“Usop..kau taknak mancing ke hari
ni?” Meon mula bersuara.
“Aahh..bosan ahh..asyik mancing
je..dah la asyik menung je..sekor habuk pun tak dapat. Buang masa aku je la.”
“Dah ko nak buat apa sop? Tu jela
yang kita buat hari-hari..pandai pulak bosan” Meon cuba meminta cadangan bernas
dari Usop.
“Apa kata kita pegi ke Rompin?
Sekarang ni musim kete dash, kat kedai apek Goh Bon Hock ada jual. Amacam?”
idea bernas dari Usop.
“Bijak bijak..aku pun kempunan gak
nak main kete dash..kat sekolah asyik buat tournament je..pana aku tengok budak
Kg Parit sana..diorang ingat Sepayang takde kete dash..ni Sepayang laa..sim ya
pa ya nga” Meon buat bijak jawi.
“Pandai jugak ko jawi ya Meon, tak
sia-sia Haji Muis ajar kat kelas kafa..bila nak gerak?”
“Ni…” Meon menggerakkan badannya. Lawak
separa bijak dari Meon.
“Hahahaha”..mereka ketawa. Mungkin
lawak Meon menjadi. Memang menjadi.
Usop dan Meon kawan baik. Mereka berkawan
sejak kecil. Waktu mula-mula Meon dan Usop berkenalan masa tadika. Kini mereka
berumur 11 tahun. Tahun depan ambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah ataupun
disingkatkan menjadi UPSR.
“Ko tak ajak Budin ke Meon?” tanya
Usop.
“Dah, tapi dia cakap mak dia tak
kasi” Meon menjawab soalan Usop.
Meon dan Usop mula bersahabat
dengan Budin sejak Budin pindah ke Sepayang 3 tahun lepas. Budin muka hensem
sikit dari Meon. Tapi Usop lagi hensem dari Budin. Kesimpulannya, Usop lah
paling hensem diantara mereka bertiga. Meon…. Nak buat macam mana faktor baka.
“Jom..” Usop dan Meon memulakan
langkah mereka. Usop dress up kemas. Seluar jeans raya yang bergetah di
pinggang dipakai oleh Usop ditambah pula dengan baju Polo. Disisip kemas dengan
rambut belah tepi. Meon pula berseluar jeans separa lusuh serta baju round neck
yang merah menyala. Nampak baju tu baju baru beli. Bau kedai pun tak hilang
lagi. Meon bertopi. Takut panas katanya. Padahal nak sorok kepalanya yang dogol
tu.
“Kita tunggu kat bas kat sini,
pukul 2 setengah lebih sikit bas lalu” Usop berbicara seakan sudah biasa ke
Rompin dengan bas. Meon mengangguk berkali-kali. Faham dengan arahan Usop.
“Weii tunggu aku weii..” Budin
menjerit dikejauhan. Sambil tu dia berlari-lari seolah olah dikejar anjing.
Kalau masuk acara 100m bawah 12 tahun nescaya dia pasti mendapat pingat emas. Cukup
pantas. Budin melepaskan lelah setelah dia sampai dekat dengan Usop dan Meon.
Nafas ditarik perlahan-lahan lalu dihembus. Budin mempraktikkan apa yang diajar
oleh Cikgu Maya, guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pernafasan Budin
kembali normal.
“Tadi ko cakap mak ko tak kasi
join, ni cam mane boleh pulak ni?” soal Meon.
“Aku keluar ikut pintu belakang,
mana aci korang nak pegi tinggal aku. Ni aku korek tabung aku. Ada la dalam
doploh ringgit, hasil dua bulan aku menabung” ibu jari kanan Budin menguis-guis
hidungnya. Terasa kerek disitu dengan hasil tabungannya yang dirasakan cukup
untuk membuatkan dirinya kerek sekerek kereknya.
“Hek eleh, aku ada bawak doploh
lima ringgit la” Usop mula menampakkan kekayaannya.
“Okay aku bawak lima belas je” Meon
mencelah. Suaranya mengecil. Dia selalu mendapat tempat ketiga bila bertanding
dengan rakan-rakannya.
“Wei wei bas dah sampai tahan
tahan” suruh Usop.
Meon dan Budin melamba-lambai bas
tersebut. Mereka naik selepas bas tersebut berhenti tidak jauh dari kedudukan
mereka. Kelihatan ramai penumpang yang berada dalam bas tersebut termasuk
muka-muka Indon yang keluar membeli barangan dapur. Sasa sasa badan mereka
namun bau badan mereka tak sesasa fizikal mereka. Cukup untuk Usop, Meon dan
Budin menutup hidung kerana bau badan mereka. Konduktor bas berjalan kea rah
mereka.
“Mana?” pendek pertanyaan konduktor
bas tersebut.
“Rompin” mereka menjawab serentak seolah-olah
menjawab pertanyaan cikgu mengajar di sekolah.
“Singgit sorang”. Tiket di
siat-siat lalu ditebuk satu persatu dilubang yang sepatutnya ditebuk.
Mereka
menghulurkan wang masing-masing. Tiket bas dan wang bertukar tangan. Mereka
bertiga duduk diam sambil memandang keluar melihat keadaan di sepanjang
perjalanan. Tiba saja di Rompin mereka terus ke kedai Goh Bon Hock. Kelihatan
banyak jenis kereta dash di kedai tersebut. Jenis Gockey dan Auldey terutamanya
selain jenis-jenis tiruan buatan China.
Mereka bertiga memilih kereta yang memikat hati mereka. Mereka juga tak
lupa membeli bateri cas sebab bateri juga penyumbang kepada kelajuan kereta
dash.
“Setel dah kan, jom la jalan-jalan”
ajak Usop.
“Bereh boh” Budin dan Meon
bersetuju.
Mereka bertiga bersiar-siar di
sekitar Rompin. Menikmati petang di Rompin. Rompin dikatakan bandar yang sedang
membangun. Selain terkenal dengan udang galah, Rompin juga terkenal dengan ikan
layaran. Ramai pemancing-pemancing yang datang dari dalam dan luar negara untuk
menguji kehandalan mereka memancing ikan layaran.
“Jom la weii balik, bas pun nak
sampai dah” ajak Budin.
Mereka bergerak pulang ke rumah.
Budin dimarahi maknya kerana keluar tanpa izin. Meon dan Usop pula balik dengan
muka kegembiraan kerana plan mereka menjadi. Keesokan harinya mereka bertiga
menyempurnakan projek kereta dash mereka. Seperti jurutera yang lain, Usop,
Budin dan Meon juga mampu membentuk kereta dash mereka berpandukan manual yang
berada dalam kotak yang membungkus kereta dash tersebut. Walaupun kereta dash
merupakan kereta berskala kecil namun itu sudah cukup mengembangkan hidung
Usop, Budin dan Meon kerana itu merupakan hasil titik peluh mereka dalam
menyempurnakan kereta dash tersebut.
Bateri dipasang. Enjin berfungsi,
tayar berpusing laju. Kelajuan kereta cukup mengagumkan mereka bertiga.
“Dah tiba masanya..Petang ni kita
ajak budak Kg Parit lawan kete dash kat sekolah” seru Usop kepada Budin dan
Meon.
“Okayyy..” Meon dan Budin
bersetuju.
Petang tu mereka bertiga menunggang
basikal masing-masing ke Kg. Parit. Masing-masing buat muka konfiden yang
mereka mampu mengalahkan budak Kg. Parit. Setibanya Kg. Parit mereka menuju ke
rumah Samad. Samad budak kelas sebelah, budak Kg. Parit. Dia boleh dikatakan
leader kepada geng Kg. Parit.
“Assalamualaikum…Samad ooo Samad”
Usop member salam di luar rumah Samad.
“Waalaikumsalam.. laa korang, nak
mende datang ni..kalu nak ajak main baru pukul 4..pukul 5 baru aku boleh kuar”
ucap Samad.
“Kitorang datang nak lawan kete
dash ni..okay tak?”
“Okay je, jap lagi aku ajak geng
aku. Kita lawan kat longkang sekolah.”
Longkang sekolah dijadikan tempat
race kete dash. Longkang yang sedalam kira-kira 7 inci tu cukup bagi mereka
race di situ. Panjang longkang tu ialah sepanjang blok bangunan sekolah. Cukup
panjang untuk mereka race.
“Okay set” balas Usop.
Mereka bertiga bergerak ke sekolah
dulu. Menuju ke surau. Sementara menanti waktu Asar. Mereka membuat pemeriksaan
pada kereta dash masing-masing. Strategi juga diatur untuk memastikan
kemenangan milik mereka.
“Kita ni bawak nama Sepayang,
jangan malukan Sepayang weh” Usop member kata-kata semangat.
Perlumbaan ni seolah-olah besar
bagi mereka kerana itu sudah cukup membuktikan budak kampung mana lagi hebat.
Semangat budak kampung.
Seperti yang dijanjikan, Samad dan
geng-gengnya, Murad, Paan, Kundur,Bulat dan Keding. Mereka-mereka ni budak Kg.
Parit. Siapa tak kenal Geng Parit, cukup terkenal di sekolah dan juga Kg.
Parit. Bukan terkenal kerana kejahatan mereka tapi kerana kenakalan mereka.
Cukup nakal tapi biasalah nakal budak-budak.
“Kita main style drag race, king
stay, penamat kat hujung blok sana. Okay?” Samad mengatur racing.
“Set” wakil Sepayang menyahut.
“Aku dulu, sape nak lawan?” Budin
mencabar Geng Parit.
“Aku, meh ar.” Sahut Kundur.
Kundur juga budak kelas sebelah.
Muka sedikit kehingusan disamping choki-choki di mulut.
“Satu dua, tigaaa”
Kereta dash masing-masing berlumba
di ‘litar’. Kereta dash Budin berasak dengan kereta dash Kundur. Sengit
perlumbaan tersebut. Kereta dash Kundur mendahului kereta dash milik Budin
secara perlahan-lahan. Budin mula resah bila merasakan dia diambang kekalahan.
Namun nasib menyebelahi Budin, kereta dash Budin melanggar kereta dash Kundur
dari tepi menyebabkan ia terpelanting ke tepi. Kereta dash milik Budin
mendahului hingga ke garisan penamat.
“Babi…” marah Kundur.
Bilamana perkataan babi disebut di
kalanagan budak sekolah rendah sudah cukup menggambarkan betapa gangsternya
dia. Babi yang menggangsterkan.
“Wohooo!” Budin menjerit
kegembiraan.
“Aku dah cakap, kalau dengan korang
ni apala sangat” Budin mula membongkakkan diri.
Usop dan Meon senyum sambil
menganggukkan kepala. Senyuman kemenangan.
”Kali ni turn aku pulak lawan ko” Budin
dicabar Bulat.
“Mak aku beli kereta dash ni kat
Kuantan lagi mahal dari ko…jaga-jagalah” Bulat mngeluarkan fakta tentang kereta
dashnya sekaligus memberi tekanan kepada Budin.
Pannggg…. Budin terduduk.
Kegembiraannya hanya seketika. Kehebatan kereta Bulat memang tak dapat
disangkal. Kualiti dari jauh. Usop dan Meon menapak ke arah Budin yang sedang
terkejut dengan kekalahan tersebut.
“Biar aku tebus kekalahan ko
Budin..” Meon memberanikan diri untuk mencabar Bulat.
Bulat sudah bersedia dengan cabaran
Meon. Meon meneliti kereta dash miliknya. Keyakinan Meon bertambah. Kereta dash
masing-masing diletakkan di landasan. Bermula…
Seketika kemudian, kelihatan Meon
duduk terperunduk di tepi longkang. Dengan keadaan sebegitu memang tak perlu
diceritakan sudah tentu kekalahan milik Meon. Usop agak gementar dengan
kehebatan kereta dash milik Bulat.
“Hahaha..bertambah bulat la ko
lepas ni..” usik Kundur.
“Ni bulat bukan saja-saja tau,
bulat-bulat pun ada function dia. Tak sia-sia aku membulatkan diri.” Bulat
membulatkan dirinya. Dengan dua kali kemenangan Bulat merasakan kehebatannya
yang semakin membulat. Banyaknya yang bulat-bulat ni.
Perlumbaan diteruskan. Usop
merupakan pelumba terakhir. Dia tahu bukan mudah untuk tewaskan Bulat. Tapi
dengan keyakinan yang tinggi Usop percaya dia mampu kalahkan Bulat.
Berdesup kereta dash Usop dan Bulat
sebaik saja dilepaskan. Masing-masing bergeseran. Di saat-saat akhir, kereta
Usop dipintas. Tiba-tiba kereta dash milik Bulat terangkat sedikit akibat
keadaan longkang yang tidak rata. Kereta dash milik Usop yang mengekori rapat
di belakang kereta Bulat menyusup masuk dari bawah yang menyebabkan tayar
kereta bulat tak mencecah permukaan. Kesempatan ini membuatkan kereta dash
milik Usop memecut serta mengakhiri perlumbaan tadi dengan kemenangan di tangan
Usop.
“Yeayyy..” Usop dan geng-gengnya
bersorak kegembiraan.
“Huuuuu…aku bagitau mak aku..”
Bulat menangis kerana body kereta dashnya telah pecah akibat daripada kejadian
tadi. Dia pun berlari pulang dengan kesedihannya itu.
“Macam budak-budak..sikit-sikit
report mak..hahaha” ejek Usop
“Korang dah lupa kat aku ye..aku
masih adalah Usop..aku cabaran sebenar ko.” Samad keluar memberi cabaran
terakhir.
“Ini kali kita setel sape jadi
king” Usop bersuara untuk menentukan selesaikan perlumbaan ini.
“Sedia..mula” Kundur menjadi
pengadil untuk perlumbaan terakhir ni. Paan berada di tepi Kundur. Manakala
Murad dan Budin berada dipenghujung blok yang mana merupakan penghujung trek
longkang tersebut sebelum longkang tersebut membelok.
Samad dan Usop berlari ditepi
longkang sambil mengekori kereta dash milik masing-masing. Kereta dash milik
mereka berasak-asak. Bergeseran sesama mereka. Perlumbaan yang mendebarkan.
Kereta dash milik Usop melintas namun akibat dari permukaan yang berlubang,
kereta dashnya berpusing ke arah bertentangan. Kereta dash milik Samad menolak kereta
dash milik Usop. Terjahan membuatkan kereta dash Usop memecut laju ke garisan
penamat. Kereta dash Samad pula terus bergerak kea rah bertentangan. Kemenangan
milik Usop. Budak Sepayang memang terer. Kejayaan diorang mengalahkan Geng
Parit heboh selama seminggu. Budak-budak lain memang jadikan Usop dan geng
sebagai idola bahkan sejarah mereka mengalahkan Geng Parit tercatat di memori
budak-budak sekolah sezaman mereka. Kegemilangan Usop dan kawan-kawan kini
bermula…