa, isu alam sekitar..
tapi aku?? sifir 2 pun tak reti ni kan pulak hal-hal yang melampaui pemikiran aku..
yelah aku kan loser memang macam tu la jadinya

aku memang loser..
hidup segan mati tak mau..ape nak jadi dengan aku ni..
nak kata hensem muka pecah rumahh..dah memang loser sume yang -ve dapat kat aku..
ha'ah aku memang loser.

aku memang loser..
aku jalan balik rumah..tetibe BMW langgar aku..
kedebukkk..aku jatuh..darah mengalir pantas..
driver keluar.."dah mampus ke?" tiada belas kasihan kepada orang yang loser macam aku ni..
dicampak ke tepi sebab menganggu lalu lintas..
"yelah aku kan loser" hatiku berkata sedemikian...loser memang loser selamanya..

loser ni kadang-kadang dia winner dihatinya..walaupun ko loser..jangan sesekali ko menyusahkan orang..biar ko takde harta melimpah ruah asalkan ko kerja halal..ko ingat Tuhan..kerna itu semuanya ujian..

tapi ko taw ke apa makna loser yang sebenar??
aku sebenarnya bukan loser..aku tak menyalahkan sesiapa sebab apa aku jadi begini..yang lepas biarkan ia berlalu tapi yang akan datang yang mesti engkau tempuh..
hidup kau memang loser bila kau berhenti berusaha untuk hidup..


Santai Di Sebalik Blackout...

Posted: Sunday, November 4, 2012 by Faiz Idris in
1

Assalamualaikum nakama...
hari ni satu utm blackout..maintainence katanya
so aku & geng pegi derak..hahaa
saje je nak hilang puassss
pegi lepak kat Larkin Residence


 kat sini ada gym, dewan badminton & swimming pool..hehee


Pastu pegi pekena ABC lepas penat berenang renang..hohoo
tip top gak tapi tak leh challenge yang mak aku wat..keh keh keh
takat leleh punye ABC nih..hehehe



     1st time rakam dalam air..style gile..wahahaa =P

  kecepur!!!! ni gua..hahaha

seronok gak dapat ronda2..haha serius jimat, lepak, santai & sempoiii =D



 

Tanah Tinggi Genting...

Posted: by Faiz Idris in
0


21 April 2012...Kali ni bercuti ke Genting Highland..
sempoi..plan lebih kurang pastu terus gerak..
orang cakap kalu plan yang lebih kurang ni lagi berjaya dari plan yang beria nak mampos pastu last minute cancel..haha =P
Bertolak dalam pukul 11, kalu tak silap..then sampai kat R&R Seremban dalam pukul 3..
awal pulak rasa..apa lagi pegi surau lorh..Tido~~
Then, dalam pukul 5 gitu gerak slow2 pergi genting..sampai kat kereta kabel..Subuh kat situ..makan kat situ gak..dalam pukul 7 gerak naik kabel car..1st time kot..haha syok apa
sampai atas sejuk gile..ronda-ronda pastu wat jakun sorang2 mentang sejuk kat atas tu sampai keluar asap..haha mulutku berasapp.tak dapat pegi obersea pegi genting pon jadi laa..kah kah
Then enjoy!!!

















Renyai-renyai di Mesia..

Posted: Saturday, November 3, 2012 by Faiz Idris in
0

Hello nakama!
pagi hari tenang aman damai.
geng-geng yang lain? mereka semua pergi mengecat, join aktitivi hema
rajin kan diorang...aku? hanya seketika sendirian di bilik
pagi tadi bangun..asal gian sangat aku dengan lagu hujan ni..
bukak laptop terus layan..takyah cakap banyak
sentap lagu "ku mahu kau tahu"
serius best.. rugi dok denga...haha
Hujan bagi aku band yang indie yang lejen..
serius LEJEN!!!!!!!!





chill =D