Keliling Kota Raya

Posted: Tuesday, August 6, 2013 by Faiz Idris in
0

Ku berbicara dipagi hari. Semalam aku tiba di kampung halaman. Ya, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 5 6 jam juga. Perjalanan aku dikira agak smooth. Sebab everytime aku sampai stesen mula dari Ktm Subang Jaya hingga ke Lrt Bandar Tasik Selatan semua tepat. Tak perlu tunggu lama-lama nanti lama-lama dia diambil orang. Ecehh


Pagi ni aku lepak di rumah tok. Dah subscribe internet selama seminggu. Kat sini line Celcom power. Tapi kat rumah tok jela. Kalau download tu relax je pejam mata. Haha. Okay. Actually aku dah mohon cuti start dari Isnin sampai Isnin minggu depan. Kiranya dalam seminggu jugaklah cutinya. Wohoo. Bos baik sebab approved. Sv siap tanya bila cuti? Nak berapa lama? Ingat nak start cuti hari selasa aka hari nih. Tapi alang-alang cuti biar sampai puas. Yeahh!!

Disebabkan cuti lama, aku plan ke Kuala Lumpur. Ziarah sahabat handai. Hehe. Orang sibuk nak balik raya time nilah nak ziarahnya. Diorang pun tak balik lagi so boleh nak function sikit. Aku gerak ke Kuala Lumpur 2 Ogos 2013, jam 11 malam.

Setibanya dia TBS pada jam 4 pagi lebih. Cari port dulu mana yang okay. Beli lah roti sekeping buat sahur. Air oren yang aku bawak dari rumah. Okaylah. Lagipun puasa kali ni sahur ala kadar je. Bujang lah katakan. Kalau masa awal-awal dulu kemain semangatnya. Baked bean lah, telur mata lah, last-last seteguk dua air masak, kurma 2 biji, pastu sambung tidur. Bujang lah katakan..

Usai solat subuh di TBS, aku melangkah ke Lrt untuk ke Gombak. Si Rafiq ni main bedal je. 'Kau turun ke Pasar Seni pastu amik ke Gombak'. Aku tak biasa je Gombak. Pertama kali kot, so aku beli lah ke Pasar Seni dulu. Sampai je Masjid Jamek sebab ni stesen pertukaran. Aku perati map. Hurmm. Perlu ke aku ke Pasar Seni, sedangkan aku boleh terus ke Gombak dari Masjid Jamek? Rafiq ni sangat 'minal'. Minal ni word yang tercipta masa zaman sekolah dulu, Minal minali. 

Perjalanan diteruskan. Sampai je Gombak, roger Rafiq. Datang ngambik aku. Vroommm. Brader LC merah lalu depan. Muka tak ubah. Sama gelap. Sama hensem? Eh... Terpacul di mulutnya. Gemuk kau sekarang. Haha ayat yang biasa ku dengarin. Lima tahun kan mesti berubahabahabah.

Berborak tak puas. Macam benda yang dishare bersama. Ohooo. Seronok kau. Function bebeh. Haha. Jumpa Tangok. Dia lagi kembang teruk. Ngam betei. Jumpa Japrak. Maintain je. Jumpa Epang. Lebih kurang kembang macam aku gak. Haha. Biasalah tuh. 

Follow Japrak pergi shopping kat area KL. Jumpa Jerry kat KL Sentral. Tak berubah seyh. Maintain je tapi ada naik sikitlah. Bakal cikgu tuh. Turun je kat Masjid India tengok banyaknya umat. Nak sampai ke Jalan Tar tu berhimpit-himpit. Mak aih ni tahap apa dah. Tak tengok dah belah kiri kanan apa yang jual. Dipikiran ni nak lepas dari himpitan manusia. Macam-macam bau ada. Fuhhh.

Sogo pun penuh umat. Sale parok tuh. Tak Sogo selalu ada sale. Aku pun merehatkan diri di tingkat atas. Nak cramp rasanya dok berjalan slow steady menapak dua tiga langkah. Lepak sampai Japrap habis shopping. Pastu folo Jerry beli beg. Bertolak pulang ke Uia.

Rafiq masak sardin untuk berbuka. Tangok ejas air oren kasi power kawkaw. Last-last bedal sampai habis gak. Usai berbuka lepak sampai sepoloh pastu gerak ke Danau. Uptown. Situ lagi ramai umat. Penat siang tadi pun tak habis ni sambung malam pulak. Penat-penat pun dua round gak tawaf. Bedal baju kedua lepas dah beli satu siang tadi.

Esoknya, Ahad. Tak sedar langsung sampai tak sahur. Letih teruk tuh. Fuhhh. Siap-siap pergi ke Jalan Tar. Kenapa? Jeng-jeng. Skip part nih. Haha. Pastu jumpa akak kat Sogo. Kemudian gerak ke Sunway Pyramid. Sentap baju Abstrax. Aku nak design lama tapi ada yang latest je. Takpelah ni pun lawa gak. Bertolak ke SS19, rumah Ayahde.

Ramai sepupu cilik kat rumah ni. Main-main sebelum berbuka. Berbuka je ada nasi dagang. "Masakan Tok Wan cawangan Subang Jaya - Ayahde" 

Esoknya bertolak pulang. Sebab takde helmet lebih, aku sentap pakai helmet beskal yang tak muat kepala. Haha. Asal cukup syarat sudah. Selesai perjalanan ku di kota raya selama 3 hari 2 malam. Seronok! Moreh di rumah makan mee mak masak.

"Aku tinggalkan sedikit mee supaya kau tahu betapa sedapnya mee ini - FBI"









We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, other souls.

0 comments: