Tintec Part 1
Posted: Wednesday, August 3, 2011 by Faiz Idris inAkhirnya berakhirlah program Tintec ni. Aku baru saje sampai kat UTMni. Dari hari pertama 20/7 kami bertolak dari UTM pada pukul 5 ptg. 3 buah bas saje. Train takjadi naik sebab ia hanya sampai di Gua Musang saja. Kami tiba di Kuala Nal pada jam 6 pagi. Majlis perasmian pembukaan berlangsung di sini. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Team Pasir Mas (Motivasi), Kuala Krai (Motivasi), Kuala Nal (Anak angkat), Rakit. Aku join team Pasir Mas yang mana handle pelajar Form 5 S.M.K Tengku Panglima Raja. Kami bertolak dari Kuala Nal dalam pukul 2 dan tiba disana dalam pukul 4.30 ptg. Macam biasalah aktiviti kem motivasi ni. Just nak enjoy je. Hari pertama ‘ice-breaking’ dan ‘bina identiti kumpulan’. Hari kedua pula slot ‘tanya pada yang pakar’,’ menara gagah saya’. Pada malam pula ceramah motivasi dari Prof.Dr.Ir. Hasanan bin Md. Nor dari UTM. Esoknya majlis penutup. Sebelum pergi ke Kota Bharu untuk fasa 2 Tintec. Kami group Pasir Mas telah pergi ke Rantau Panjang. Memang banyak barng yang murah kat sana lebih-lebih lagi jersi. Banyak jugak aku borong kat sana. Memang seronok gila la tapi sedih sebab banyak duit habis.haha. Dalam pukul 1 kami bertolak ke Kota Bharu…sambungan next post ye =)