Baru Bermula..

Posted: Sunday, July 17, 2011 by Faiz Idris in
1

Tanggal 15 Julai. Nampak macam bermakna tapi segalanya bermula di sini. Jatuh pada hari Jumaat aku melangkah lagi ke satu episod baru dalam hidup aku. Suatu permulaan yang tiada siapa tahu penghujungnya. Aku baru saja pulang dari Kuala Lumpur kerana ada satu temuduga. Siapa sangka mungkin keputusan temuduga ini bakal mengubah hidup aku. Sudah setahun lebih aku tidak ke sana. Kelihatan pelbagai perubahan yang berlaku. Walaupun pada baru ini diadakan satu perhimpunan yang mencari keadilan tapi nampak tiada apa yang mengubah persekitaran di sana. 20 Julai nanti, aku bakal mengikuti rakan-rakanku untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh Kolej 10. TINTEC nama diberi. Aku menyertai dibawah nama Kelab Bakti Siswa. Aku bakal menjadi fasilitator untuk para pelajar di sekitar Kuala Nal & Pasir Mas. Program selama 6 hari di sana. Aku juga bakal menjadi anak angkat di sekitar Kota Bharu. Sudah 6 tahun aku tidak pulang ke sana. Kelantan merupakan tempat lahirku. Pelbagai kenanagan yang aku ingat semasa aku dibesarkan di sana. Ada yang manis dan juga ada yang pahit. Tak sabar rasanya mahu pulang ke sana. Sebentar lagi aku nak keluar minum-minum dengan Sani dan Amer. Mereka berdualah yang selalu bersama aku selepas Basha berpindah dari sini. Teruskan hidup walau apa pun yang berlaku. Biarlah kita melalui hidup dengan cara yang susah supaya di esok hari kita akan ajarkan apa itu erti kehidupan kepada anak-anak kita. Bak kata pepatah susah susah dahulu senang senang kemudian. Bukan senang hidup ini tapi kita tetap mesti bersyukur kerna setiap insan itu ada dugaannya sendiri. Allah Maha Adil & Maha Mengetahui. Kita harus berusaha ke arah yang lebih baik. Bercinta bukan senang malah mahu dicintai bukan juga perkara yang mudah. Tapi bukanlah kita menagih cinta tapi memberi kasih kita kepada yang dicintai.

Biasa Sahaja...

Posted: Thursday, June 9, 2011 by Faiz Idris in
3

sehingga hari ni..macam-macam yang berlaku. bagi aku memang tak rugi short sem ni. banyak benda yang dapat belajar. tadi belajar pasal pneumatic. mula-mula blur sebab dah lama tinggal. time masa spm kot. memang lama lah. tapi lama-lama dah ingat dan paham. best gile. hujung minggu ni dengar kata ustaz azhar nak datang. masjid mutiara rini dengarnya. InsyaAllah memang nak pergi sangat. malam yang sama jugak final piala malaysia jugak klate vs ganu..memang sokong klate lah sbb aku ni lahir kat klate..gomo klate gomo. aku kat sume orang ingat aku org ganu sebab masuk geng ganu tambah plak ckap ganu.hahaha.takpe pon dah biasa dah.hahaha siap ada orang tanya lagi "mu ganu belah mane"..hahaha memang tergelak aku dengar..hahaha..hurmmm dah seminggu lebih dah tak dapat hubungi dia..walaupun tak ada apa-apa yang istimewa pun tapi terasa something jer..hahaa..banyak benda nak cite tapi satu-satu la ea..nanti lapang aku taip apa yang patut..ok wasalam

HenShin..

Posted: Thursday, June 2, 2011 by Faiz Idris in
0

Hai..tengah duduk saje-saje tadi teringat lak hobi lama yang ditinggalkan..dulu aku minat gile tengok kamen rider.mesti korang terpikir aku ni budak-budak lagi..hehe best la tengok ni..nak2 masa dia bertukar..."Henshin!!" macam-macam style la..banyakla aku layan kamen rider decade,kabuto,W...tapi sekarang nak cari sape ada citer kamen rider ni..rindu gile nak tengok..hahaha