Terkulai Di Tengah Jalan...

Posted: Tuesday, November 13, 2012 by Faiz Idris in
1

Cinta..disebalik yang indah-indah ada yang terluka kerna cinta.
isu yang aku nak bangkit kali ni 'apa yang perlu kita lakukan bila putus cinta,cinta ditolak,tak sempat nak bercinta'

ok..semua manusia dilahirkan dengan perasaan kasih sayang tapi kadang-kadang kita sendiri perasan yang kita berkasih sayang. bapak sedih kena macam tu.haha (gelak sikit)

banyak benda yang boleh kita lakukan..perspektif aku ni berdasarkan pembacaan (cc to kitab terfaktab) dll, pemerhatian, pengalaman, dan pandangan diri sendiri

pertama..
check balik hubungan kau dengan Tuhan..
kau silap sebab kau mencari untuk bersama tapi kau lupa Dia yang sentiasa bersama..sebab kau cintakan seseorang kau alpa kepadaNya..
baiki hubungan denganNya..InsyaAllah kau akan mendapat cinta yang sejati (jodoh).

kedua..
move on..paham?? ok kau takyah lah stalker dia hari-hari..terkenang-kenang saat-saat indah kau dan dia..demmm benda tu akan selalu menghantui diri kau sendiri..yang susahnya kau..dia dah bahagia tapi kau masih ditakuk lama..senang citer kau mulakan hidup baru..yee aku taw memang susah..tapi kau kena yakin dengan diri sendiri..mintak tolong kawan-kawan kuatkan semangat kau dan jangan lupa kepada-Nya..

ketiga..
rebound relationship..
aku yang ni tak berapa nak berkenan sangat sebab perspektif aku terhadap couple ni lain..tapi ni salah satu cara..ada orang dia cari pasangan yang lain untuk lupakan bekas pasangannya..keberkesanan tu ada..tapi kau seolah-olah permainkan yang baru sebab kau gunakan dia untuk lupakan yang lama..

keempat..
diri sendiri..semua atas diri kau sendiri nak buat apa yang patut...yakin sikit kat diri tu..tabahkan hati..moga hari-hari yang mendatang akan membuat diri kau ni bertambah kuat..

bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor..
jangan main-main cinta, buruk padahnya
cinta kerana mencari keredhaan-Nya..Insya Allah =)
 


1 comments:

  1. amizatull says:

    kita sokongg apa yangg aawak cakap ! hehe . berawaklah puulak ! HAHA . sorry tak tahu nak panggil apa