Asrama...

Posted: Saturday, March 23, 2013 by Faiz Idris in
0


        Jam berdetik lagi. Semua penghuni masih di alam mimpi. Aku juga sama seperti mereka. Enak dibuai mimpi sehingga tidak mahu diganggu oleh sesiapa pun. Sape nak kalau korang tengah syok mimpi ada orang datang kacau line. 

      Pang pang pang. Bunyi pintu bilik diketuk dengan penyapu. “Bangung bangung..” jerit warden aku yang berdialek terengganu. Ahhh, rupanya sudah jam 6. Aduhhh. Mimpi baru nak sampai klimaks ni dengan awek paling letop kat sekolah pulak tuh. Pehh melepas aku. 

     Aku bangkit perlahan. Sambil tu kejut junior sebelah katil. Aku ni kira senior yang bagus la. Err.. mungkin. Setel kejut anak-anak ikan ni. Aku sambung tidur balik. Warden dah berlalu pergi. Dia kira tugasnya dah selesai. Kedebushh kedebushh. Bunyi air dari bilik mandi. Dorm aku dah la tepi bilik air. Kiranya waktu kritikal sebegini memang susah nak dapat ketenangan tidur balik. Cisss. Gentak hatiku walaupun mata terkatup rapat. 

        Suasana tiba-tiba sepi. Kedamaian apakah ini? Aku kira beruntung sangat dapat ketenangan sebegini. “Wiiooo wiiooo”. Mataku terbuntang luas. ‘Hailer’ warden menakup telinga belah kanan. Bingit dia bukan main. Aku cuba bangkit tapi warden aku main angin. Makin aku bangkit makin dia tekan. Mau dua tiga kali jugak. Mak aih marah benar tu. “Hahaha..degil sangat nak bangung nih”..hilai tawanya kedengaran. Kali ni aku terus segar bugar. Malu pun ada jugak. Habis reputasi aku sebagai senior yang baik. Bangkit lalu terus mandi. 

      Siap je pakai nak pergi solat subuh kedengaran salam pertama dari imam yang pertama. Dah lambat masak kali ni. Buka jemaah baru dibelakang jemaah pertama. Ramai jugak yang lambat ni. Satu saf panjang untuk jemaah kedua. Di hujung saf kelihatan GPK HEM. Dia lagi otai dari warden. Rajin dia check siapa yang lambat maka hukuman bakal menanti bagi mereka yang lambat. Selesai saja solat, penampar bertalu-talu dari hujung ke hujung. Perit dia bukan main.

0 comments: