WhiteFox 2012!!!

Posted: Wednesday, July 18, 2012 by Faiz Idris in
2

Assalamualaikum,
Masum 2012 kali ni diadakan di UTHM, aku turut serta. Bukan main ragbi ke apa. Haha yelah kalu tengok badan mampu ke aku main kan.Aku main softball.Sebenarnya dah lama aku tinggalkan game ni. Last form 3, peringkat negeri masa tu buat kat kuantan. Dapatlah no 2.Hahaha buleh la nak banggakan dapat pingat. Keh3. Padahal masa tu bawah 15 tahun ada 2 team je, Rompin dengan Kuantan.Sah-sah kena sayurnye.Kitorang masa tu beginner abis.

Ok sambung yang tadi. Kami training sejak awal semester lagi.Latihan yang proper agak kurang sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan.Sebelum final exam, UTM wat open game.Bagi kami, open ni 1st step untuk player-player baru ni kenal apa tu softball yang sebenar. Team dari luar dijemput sertai sama. Memang ada yang pernah main sebelum ni tapi bilangannya kurang. Keputusannya dapat no 1 dari belakang.Hahaha.Nama softball UTM digelar WhiteFox..aauuuuuu~~~

Latihan pusat untuk Masum kali dibuat awal sebab kami kekurangan latihan.Start 6hb, latihan dimulakan. Team Pirates join sama untuk jadi team sparing kami. Seronok.Hari ke 3 berlatih kaki aku sakit sangat.Tak tau mana datangnya.Mungkin sebab badan aku tak fit untuk terima Spartan training. Terpaksalah berehat buat seketika sampai terpaksa pergi urut.Tapi pakcik tu cakap, aku dah lewat sangat datang sampai dah masuk angin.Hari yang sama jugak kawan aku, izumi tangan dia patah lepas dia nak throw. Entah macam mana boleh patah.Mungkin sebab teknik ngan condisi badan dia kot. Harap dia cepat sembuh.Aku sedih gak sebab tak dapat pergi sama-sama sebab dialah aku join WhiteFox ni.

12hb July, Khamis
Aku dan teammates bertolak pergi ke UTHM.Walaupun dekat tapi senang kalu pergi awal. UTM stay kat kolej perwira. Bentuk macam apartment.Saiz bilik berbeda setiap satu.Tapi okayla.Masa ni la aku rasa bersyukur sangat dapat masuk UTM sebab kemudahannya lagi baik dari ni. Dinner malam kat warung Pak Joe.Tomyam dia memang buleh tahan ah. Nyum3. Petang tu training. Kaki aku still sakit lagi dan tak boleh speeding. Aku risau takut tak dapat main untuk game kali ni..

13th Julai. Jumaat.
Kami pergi ke SM Vokasianal Batu Pahat.Sebab softball wat kat sini.Hujan lebat gile.So kami hanya lihat titisan hujan mencurah-curah ke bumi.Senang-senang call pakcik bas. Dia bawak kami makan nasi beryani BP kat Sri Benteng kalu tak silap.Aku kali ni makan lain sikit sebab ada satu menu tu yang unik tambah plak tak pernah rasakan lagi laa terliur. Order la nasi beryani rusa.Perghhh 1st time makan daging rusa.Memang sedap.Daging manis. Terbaiklah.Harga mahal tapi hati puas =D. Petang jumaat training lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Pergelangan kaki kanan aku terkehel sebab lompat masa nak tangkap bola tambah pulak tanah tak rata.Padah sebab seronok sangat sebab ingat lutut kiriaku dah beransur sembuh.Sedih pedih ni. Sapu ubat.Urut-urut sikit then rest.Dinner malam tu kat wildan seafood.Aku punya makanan sampai lambat.padahal simple je.Tapi nasib baik best.Makan sambil layan james bond. Hohoo!

14th Julai 2012, Sabtu.
Game pertama kami bertemu dengan UPM..cehh budak-budak nicakap suruh jangan takut tapi masing-masing muka ketat bila main. Nak-nak bile fielding.Haha lawak abis masa ni. Aku yang bench brother ni dah agak dah jadi macamni. Keputusannya 10-0.Banyak perlu dibaiki.Especially batting.2nd game, lawan UM. Game kali ni berubah wajah. Masing-masing semangat.Nervous dah berkurangan.Emosi dapat dikawal.Dengar-dengar pitcher die no 3 Malaysia. Memang dia pandai main bola. At least Adly dapat hit bola dia, memang terkedulah dia tengokkan.Hahaa.Time game. 11-1. Nice game kali ni. Abis game aku mintak nak masuk untuk next game. Biarlah apa nak jadi yang penting aku dapat main.

15th Julai 2012, Ahad.
Bertemu UTHM. Rasanya ni kali ke 3 bertemu. Lepas 2nd inning aku masuk.Kaki aku balut baik-baik. Coach aku suruh main centerfield dulu. Main!! Player 07 masuk batting!!.Aku le tu..hahaha. pitcher pitch. 1st aku hayun tapi missed sebab outside. 2nd aku buat bunt.Foul ball.Terkeluar.3rd, ball.4th hayun. Foul. Last, masuk hayun flyball clean catch. Batter you out!!!.Hambik ko. Abis rekod aku.hahaha nasib baik tak kena strike out. Masuk fielding balik. Kali ni aku jadi leftfield. Tetibe je UTHM pukul. Bola melayangke 3rd base, adam lemas. Joe jadi shortstop lompat pun lemas.Aku pergi pastu blok guna keting kanan..makaih..gile sakit..dah la pakai shin guard sebelah kiri tapi kena bola belah kanan. Hahaha.Time game 10-2 kalu tak silap. Nice game lah. Aku keluar peluk muiz die banyak support aku. Nice bro.hahaa =). Sepanjang kat UTHM aku dapat gak berjumpa ngan classmates aku masa asasi dulu. Kipid ngn umar. Borak2 lepas rindu beb..hahahaha. Isnin ,aku bertolak pulang rumah. Pengalaman softball kali ni memang bermakna bagi aku. Dah lama tak rasa macamni.dah dah jadi family dah.Kamcing beb.Pasni aku yakin WhiteFox akan terus berjuang dengan bersungguh-sungguh. Aku pilih Masum ni dari Tintec sebab aku nak rasa kelainan.

Orang kata hidup ni lagi bermakna kalu kita cuba sesuatu yang baru =) !!ok guys,thanks kepada yang mengambil beratpasaldiri ni .terutamanya…. hehehe thanks, happy holiday. Panjang umur jumpa lagi.Wasalam.
*try layanlaguLessang – Someday* best!!* [n_n]

2 comments:

  1. booooooooooooooooooooooooooooooo
    hahahaha

    rajin betol update.siap igt lagi tu.haha

    lwk la ko nigdhgre

  1. ohoooo...ko bce gak ea...bia ar blog aku...wekkk =P